Friday, March 2

Dinner di Fullhouse, Wangsa Walk.

Assalamualaikum.

Aku rasa sejak kebelakangan ni aku asik cerita pasal makanan aje. Korang perasan tak? Ala kalau tak perasan bebuat jelah perasan. HAHA.

Semalam aku pergi makan malam dekat Fullhouse, Wangsa Walk. Actually tak la makan malam sangat sebab time tu matahari still terpacak lagi. Kira macam makan petang la. Hehe.

Kawan aku baru gaji, so kerja aku memang menge'paw duit kawan-kawan aku aje. HAHA. Jahat tak aku? Isk isk! Tak lah gurau je. Bukan paw, dah memang rezeki aku, orang nak belanja makan =) Bak kata orang tua-tua rezeki tak baik tolak. Kang kecik hati pulak. HAHA.


Aku tak biasa makan tempat mahal, maklum la mak kita kata jangan membazir makan tempat mahal-mahal sebab membazirkan amalan syaitan, tapi kalau sekali sekala nak merasa tak mengapa ^^ So, aku just order Vongole Spaghetti, kawan aku pulak order Alfredo Spaghetti and kawan aku yang belanja makan tu order Wok-Sear Chicken Chop.


Dessert pula kami ambil Dessert Combo. Dessert Combo ni boleh pilih 3 dessert dengan harga RM29.90 only. Kira dah boleh save lah sikit dekat situ. Hehe. Kami pilih Tiramisu, Chocolate Brownies and Profiteros.


Okay terus-terang yang paling sedap Tiramisu. HAHA. Lepas makan, masing-masing perut dah maju ke hadapan dan tak larat untuk meneruskan perjalanan. Balik masing-masing buat muka puas kekenyangan. Hehehe.

Next month, TGI FRIDAY pulak. Insya'allah kalau ada rezeki :)

13 comments:

  1. wah..slurffffff...dessert tu yang buat saya meleleh liur sampai bahu..hahahaha.


    saya klik iklan kamu dear :) hope make u happy ;)

    ReplyDelete
  2. fullhouse tu cantik kan tempat dia..tp linda x pernah try lagi..nanti nak try gak la

    ReplyDelete
  3. pergh.. sedapnya...Adam datang jalan-jalan kat sini.. Saja menghilangkan bosan dan menambah kawan-kawan blogger baru... Nice blog.. Kalau ada masa jemput singgah ke blog Adam yer.. Bukan paksaan tau.. huhuuhuhu...tEngOk ni juga..
    Kenapa Perempuan Melayu Tak Pilih Lelaki Melayu

    ReplyDelete
  4. nice entry.. jejak sini harap sudi balas

    ReplyDelete
  5. perghhh..terliur dah ni ha.. :)

    ReplyDelete
  6. err~ sedapnya..pos sini boley?nak rasa jugak :)

    ReplyDelete
  7. sedapnye spagethi tu..
    dessert tu yg buat dya terliur

    ReplyDelete
  8. salam..
    berminat utk beli domain utk blog ni tak?

    cth

    www.nama domain yg dipilih.com


    if berminat blh email ,sms or call saya ye

    email : sales@nahrinet.com

    hp : 019 979 7070

    thanks

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi comment entry ini ^.^