Wednesday, May 11

Lelaki idaman wanita

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Wahai lelaki and jejaka kat luar sana, cuba lihat diri korang kat depan cermin kejap. Adakah korang ada ciri-ciri idaman seorang wanita? Adakah korang se'handsome FAIZAL TAHIR atau pun se'kacak Amir Maharaja Lawak? Haha. Opsss. Sorry Amir tak tergolong dalam golongan 'kacak'. HEHE. Peminat Amir jangan marah ya?  I'M SORRY ^.^


Dengan kekacakkan dan kehenseman korang ada, mampu ke korang nak ngorat Lisa Surihani? and dengan gaji korang yang tak berapa nak lumayan, takat cukup untuk korang makan aje boleh ke korang menakluki hati awek-awek cun melecun kat luar sana tu? Hehe.

Sambil korang baca entry ni cuba korang berdiri depan cermin and tanya kat diri korang "Aku ni ada ke ciri-ciri lelaki yang wanita idam-idamkan?" Hikhik. Okay kalau tak sure korang tergolong dalam lelaki idaman wanita. Sila baca dengan teliti cici-ciri lelaki idaman wanita masa kini. Cewahh ! :D


Opsss. SILAP SILAP ! Ini ciri-ciri lelaki idaman eyfa. Silap tips pulak. HAHA. Btw, Siapa ada ciri-ciri kat atas boleh la BBM eyfa nanti okay? (bajet pakai Blackberry. HAHA) Okay bawah ni baru betul ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita =)
  1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
  2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
  3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”
  4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
  5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
  6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
  7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
  8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
  9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya bercakap kosong mengenai hal tersebut.
  10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

Adakah ketampatan abang-abang berbadan sasa dan berotot-otot di luar sana ada ciri-ciri kat atas ni? Ngeh ngeh ngeh. Kalau ada sila tinggalkan number telepon anda. HAHAHAHA :p

23 comments:

  1. cuak ni..tp aku tk cukup ciri2 tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. tang mana tu yang tak cukup Encik Arul? huhu

    ReplyDelete
  3. so far aku x penah bgtau aku camtu camni or bgtau aku ada itu ada ini.. dan aku xkn pilih pompuan yg nk aku sbb aku ada itu ada ini.. sekian. =)

    ReplyDelete
  4. ada itu ada ini tu apa? huhu. macam mana nak tahu perempuan tu suka kat kau sebab itu dan sebab ini? skrg kan musim drama. manusia skrg suka berdrama and berpura2. huhu

    ReplyDelete
  5. Tak mau cakap byk..

    I ada semua ciri-ciri kat ataih

    ReplyDelete
  6. really ? sila tinggalkan no tepon. HAHAHAHA. gurau je :p

    ReplyDelete
  7. u bleh tanya x gf i..Lisa Surihani.
    Kami berpisah sebab dia tak cukup cantik.

    ReplyDelete
  8. hahahahhahhahahhaa. gelabahnya lah mamat blackout ni. eh jap. ex gf u LISA SURIRUMAH bukan lisa surihani. nama ex gf pun lupa ke bang? ahhaa

    ReplyDelete
  9. eh dulu dia bg tau nama dia Lisa Surihani..dia tipu la tuh..mmg patut pun i clash ngan dia.dah la tak lawa..penipu

    ReplyDelete
  10. alamak...
    ak x ensem n x romantik la...
    haha

    ReplyDelete
  11. eee eyfa ! Tia setuju sangat2 . ciri-ciri macam tu lah yang Tia nak ;) bahagia hidup ..

    ReplyDelete
  12. Oreo Hitam, perghh! mengutuk bagi aje kat u en? huhuhu

    ReplyDelete
  13. KC, kau dh ada kemal kn? xleh xleh. ahhaaa

    ReplyDelete
  14. Shamsuddin Amin, Kalau tak handsome boleh diterima lagi. kalau tak romentik ta best ah. hahaha.

    ReplyDelete
  15. Tia, tapi selalu yang nak tu yang ssh nak dapat. hehehhe

    ReplyDelete
  16. NICE ONE!! I LIKED OK!!!! huhuh

    ReplyDelete
  17. yang mana satu tu yang nice? huhuu

    ReplyDelete
  18. kalau slek satu dua takper kan?
    mne ade lelaki yang sempurna kan?
    no saye............

    ReplyDelete
  19. RIZAL TAHIR. Adakah ini adik FAIZAL TAHIR lelaki idaman eyfa? Woah! Nama dah dekat dah. hahahhaa. yea yea! tak ada lelaki yang sempurna =)

    ReplyDelete
  20. hahaha ngee~ nakal lah kak eyfa ni. alangkah bahagianya kalau dapat pasangan macam ciri2 kat atas tu. hehe. Alhamdulillah. sedang melangkah ke situ. rasanya macam dah jumpa. haha. tettttt~

    ReplyDelete
  21. hahahahhaa. woah. bagus bagus. semoga berkekalan :D

    ReplyDelete
  22. itu je ke ciri2 nye?owh..mcm ada je. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi comment entry ini ^.^