Friday, May 4

Siaran Langsung Majlis Nikah Awal & Scha

Assalamualaikum.

Astro Ria siar siaran langsung majlis pernikahan pasangan bahagia.

Setelah hampir tiga tahun menyulam kasih dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti romantis; Scha Alyahya dan Awal Ashaari akhirnya mengambil keputusan memeterai kisah cinta mereka dengan ikatan yang suci.

Pasangan popular yang bagaikan pinang dibelah dua ini juga telah memilih tarikh 4 Mei 2012 sebagai hari bersejarah untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah yang akan turut disiarkan secara langsung dan serentak menerusi saluran Astro Ria (104), Astro Awani (501) dan Astro Ria SingTel mio TV (34) menerusi program Akad Nikah…Seia Sekata SchAwal.

Bukan itu sahaja, Astro Ria juga telah menyiarkan rangkaian program-program istimewa yang berjudul Seia Sekata SchAwal yang memaparkan perjalanan kisah cinta pasangan bahagia ini semenjak 13 April 2012 lagi.



Note : Mesti ramai yang tengah tengok Astro ni. Hikhik

7 comments:

Terima kasih kerana sudi comment entry ini ^.^