Sunday, March 20

Tudung Hajah Siti Nurhaliza



Entri kali ni bukanlah nak memburuk-burukkan seorang public figure, yakni Hajah Siti Nurhaliza. Cuma sebagai peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca, terutamanya Hajah Siti.


Sekarang ni, macam-macam fesyen tudung. Cuma ikut syariat ataupun tak ikut syariat je. Apapun, ikutlah syariat, bukan ikut artis walaupun artis tersebut bergelar Hajah, Tan Sri, Datuk, nenek, ataupun makcik


Lepas balik haji, Hajah Siti pakai tudung. Tapi sayangnya tudungnya langsung tak ikut syariat. Ada yang terbonjol jambul kat depan ala-ala menteri kita. Ada sorang ustaz ni cakap, tudung macam ni adalah 'tudung nasi lemak'. Sebab, nasi lemak yang berbungkus tu, kadang-kadang kita masih nampak ikan bilis terkeluar sebab bungkusannya tak sempurna. Hehehe...



Ha... yang ni pulak, memang tak layak digelar tudung. Hanya layak digelar 'penutup rambut'. Apalah fungsi pakai benda ni? Adakah benda ni jadi sandaran untuk Hajah Siti menutup rambutnya?



Masalah kita adalah: ummat tak pandang syariat sebagai tolok ukur. Tetapi memandang artis sebagai ikutan. Kalau artis tu tersimpang, tersimpanglah orang yang mengikut. Artis memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan akhir zaman ni...




*****



وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. 
[an-Nur:31]

Saturday, March 19

Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam




Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana. 


Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya. Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular. Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam. 


Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak. Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehinggamenampakkan bentuk kedua-dua 'bukit' wanita sering dijadikan tudung contoh.




وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]


Inilah peranan artis bertudung. Memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti. Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka. 


Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam. Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat. Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam! 

Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung. Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal? Hal aurat tidak lagi diambil peduli. Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, "Saya suka awak bertudung. Kekalkan imej bertudung". Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai! 


Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme. 


Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak. Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, 'tepati syarak' juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu. 


Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu? 




*****





لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا




Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]

Tuesday, March 15

My Beby Belog

BEBY BELOG ? jadah apa tu weh ? HAHA. Bajet-bajet cute aje aku nak cakap BEBY BELOG ! Eyuwww ! HAHA. Okay okay ! Sekarang ni kebanyakkan semuanya ada blog sendiri kan ? Tapi kebanyakkan blogger mesti perempuan. Perasan tak ? Lelaki jarang ada blog. Sebab apa ? Perempuan kan suka membebel. Haaa. Dah takda sape nak dengar dia membebel dia buat lah blog. Boleh membebel sorang-sorang ! Takda siapa nak marah ! HAHA. 

Aku buat blog sebab masa tu aku boring lepas tu usha blog ni macam best aje. Ni semua adik aku lah yang mengajar. Dia tunjuk blog kawan dia. Aku tengok macam cool aje kan. Kebetulan pulak aku ni memang suka buat karangan time kat sekolah dulu. Err ! Jap jap ! ada kena mengena tak ? HAHA. Ada kan ? sipi-sipi ! HAHA.

Okay ! Blog aku pasal LIFE aku. Apa yang aku buat hari-hari, apa yang aku rasa, pasal kawan-kawan aku, keluarga aku, pasal "ehem-ehem" aku and so on. Dah nama pun LIFE kan ? So, apa kena mengena dengan life aku semua aku borak dalam ni. Tapi pasal sos cili life tak ada lah aku nak borak kat sini kan ? HAHA. Aku tak reti nak cerita menda-menda fakta, or bagi opinion and etc. So, sebab tu blog aku ni pasal life aku aje. Kang kalau aku borak melebih kang semua dapat sumber salah ! hahaha.

Follower ? Siapa aje nak follow blog aku ? Dah lah tak best. Bosan pulak tu ! "Sikit-sikit cerita pasal diri sendiri. sikit-sikit pasal diri sendiri ! Ingat ada orang nak baca agaknya ? Syok sendiri lah tu" Eh kau ni ! dah blog aku mesti lah aku cerita pasal aku. Takkan lah nak cerita pasal Opah korang pulak ? Grrr !! HAHA. Takpe takpe. Taknak follow aku tak kesah pun. Aku buat just untuk suka-suka and untuk isi masa lapang aku. Kat sini aku boleh buat macam-macam, boleh lepaskan marah aku, geram aku, rasa tak puas hati, rasa sayang or sowhatever lah kan. Siapa yang tak suka MAAF lah ya ? Anda boleh lah close tab dengan kadar segera dan berambus dari sini. Aku tak hadap pun. Okay ? Cewahh ! belagak weh eyfa ni ! HAHAHA ! tapi betul lah kan ? Kalau dah tak suka takkan lah aku nak sujud kat kaki mereka and merayu-rayu nak suruh suka ? Oh please lah ! Itu bukan aku. HAHA. Pada follower thank you very much ! Aku tahu walaupun korang tak baca sangat, tapi terima kasih sebab tekan button FOLLOW tu okay ? Susah-susah aje weh ! HAHA.






BYE !

Wednesday, March 9

Happy birthday to you ABAH

ALIAS BIN YEOP AHMAD 


Thank you Abah for listening and caring, for giving and sharing, and especially, for just being you! The greatest gift I ever had came from God, and I call him Dad! I’m soooo happy you’re my Dad and i glad to be your daughter. I just want to say that I love you you so much and wish you a very best birthday ! You the best father in this whole word. 

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you... 
Happy birthday to ABAH... 
Happy birthday to youuuuuuuu...


 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com