Sunday, September 25

Forever Alone #1

Assalamualaikum.

Friday, September 23

Malang yang tak di duga.

Assalamualaikum.

Kelmarin adalah hari malang bagi eyfa. Tadi lepas balik class eyfa accident gara-gara nak mengelak budak kolej yang main lintas jalan melulu tak tengok kiri dan kanan. Kebetulan jalan memang licin sebab tengah hujan. Tu yang buat accident.

Eyfa jatuh berguling atas jalan raya tu. Rasanya 3 hingga 4 kali jugak la gulingnya. Bangun-bangun aje tengok baju dah terbukak habis. Eyfa pakai kemeja memang semua button baju tu tercabut. Nampak baju dalam. Sumpah malu sangat!

gambar hiasan semata-mata


Eyfa bangun eyfa terus cover dari nampak baju dalam. Motor eyfa biarkan tengah jalan je sebab time tu eyfa dah tak boleh nak fikir apa pun sebab dah gabra sangat. Budak yang melintas td terus blah, bukan nak tolong or mintak maaf ke. Gara-gara dia eyfa accident.

Then motor tu ada seorang mamat ni tolong alihkan letak tepi. Eyfa tak nampak siapa, tak sempat nak ucap terima kasih. Dah lepas 5 min tu semua orang dah blah. Eyfa dah cuak dah sorang-sorang tepi tu. Lepas tu nasib baik ada seorang mamat ni datang.

Mamat : "Awak okay ke?"
Eyfa : "Hmm. Insya'allah okay kot"
Mamat : "Betul ni?"
Eyfa : "Betul. Thanks sebab tanya :')"
Mamat : "Kalau macam tu saya pergi dulu ya?"
Eyfa : "Okay. Thanks"

5 MINIT KEMUDIAN...........

Mamat : "Hmm. Tadi saya serba salah sebab tinggalkan awak sorang-sorang. Boleh saya temankan?"
Eyfa : "Boleh tapi tak menyusahkan awak ke?"
Mamat : "Tak lah. Awak kan perempuan, saya kesian dekat awak sorang-sorang dekat sini"

Dah lepas tu mamat ni lah yang teman eyfa sampai abah eyfa sampai. Nasib baik ada dia. Kalau tak eyfa dah cuak dah sorang-sorang kat situ dengan baju tak ada button nya. Nasib ada beg boleh cover.

Lepas abah sampai and everything dah okay dia pun gerak balik. Eyfa sempat tanya nama dia aje. Nama dia Syahir. Cadangnya nak mintak number handphone dia tapi dah jauh pulak si Syahir tu jalan. Esuk lusa boleh ajak keluar belanja makan ke sebab nak balas budi baik dia.

Tapi dah tak sempat nak buat macam mana kan. Hope one day eyfa akan berjumpa lagi dengan Syahir ni untuk balas budi baik dia. And for your infomation eyfa tak teruk sangat pun. Just luka dan lebam aje dekat anggota badan. Alhamdulillah.

Monday, September 19

Roid Rage for Android #3

Assalamualaikum

Sunday, September 18

I follow you, you MUST follow me back!

Assalamualaikum

Roid Rage for Android #2

Assalamualaikum.

Roid Rage for Android #1

Assalamualaikum


INI ADALAH PERCUBAAN PERTAMA BUAT COMIC
MENGGUNAKAN ROID RAGE FOR ANDROID.
Untung lah ada android! KBAI~

Saturday, September 17

Aku memang busy body sikit.

Assalamualaikum.

Ni nak gossip sikit! Tadi kan masa eyfa tunggu boyfriend eyfa dekat LRT Masjid Jamek eyfa ada ternampak pasangan couple ni bergaduh. Boyfriend tu selumber je memekak tenking-tenking marah girlfriend dia. Kalau slow tak apa juga. Kuat gila kot dia tenking.

Girlfriend dia kasi tiket tren dekat dia and then slumber badak je dia baling tiket tren tu kat muka girlfriend dia. Girlfriend dia pun macam orang bodoh aje pergi kutip and then pujuk boyfriend dia supaya amik tiket tren tu. Eyfa tengok eyfa rasa macam nak tergelak pun ada.


Kalau lah eyfa jadi girlfriend mamat tu, serius jangan harap la kau dapat kurang ajar dengan aku kan. Sekali kau tenking aku, 8x aku tenking kat kau balik. Baru boyfriend dah menggelabah nak marah-marah depan orang ramai.

Yang girlfriend dia pun bodoh gila duk pujuk boyfriend dia. Kalau aku, aku terus ludah muka dia lepas tu  lari laju-laju biar dia tak dapat nak kejar. HAHA. Puiii.

Sorry lah saya memang suka busy body sikit. Walaupun tak tahu cerita sebenar kenapa couple tadi gaduh tapi tak patut la nak menengking girlfriend depan orang ramai. Eeee aii. Seronok eyfa duduk tengok gelagat orang ramai yang pelbagai perangai and ragam. HEHE.

KBAI~

P/S : Nanti kita sambung mengumpat lagi ya.

Friday, September 16

Kenapa mesti bob?

Assalamualaikum.

Okay cuba korang jujur sejujur-jujurnya. If eyfa sebut nama BOB dekat korang dalam fikiran korang 'bob' ni orang yang macam mana? Maksudnya kat sini bukan suruh korang judge si 'bob' ni ke apa. Just eyfa nak tahu apa yang ada dalam mind korang bila sebut nama bob ni.

Kalau eyfa, bila orang sebut aje nama bob otak eyfa dah fikir bob ni mesti lelaki dan gempal orangnya. Confrim punya lah! Bila tanya, ternyatalah bob tu memang seorang lelaki dan gembal orangnya. HAHA.


Eyfa kadang-kadang ada terfikir juga. Kenapa orang lelaki yang badan gempal ni nama panggilan dia BOB? Padahal nama dah sedap-sedap. Haris, Yusuf, Zulkifli and many more lah. Last-last dapat nama bob. KENAPA MESTI BOB? 

Dalam banyak-banyak bob yang eyfa kenal. Ada sorang aje kawan lelaki eyfa yang namanya bob tapi dia samgat skinny! Ada sesiapa yang boleh explain tak kenapa kebayakkan orang lelaki yang gampal akan dapat nama panggilan bob? anyone?

Wednesday, September 14

Wordless Wednessday | Lol guy

Jangan kedekut senyuman.

Assalamulaikum.

Ramai yang anggap senyum ni perkara yang mudah tapi ternyata makin ramai di kalangan kita yang lokek atau dengan kata lainnya kedekut untuk memberi senyuman. Wahal senyum tu sebenarnya bagus untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain yang berada di sekeliling kita.

Eeeee. Masam pulak muka aqish ni! 

Ada banyak sebab kita perlu senyum selalu. Tapi jangan lah kau pergi senyum sorang-sorang pulak kan nanti orang ingat kau tu gila pulak kan. HAHA. Okay nak tahu tak kenapa korang kena senyum selalu? Tahu tak kenapa korang tak boleh kedekut senyuman? Meh akak cute nak kasitau!

1. Boleh hilangkan stress :
Kekadang bila kita rasa macam banyak tekanan dan letih. Kalau kita senyum kita dapat kurangkan tekanan tersebut. Insya'allah =)

2. Senyuman boleh merubah mood kita :
Apabila korang rasa down or rasa mood korang hilang ke laut cuba senyum sikit. Insya'allah peluang untuk mengubah kepada mood yang lebih baik adalah cerah. Senyuman juga adalah satu muslihat yang baik pada badan kita untuk membantu kita untuk mengubah mood kita.

3. Senyuman mampu membantu anda untuk terus positif :
Okay, sekarang ni cuba korang try senyum kemudian cuba korang fikir sesuatu yang negatif tanpa menghilangkan senyuman tu.  Susah kan? Bila kita senyum seluruh badan kita akan menghantar seluruh mesej yang positif kepada kita dan menjauhi kita dari kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tersenyum.

4. Awet muda :
Ini memang tidak dapat dinafikan sebab apabila kita senyum, otot-otot muka kita juga akan bergerak. Kalau nak awet muda (terutamanya perempuan), senyumlah selalu tauuu. HEHE. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan =P

Comelnya aqish senyummmm =P

Sebenarnya banyak lagi sebab untuk korang terus tersenyum. Tapi letih pulak nak senarai banyak-banyak nanti juling korang nak baca. Hehehe. Oleh itu senyumlah selalu okay. Jangan kedekut senyuman sebab senyuman tu adalah penawar untuk diri kita sendiri and senyum tu juga adalah satu sedekah so, tak salah kan kalau kita senyum selalu?

KBAI~

Sunday, September 11

Jom ping entry blog.

Assalamualaikum.

Sekarang ni blog eyfa ni asik terbiar aje. Dulu bukan main lagi sehari sampai 3 hingga 4 entry tapi sekarang? 1 entry pun berpeluh-peluh ketiak nak memikir idea untuk buat entry. Hehehe. Entah kenapa jadi macam tu eyfa pun tak tahu, maybe kemalasan sudah menguasai diri. Hehe.

Korang selalu kalau dah updated entry korang ping entry dekat mana? Eyfa selalu ping dekat group-group blogger dekat facebook. Macam-macam group ada untuk korang ping entry and blog korang. Alhamdulillah lah selama eyfa ping entry and blog eyfa kat group-group blogger responnya agak memberansangkan.


[Sumber dari : SINI]

Rasanya ramai dah tahu pasal group-group blogger dekat facebook ni. Banyak kelebihan yang ada bila korang join group dekat atas ni. Lagi-lagi kalau nak tambah kenalan dalam dunia blogger, pilih aje. Memang ramai. Hehe.

Oh ya, lupa pula nak bagitahu. Eyfa ada buat account facebook baru just khas untuk kekawan blogger. So, yang Afifah Alias tu lebih kepada personal and Eyfa Alias pula untuk kawan-kawan yang mempunyai blog. Sebab ada eyfa asingkan? bukan sebab pilih kasih eh! Hehe. Adalah sebab tersendiri. Hehe. Sesiapa yang belum add, meh lah add kalau sudi ya? =P Click aje badges bawah ni ya kalau nak add.



KBAI~

Saturday, September 10

Harga topup naikkkkk!

Assalamulaikum.

Sekarang semua dah heboh sana sini pasal kenaikan harga topup yang membelegu rakyat jelata! Hehe. Naik dah lah banyak ye dak? Masing-masing tak puas hati, lagi-lagi student kan. Mana lah nak mampu nak men'topup kan.


Dah tengok senarai dekat atas ni? Semua yang tengok table atas ni mesti berkerut seribu dahi tu memikirkan masalah harga topup naik. Hehehe. 60sen tu mahal ya? Tahu pun mahal. Dah tahu mahal lepas ni pandai-pandai lah nak jimat.

Sebenarnya ada juga bagusnya harga topup ni naik. Lepas ni baru lah korang pandai sikit nak menghargai wang. Nak dapat duit punya lah susah korang selalu aje buang-buang duit untuk beli topup. Sehari topup RM10 kalau sebulan pula? Tak RM300 pula kan habis untuk topup aje.

Haaaa ni lagi satu. Sekarang handphone semua canggih-canggih semua nak pakai Blackberry, Android, Iphone tapi sebenarnya dorang yang pakai handphone mahal-mahal ni, dorang semua mana ada kredit. Bila nak suruh call/message mesti tak ada kredit memanjang. PUIIIIII~

Moral of the story, lepas ni semua orang dah boleh buang handphone sebab harga topup dah mahal. HAHAHAHA. Jangan marah.

KBAI~

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Friday, September 9

Afifah seorang PENGKID

Assalamualaikum.

"Sejak aku berkecipung dalam bidang PENGKID ni. Ramai aweks-aweks yang cun datang mintak couple dengan aku. Aku bukan nak belagak aku ni handsome sangat tapi nak buat macam mana aku memang lagi handsome dari lelaki lain.

Lelaki biasa tak boleh bagi kasih sayang yang di perlukan oleh perempuan. Tu pasal lah ramai perempuan couple dengan pengkid sekarang. Hanya pengkid macam aku aje yang mampu memahami kehendak dan keperluan perempuan-perempuan kat luar tu."

Puiii! Sejak bila pulak lah aku jadi pengkid ni sampai keluar dekat keyword blog dalam Nuffnang? Kalau aku jadi pengkid mana aku nak sorok bebuah aku yang gorgeous ni haaa? Penat aku bela bebuah aku ni sampai sihat semua sedap2 aje nak suruh aku jadi pengkid.


Kalau aku jadi pengkid pun takkan lah aku nak guna nama AFIFAH? mesti lah kena tukar nama. Jadi AFIF ke baru lah kacak bergaya nak jadi pengkid! HAHAHA. Merepek-repek aje lah keyword ni. Buat aku tercirit je malam-malam ni. 

KBAI~

Thursday, September 8

Insaf hanya untuk 5 minit

Assalamualaikum.

Raya. Raya. Raya. Sekarang ni dah masuk 10 hari kita raya kan? Itu pun if eyfa tak silap lah kan. Hmmm. Masih terasa lagi ke korang raya ke-10 ni? Hehehe. Sebut pasal raya semua mesti nak maaf bermaafan kan? Bak kata pepatah buang yang keruh and ambil yang jernih.

Tapi yang tak sedapnya lepas raya aje masing-masing buat perangai lama balik. Rasa macam maaf and kesedaran tu kekal selama 5 minit aje. Kira macam harini minta maaf then esuknya dah ulang balik kesalahan yang sama.

Then apa point korang minta maaf but esuk lusa korang still tak ubah perangai buruk korang tu? Patutnya bila korang dah sedar tentang kesilapan korang cuba lah ubah perangai korang tu kepada yang lebih baik kan lebih bagus macam tu?

Eyfa cakap macam ni sebab eyfa pun lebih kurang sama aje sebenarnya. Insaf 5 minit je! Hehe. Entry ini eyfa tak tujukan dekat sesiapa. Just untuk muhasabah diri sendiri agar tak mengulangi kesilapan and kesalahan yang sama. Biasalah lah manusiakan sering lakukan kesalahan.

Minta maaf lah secara ikhlas baru timbul rasa kesedaran dan keinsafan dalam diri.
KBAI~

Monday, September 5

Handphone Raya

Assalamualaikum.

Hi, apa khabar korang semua? Macam mana hari ni? Mesti pada yang kerja tu rasa malas nak pergi kerja, pada yang belajar rasa malas nak pergi class and pada yang sekolah tu rasa malas nak pergi sekolah kan? huhu. Cuti seminggu aje mana lah nak cukup kan! Hehe.

Btw, raya ni bukan main lagi semua orang nak melaram dengan baju raya masing-masing. Meriah betul! Macam-macam warna ada. Tapi orang lain melaram dengan baju raya, eyfa pulak melaram dengan handphone raya. HAHAHA. Jangan jeles you all!

Rasanya kalau korang ada baca entry eyfa yang lepas-lepas tu korang mesti dah tahu handphone apa yang eyfa idam-idamkan. Habis dah duit raya semua guna untuk beli handphone ni tauuu! Hehehe. Say goodbye to Cokia, and hello to Samsung Galaxy Ace! =)


Hehehe. Amacam cun tak? huhuhu. Batak kejap! Semua benda nak download. Hehehe. Sejak ada handphone baru ni asik silap taip aje message. HAHA. Ala memula guna biasa lah silap sikit kan? tak biasa lah katakan. Esuk lusa biasa lah tu. HEHEHE. Okay lah. Itu je nak share.

KBAI~

Sunday, September 4

Saya seorang yang pelupa

Assalamualaikum.

Manusia ni memang di lahirkan tak sempurna. Oh tak sempurna kat sini bukan bermaksud cacat or terencat ke apa eh! Jangan salah faham pulak. Heehehe. Manusia mesti ada aje kekurangam. Tak kisah lah kekurangan tu datang dari segi apa kan? Empat segi ke tiga segi ke? #Mengarut. Errr.

Eyfa bab kekurangan ni memang banyak. Kalau nak list kan memang sampai esuk tak habis. HAHA. Eyfa ada satu kekurangan yang paling ketara. Susah nak kenal orang, and susah nak cam muka kawan-kawan! Hehe. Tak kisah lah in reality life or dekat dunia alam maya ni. Hehe.

Banyak kali dah. Orang tegur tapi eyfa tak kenal dorang. Padahal ada yang dah pernah lepak sekali dah. Siap dah datang rumah time open house. Tapi bila terserempak dekat luar, dorang tegur eyfa macam "Errr. Siapa pulak mamat ni?

Selalu yang eyfa tak ingat lelaki lah #kecuali lelaki handsome! HAHA. Perempuan ni eyfa ingat sikit sebab masing-masing ada perangai yang boleh mengigatkan eyfa dekat dorang =P Kalau lelaki tu macam lebih kurang sama aje dorang ni tu payah nak ingat. Hehe.

Dulu ada sekali, mamat ni tegur eyfa siap dah borak-borak gelak-gelak bagai tapi yang sebenarnya eyfa tak kenal ingat dia pun dia siapa. HAHA. Bila dah balik rumah tu pening kepala otak nak ingat siapa mamat tu tadi. Tak puasa hati kalau tak dapat cari tahu siapa yang tegur tadi. Hehe.

Macam semalam pun sama. Eyfa teman kawan eyfa pergi beli barang dekat area Bukit Bintang, lepas tu ada mamat ni serius hansdome sangat, dia tegur eyfa. Dia cakap "Eh eyfa! Lama tak nampak?" eyfa dah macam terkejut jugak. "Siapa kah mamat handsome yang tegur aku ni" #cakap dalam hati. Lepas tu eyfa layankan aje sebab handsome punya pasal.

Bila balik dah angau duk ingat siapa mamat handsome tadi tu. Macam mana eyfa tak boleh ingat nama mamat hansdome macam tu? Grrrrr. Pedihnya hati ni. Eeee aiii. Kalau ingat dah boleh search kat Facebook tauuu. Benc benciii ! Huhuhuhu.

Tapi eyfa rasa mamat tu macam kawan budak dekat area rumah eyfa. Tapi dulu tak pernah tegur pun masa kecik-kecik dulu! Eeee aii. Itu pun kalau tak silap lah. Susah betul la kalau asik lupa macam ni. Sabar ajelah. Siapa ada tips nak kuatkan ingatan supaya tak mudah lupa? Huhu.

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Friday, September 2

Mood raya dah habiss~

Salam Aidilfitri.

Hari ni dah raya ke-4, amacam masih ada mood raya lagi ke? Hehe. Eyfa mood raya dah habis dah raya ke-2 hari tu sebab last dapat duit raya masa raya ke-2. Raya ke-3 dah tak dapat duit raya dah sebab kat sedara mara semua dah collect dah duit raya! HAHA.

Ehem ehemm. Jeles tak umur dah 23 tapi still dapat duit raya? Mesti jeles kan kan kan? sebab korang umur 23 dah kena hulur duit raya kat bebudak tapi eyfa still dapat duit raya. Tapi tak lah segempak dulu masa muda-muda dulu kan. Dulu dapat dalam RM500++ sekarang dapat RM200++ but kira okay lah kan dari tak ada langsung? boleh juga buat belanja!

Lepas ni mesti banyak undangan open house kan? bersepah-sepah sampai tak larat nak pergi. Tapi eyfa bab open house ni memang lemah sikit. Orang menjemput memang ada tapi diri ni haa rasa macam tak selesa bila datang rumah orang. Segan pun ada sebab dah nama pn open house kan mesti lah ramai orang datang. Huhu.

Hmm. Next week dah masuk class. Arghhh! Rasa macam malas pulak nak masuk class ni haaa. Cuti seminggu aje mana cukup! Eeee aii. Nasib baik lah eyfa jenis student contoh kan. Baik ajee. Selalu datang class! Puii! HAHA.

Masalahnya sekarang mood berblogging macam mana pulak? Mood blogging pula dah ke laut china selatan dah sejak dua menjak ni! HAHA. Dah berapa lama dah tak jenguk blog kesayangan ni. Hmmm. Rindu rasanyaaa! Huhuhu.

Okay lah sampai di sini ajelah kali ni. Nak layan cerita gegar raya di Kampung Pening Lalat kat TV1 kejap. Eyfa akhiri entry kali ni dengan gambar raya eyfa. Hehe. Tak banyak pun. Sikitt jeee sebab busy collect duit raya. HAHA. Enjoy!














KBAI~


*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com