Saturday, July 28

Persatuan Usahawan Niaga Taman Setiawangsa

Assalamualaikum.

Persatuan Usahawan Niaga Taman Setiawangsa. Abah aku salah satu ahli jawantan kuasa dalam persatuan ni. Actually abah aku dah berpuluh-puluh tahun berniaga dekat area Setiawangsa tu and setiap tahun memang akan ada Bazar Ramadhan dekat area Setiawangsa tu.

Dipendekkan cerita sejak tahun lepas tiba-tiba aja ada masalah dengan tapak berniaga untuk Bazar Ramadhan. Aku tak tahu lah, maybe orang-orang berpangkat besar ni memang suka nak menindas and suka nak tutup periuk nasi orang agaknya. Dia kira anak bini dia je nak makan? nak raya? Orang lain tak payah makan? Duh! --"

Kebanyakkan peniaga dekat sini semua peniaga tegar. Berniaga jadi sumber pendapatan. Kalau xberniaga kira xde la duit nak makan. Mereka buka peniaga part time yang suka-suka nak cari pendapatan lebih bulan Ramadhan ni.

Sebelum okay aje tak ada masalah, sekarang pulak tiba-tiba tak boleh nak meniaga kat Setiawangsa tu dah kenapa? Nampak tak permainannya kat sini?

Utusan | 27 July 2012

Aku malas nak borak lebih-lebih aku pun bukan rajin sangat nak melibatkan diri. Aku duk dengar abah aku cerita je. Tapi aku pelik kat Keramat tu punya banyak Bazar, siap depan Jusco tu pun nak buat Bazar. Itu korang approve pulak? Kat Setiawangsa yang dah berpuluh-puluh tahun ni korang tak kasi niaga? Der! akal ada ke? -_-"

Saturday, July 21

Juadah berbuka | 1 Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah selamat berbuka semua? Alhamdulillah. Berjaya dah kita semua sempurnakan puasa hari pertama. So, apa perasaan? Mesti happy kan dapat habiskan satu hari puasa? Kalau time aku budak-budak mesti dah dapat RM1 sebab puasa penuh. Dah besar lebar ni idok ler dapat lagi. Huhu.

Menu berbuka aku sekeluarga pada first Ramadhan ni. Sotong sambal. Ayam masak lemak cili api. Ayam goreng. Sayur kacang botol. Tempe+kacang+ikan bilis sambal. Tembikai. Cekodok. Air Tea O panas dan juga Lai Che Kang.


Wah! Meriah tak lauk berbuka puasa kami? Aku ambil nasi suku sahaja tapi lauk aku menimbun. Maaf la aku susah sikit nak kawal kalau nampak lauk banyak-banyak macam ni. HAHA. Kami sekeluarga berbuka di Taman Rakan, Kajang dekat rumah Makcik dengan Tokmak. So kira berbuka ramai-ramai lah.

Bila makan ramai-ramai berkumpul macam ni seronok kan? Isk ini baru puasa hari pertama, belum raya pertama lagi. HAHA. So, sebelum tu jom niat puasa sama-sama. Kang takut terlupa pulak. Hehe.

Bte korang semua berbuka apa? Meh la share nanti bila mak aku tak ada idea nak masak apa, boleh la suruh mak aku masak apa yang korang makan pulak kan. Hehe. Sharing is caring.

Tibanya Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari ni 21/07/2012 telah masuknya bulan Ramadhan bulan yang mulia. Alhamdulillah aku masih lagi dapat bertemu dengan Ramadhan. Syukur! :)

Aku harap Ramadhan tahun ni lebih baik dan bermakna buat kita semua. So, sebelum tu aku nak share dulu niat berpuasa. Mana lah tahu kot-kot ada yang dah lupa kan. Hehe.



Ada niat puasa harian dan untuk sebulan. So, kalau takut lupa lebih bagus baca niat untuk sebulan terus kan. Hehehe. So, pagi tadi korang semua sahur apa? Alhamdulillah sahur first ni aku sahur shake Herbalife je. Kenyang juga.

Actually nak bagitahu minggu lepas aku demam teruk. Tak pernah-pernah aku demam lebih sehari. Kali ni demamnya sampai 4 hari tak mau sembuh. Parents aku kata maybe demam urat terkejut sebab aku exercise hari-hari.

Hmm. Maybe juga sebab dulu kan aku sangat jarang buat senaman ni, lepas tu tetiba hari-hari pulak aku bersenam. Terkejut lah kan badan aku ni. Hmm. Takpe alhamdulillah sekarang dah sembuh dapat la aku sambut ramadhan dengan penuh semangat. Hehe.

Sebelum tu mohon jasa baik korang semua untuk KLIK SINI | PICIT SINI | TENYEH SINI

Yang dah click tu terima kasih banyak-banyak semoga Allah dapat balas jasa baik korang semua. Amin~ Btw, kejap lagi mesti yang ramai ke Bazar Ramadhan kan? Ingat jangan beli pakai nafsu ya, beli ikut keperluan aje. Membazir amalan syaitan =)

Sunday, July 8

Zumba Fitness.

Assalamualaikum.

Lama sungguh aku menghilangkan diri dari duni blog ni. Serius rindu tapi nak buat macam mana sekarang aku tengah busy menyihatkan diri dengan Herbalife. Hehe.

Selain tu, sekarang aku dah start masuk Zumba Fitness. Mula-mula aku pun blur apa tu Zumba? Kan aku sebuk mencari class aerobic? Hehe. Last-last terjumpa zumba. Sekarang makin famous Zumba ni. Makin hari makin dapat sambutan. Itu yang buat aku berminat nak join.



Zumba ni actually more to dance but untuk fitness. Selalu kalau kita pergi gym ataupun bersenam sendiri jogging ke apa mesti rasa macam boring dan tak berapa seronok. But kalau ada duit lebih aku nasihatkan pergi Zumba Fitness ni.

Masa nak masuk dulu, aku fikir aku tak boleh buat. Yelah sebab menari kan? Kau gila gemuk menari tak hudoh pulak kan? HAHA. But lama ke lamaan aku jadi ketagih. Aku dah tak peduli apa orang nak kata kan, instructor aku pun kata buat aja selagi boleh jangan hirau orang. Kalau kita hirau kan orang sampai bila pun tak akan berjaya.

Sejak dah merasa sekali Zumba terus aku jatuh cinta. Walaupun aku masuk class tu sorang-sorang tanpa kawan but aku enjoy gila dalam class tu. Semua orang kat situ peramah. Hehe. Now hari-hari aku rasa macam tak sabar-sabar nak pergi class Zumba ni.

Aku ambik Zumba Fitness class ni dekat area Hulu Klang. Korang boleh google cari dekat dengan area rumah korang. Nak tahu lebih lanjut zumba ni macam mana korang minta aje bantuan encik google tu. Jom layan video ni dulu, aku tengok pun dah rasa seronok. Itu belum kalau diri sendiri yang buat. Puas hati sebab dapat buat lemak ni menangis kena bakar. HAHA.




Sejam pun dah boleh buat kau berpeluh bagai nak gila, bayangkan sehari korang buat sejam pun dah cukup. Tapi percaya cakap aku, sejam takkan cukup sebab zumba ni macam dadah, dia akan buat kau ketagih nak lagi. HAHAHAHA.

And one more, just nak share kegembiraan aku. Aku dah berjaya turunkan berat aku 6kg dalam masa 20 hari. Alhamdulillah. Happy tak terkata ^_^
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com