Sunday, June 12

Antara DUIT dan CINTA.........Mana lagi penting?

Assalamualaikum.

Orang kata DUIT TAK BOLEH BELI CINTA. Betul ke? Tapi duit boleh buat kita bahagia. Tak percaya? Sila percaya sebab kebanyakkan KES CERAI sekarang ni berlaku sebab DUIT ! Lelaki tak mampu untuk beri nafkah pada isteri dan anak-anak. Itu adalah punca penceraian zaman sekarang berdasarkan pada pengalaman eyfa sendiri semasa kerja dekat Law Firm.


Kalau diberi pilihan dekat eyfa antara CINTA dan DUIT, dengan tanpa berfikir panjang eyfa akan pilih DUIT. Macam abah cakap "Pha..Nanti cari suami 1st sekali pastikan lelaki tu berkerjaya mampu tanggung makan minum kau dan anak-anak kau nanti, PENTING TU! Second cari orang yang beriman, CINTA tu taruk nombor last sekali. Cinta boleh datang kemudian hari.

Zaman sekarang kalau hidup ada cinta tapi tanpa duit memang susah nak bertahan lama. Kasih sayang dan cinta tu boleh di pupuk pelahan-lahan. Bila dah kahwin nanti, KALAU LAH korang tak sayang and tak cinta husband korang, contoh lah korang nampak husband korang keluar dengan perempuan lain. AUTOMATIC korang akan rasa cemburu and sakit hati kan? Walaupun sebenarnya tak cinta pn dekat dia. KERAT TELINGA lah kalau xde perasaan mcm tu! HAHA.

Contoh pulak kalau korang kahwin dengan lelaki yg korang cinta. TAPI lelaki tu pulak jenis tak ada duit. Tak ada kerja. PEMALAS! Pokok pangkalnya tak ada masa depan yang cerah. Dah cinta sangat kan? Kahwin lah jugak walaupun xde restu ibubapa. HAHA. 

Korang jangan cakap x ada lelaki macam ni. BELAMBAK okay kat luar tu! Lepas tu hari-hari menangis kat umah sebab makan pasir je. Dah suami pemalas, duit xde. Anak-anak kebulur. Haaa. Apa lagi? Ajak lah anak-anak tu makan cinta korang yang konon hebat sangat tu? HEHE.

TAPI kalau ada duit but tak ada kasih sayang pun susah jugak kan? HEHE. Pendapat eyfa korang kena pandai lah mcm mana nk pupuk kasih sayang and cinta tu antara suami isteri sebab dengan bermodalkan duit sahaja pun tak boleh buat kita bahagiakan ? :)


Antara DUIT dan CINTA sebenarnya dua-dua penting. Hidup secara bersederhana lagi bagus kan?. Duit ada cinta pun ada. TAPI if ditakdirkan kena pilih. Eyfa pilih DUIT! HEHE. Ini pendapat eyfa. Kalau tak setuju tak mengapa. 

KBAI~

P/S :

SUKA MINUM MILO? --> KLIK SINI
INGINKAN BLACKBERRY DGN HARGA RM288? --> KLIK SINI
NAK TAHU APA FUNCTION BBM? --> KLIK SINI
NAK TAK PERGI PERTH? PERCUMA JE! --> KLIK SINI
ANDA CREATIVE AND PHOTOGENIC? --> KLIK SINI
NESTLE NAK KASI RM1K. KORANG NK? --> KLIK SINI

18 comments:

  1. heheh.ramai yang buat entri duit ni hari ni..hehehe..

    hehe...bersederhana!! yep..sokong~

    ReplyDelete
  2. DUIT dan CINTA dua2 sama penting! kalau dapat orang yang cinta kita sepenuh hati then lengkap dengan poket yang penuh, memang dah cukup perfect dah. lagi perfect kalau dapat lelaki yang boleh jadi imam and bimbing kita. bahagialah hidup kita dunia akhirat :D

    ReplyDelete
  3. duit penting..
    kalo xde duit jgn kawen..
    hehe..
    zmn skrg zmn duit kn..
    sume nk duit..

    ReplyDelete
  4. dua2 penting..tp dua2 bukn segalanya..

    ReplyDelete
  5. nk kencing pun bayar 20sen. :) tp ada duit xde cinta pun parah,hr2 mkn hati.kne balance la kn..susah sme2,senang pun sama2.doa minx jodoh yg baik. :)

    ReplyDelete
  6. dua2 sangat penting..
    equation gini:

    kalau
    beriman=1
    cinta=+ 0 kat belakang 1
    duit=+ lg 0 kat belakang..

    tp kalau xde yg iman tu...
    jadik ape? hehe..

    ReplyDelete
  7. Azri. paham! hehee. tu lah abah eyfa cakap

    "Pha..Nanti cari suami 1st sekali pastikan lelaki tu berkerjaya mampu tanggung makan minum kau dan anak-anak kau nanti, PENTING TU! Second cari orang yang beriman, CINTA tu taruk nombor last sekali. Cinta boleh datang kemudian hari."

    kalau dapat yang berduit+iman penuh di dada+cinta = sempurna =)

    ReplyDelete
  8. kalau ak nak pilih duit sbb duit buat ak bahagia ...hehehehe ...

    ReplyDelete
  9. igt komen mcm keling td..hehe

    ReplyDelete
  10. duit?haishh..tak tahu la apik..macam2 bleh jadi..hehe

    ReplyDelete
  11. eh, lebih kurang!! hahahaha sama! sama!!! hehehehe

    salam kenalan!!

    ReplyDelete
  12. kalau kite pon kite pilih duit!! hehe

    duit yg kite mksudkan,
    tak perlulah jadi jutawan ke hape, cukuplah sekadar dia ada pendapatan tetap setiap bulan, ;)

    ReplyDelete
  13. selalu orang kata, pilih la calon suami yang beragama itu yang utama maka nanti ia akan mengajar kamu. dari yang beragama itu nanti allah akan turunkan rezeki dan jadikannye keturunan yang baik :)

    ReplyDelete
  14. hehehe..sokong eyfa..

    duit perlu cinta pn perlu..tp both kena 50-50..sama rata dan sederhana..

    ReplyDelete
  15. korie sokong smua yg ada kt sini. mls dah nk fikir^^

    ReplyDelete
  16. "Ajak lah anak-anak tu makan cinta korang yang konon hebat sangat tu?"

    TERBAEK bai! haha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi comment entry ini ^.^