Friday, April 25

Teh Botol Sosro

Assalamualaikum.

Teh Botol atau Teh Sosro ni actually Jasmine Tea yang telah di pack kan di dalam botol plastik/botol kaca/kotak. Teh Botol Sosro ni berasal daripada Indonesia and buat masa sekarang masih belum ada di jual mana-mana kedai atau pasaraya seperti Jusco, Carefour, Tesco, Giant dan sebagainya. So far aku rasa aku belum jumpa lagi.

Khasiat Teh Botol Sosro (Jasmine Tea) ni adalah Teh melati atau disebut juga teh wangi, sangat popular di Indonesia, iaitu Teh Hijau yang dicampur dengan bunga melati dan bunga gambir sehingga menimbulkan aroma melati atau wangi yang khas. Teh Melati dapat bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol dan meyegarkan badan.


So, kat mana nak dapatkan Teh Botol Sosro ni? Nak kena pergi Indonesia dulu ke baru boleh minum? Hekhek. Tak payah lah susah-susah. Kalau korang nak tahu atau nak cuba try test sedap ke tidak Teh Sosro yang digilai ramai ni, boleh la visit my IG (afifahalias_or Teh Botol Sosro)


Jangan risau, kita bagi harga murah-murah aja. Siapa di area KL boleh lah contact aku terus di wechat (afifahalias) dan boleh COD area Taman Keramat, LRT Setiawangsa & Wangsa Maju. Harga Teh Botol Sosro ni adalah seperti di bawah :-

1 SET: 5 BOTOL (BOTOL PLASTIK 450ML) - RM15.00
&
1 KOTAK (24 BOTOL) - RM72.00
Untuk belian BORONG iaitu 5 KOTAK DAN KE ATAS - RM60 SEKOTAK

Jika anda berada di luar KL yang ingin mendapatkan Teh Botol kos postage akan di tanggung sepenuhnya oleh customer.

Thanks :)

Friday, December 6

Pilihan destinasi bulan madu : Pulau Gemia

Assalamualaikum,
dan Selamat Sejahtera kepada non-muslim.

Setelah ditolak tambah bahagi darab kuasa dua, tinggal lagi 12 bulan aja lagi aku nak bergelar isteri. Orang kata 12 bulan memang lah lama lagi, setahun kot lagi tapi aku dah excited nak buat persiapan perkahwinan aku. Lagi-lagi nak pergi bulan madu. Hekhek! Tak sabarnya rasa! Hehe.

Memula aku fikir macam nak pergi luar negara. Acah-acah dah bosan duduk Malaysia kan, padahal baru dua tiga tempat aku pergi. Banyak lagi tempat tak khatam. HAHA. Setelah di fikir masak-masak, aku cadang nak honeymoon dalam Malaysia aja. Save budget sikit, maklum la lepas kahwin ni lagi banyak nak pakai duit kan.

Eh jap! tapi kalau ikutkan hati aku nak pergi luar dari Malaysia. Kalau ikutkan hati la. Kalau ikut nasihat orang sekeliling aku rasa apa dorang cakap tu betul. Malaysia pun banyak je tempat menarik. Salah satu tempat yang aku berkenan ialah PULAU GEMIA.




Pulau Gemia ini terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas. Orang kata pulau ni sangat best and sesuai kalau nak honeymoon sebab pulau ni sangat private okay! Kalau pergi sini, aku cadang nak ambil pakej Water Villa sebab tempat dia superb okay! Class kau jijah!


Okay tak aku macam dah tak sabar nak honeymoon. Kehkeh! Aku usha pakej dia 3H 2M adalah dalam RM2000 per couple. Aku rasa okay la harga dia, tak ada lah cekik darah sangat. HAHA. Tapi tak tahu la Encik Tunang setuju ke tidak kan? Kena juga tanya pendapat dia, kang aku sorang yang syok sendiri pilih tempat. HAHA.

Selalunya tunang aku ni jenis tak banyak songeh macam aku, dia okay je kot. Lagi pun tempat ni sangat lawa kot. Aku rasa kalau aku datang sana, aku taknak balik. Huhuhu.

Ada cadangan lagi tak mana tempat honeymoon yang best dalam Malaysia ni? Kalau ada bgtau la. Kot2 ada port best yang aku terlepas pandang kan? So far aku paling suka Pulau Gemia ni. Yang lain belum usha lagi. Kalau ada yang best-best bagitahu lah kita k. Hehehe
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com