Tuesday, September 1

Pengedar product Tropika

Assalamualaikum.

Saya adalah SUB STOKIS bagi produk-produk dengan jenama TROPIKA Virgin Coconut Oil yang dikeluarkan oleh Dumei Dagang Sdn. Bhd. Bagi ibubapa yang sedang mencari produk yang sesuai untuk bayi dan anak-anak mereka, boleh beralih kepada produk-produk ini yang mengandungi set lengkap penjagaan kulit bayi dan kanak-kanak.

TROPIKA VCO adalah Produk berasaskan Minyak Kelapa Dara sebagai rawatan alternatif eczema, ruam panas, ruam lampin, tanpa steroid, selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Produk keluaran Bumiputra Muslim. Tiada Steroid, Parabens @ Sebarang Bahan Kimia, 100% Natural.

RUAM LAMPIN, RUAM PANAS, RUAM SUSU, EKZEMA serta masalah alahan kulit bayi kini boleh dirawat dengan sempurna menggunakan produk Tropika Baby Hair & Body Oil Dirumus sepenuhnya daripada Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil), produk tanpa minyak mineral, bahan toksin, paraben atau steroid yang memudaratkan kesihatan bayi.

Kaya dengan Vitamin E, serta bersifat anti oksida, Tropika Baby Hair & Body Oil memelihara serta melindungi kulit bayi daripada serangan bakteria dan kulat.

Di datangkan dengan aroma Lavender, Rosses dan Sweet yang bertindak sebagai anti-stress, ia berupaya merangsang serta menenangkan minda bayi.

Product TROPIKA adalah Set penjagaan kulit bayi terbaik di dunia. Hanya menggunakan Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) sebagai bahan asas produk, tiada steroid atau sebarang bahan kimia, mewah dengan vitamin E dan cukup berkesan merawat serta menyembuhkan ruam lampin, ruam panas, eczema dan lain-lain masalah alahan kulit bayi.


+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Harga Promosi : Beli 1 = RM40 > Beli 2 = RM75 >Beli 3 = RM110
Harga Sebenar : RM40

KRIM TELON & VICKS HERBA MINYAK KELAPA DARA. Krim ini dirumus dengan ramuan minyak kayu putih halia dan herba tropika dapat membantu melegakan perut kembung dan perut berangin bayi (colics) . Keistimewaan Krim ini :

  • Krim ini tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
  • krim mudah meresap serta tidak meleleh @ melekit bila disapu berbanding minyak telon lain
  • krim telon herba juga berfungsi mengurangkan masalah batuk dan selsema (sapu krim pada dada dan belakang si manja untuk menghilankan kahak atau phlegm seta bunyi "wheezing"
  • sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema
  • krim ini HANYA mengandungi bahan-bahan herba tropika yang HALAL dan SUCI serta TIADA unsur ALKOHOLatau seumpamanya.


+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+ 

SET MANDIAN TROPIKA terdapat 3 jenis mandian iaitu 


  • Natural Bubble Wash – HAPPY
  • Natural Bubble Wash – LAVENDER
  • Natural Bubble Wash – SWEET


Kandungan : 230ml
Harga Promosi : RM 48.00
Harga Sebenar : RM 49.90

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

TROPIKA BABY HAIR & BABY OIL LAVENDER

  • Sebagai Antiseptik
  • Melegakan gigitan nyamuk & serangga
  • Melembapkan kuliT
  • Merawat Kulit Dari Ruam Panas, Susu, & Lampin
  • Kulit Melecur Terkena Minyak @ Air Panas
  • Kulit Kepala Berkuping
  • Melebatkan Rambut
  • Merawat eczema & kulit sensitif
  • Sesuai Untuk Semua Kulit
Cara Guna :
Sapukan Tropika Baby Hair & Body Oil pada badan bayi 2 kali sehari selepas mandi. Juga boleh digunakan sebagai minyak rambut.



Kandungan : 30ml
Harga Promosi : RM 19.00
Harga Sebenar : RM 20.00

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

STARTER KIT LAVENDER

Cara Guna :
Mandikan bayi anda dengan Tropika Baby Soap atau Natural Bubble Wash, bilas bersih kemudian sapu seluruh badan bayi dengan Tropika Baby Hair & Body Oil terutamanya di bahagian yang sensitif dengan alahan kulit.
Kandungan :100ml Tropika Baby Hair & Body Oil & 100ml Natural Bubble Wash.
Harga Promosi : RM 65.00
Harga Sebenar : RM 69.90

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

CARA ORDER:
********************************
Independent Distributor ; Afifah

Msg @ Whatsupp me :
☎ +6017 3063307
✉ eyfaalias@ymail.com
Instagram : Tropikavco_

Sunday, September 28

Kau yang bernama kawan.

Sentiasa akan berada di sisi ketika kamu sedang senang.
Akan hilang ketika kamu dalam kesusahan.

YA!
Itulah yang di nama kan kawan.

Terima kasih kawan.

Friday, April 25

Teh Botol Sosro

Assalamualaikum.

Teh Botol atau Teh Sosro ni actually Jasmine Tea yang telah di pack kan di dalam botol plastik/botol kaca/kotak. Teh Botol Sosro ni berasal daripada Indonesia and buat masa sekarang masih belum ada di jual mana-mana kedai atau pasaraya seperti Jusco, Carefour, Tesco, Giant dan sebagainya. So far aku rasa aku belum jumpa lagi.

Khasiat Teh Botol Sosro (Jasmine Tea) ni adalah Teh melati atau disebut juga teh wangi, sangat popular di Indonesia, iaitu Teh Hijau yang dicampur dengan bunga melati dan bunga gambir sehingga menimbulkan aroma melati atau wangi yang khas. Teh Melati dapat bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol dan meyegarkan badan.


So, kat mana nak dapatkan Teh Botol Sosro ni? Nak kena pergi Indonesia dulu ke baru boleh minum? Hekhek. Tak payah lah susah-susah. Kalau korang nak tahu atau nak cuba try test sedap ke tidak Teh Sosro yang digilai ramai ni, boleh la visit my IG (afifahalias_or Teh Botol Sosro)


Jangan risau, kita bagi harga murah-murah aja. Siapa di area KL boleh lah contact aku terus di wechat (afifahalias) dan boleh COD area Taman Keramat, LRT Setiawangsa & Wangsa Maju. Harga Teh Botol Sosro ni adalah seperti di bawah :-

1 SET: 5 BOTOL (BOTOL PLASTIK 450ML) - RM15.00
&
1 KOTAK (24 BOTOL) - RM72.00
Untuk belian BORONG iaitu 5 KOTAK DAN KE ATAS - RM60 SEKOTAK

Jika anda berada di luar KL yang ingin mendapatkan Teh Botol kos postage akan di tanggung sepenuhnya oleh customer.

Thanks :)

Friday, December 6

Pilihan destinasi bulan madu : Pulau Gemia

Assalamualaikum,
dan Selamat Sejahtera kepada non-muslim.

Setelah ditolak tambah bahagi darab kuasa dua, tinggal lagi 12 bulan aja lagi aku nak bergelar isteri. Orang kata 12 bulan memang lah lama lagi, setahun kot lagi tapi aku dah excited nak buat persiapan perkahwinan aku. Lagi-lagi nak pergi bulan madu. Hekhek! Tak sabarnya rasa! Hehe.

Memula aku fikir macam nak pergi luar negara. Acah-acah dah bosan duduk Malaysia kan, padahal baru dua tiga tempat aku pergi. Banyak lagi tempat tak khatam. HAHA. Setelah di fikir masak-masak, aku cadang nak honeymoon dalam Malaysia aja. Save budget sikit, maklum la lepas kahwin ni lagi banyak nak pakai duit kan.

Eh jap! tapi kalau ikutkan hati aku nak pergi luar dari Malaysia. Kalau ikutkan hati la. Kalau ikut nasihat orang sekeliling aku rasa apa dorang cakap tu betul. Malaysia pun banyak je tempat menarik. Salah satu tempat yang aku berkenan ialah PULAU GEMIA.




Pulau Gemia ini terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas. Orang kata pulau ni sangat best and sesuai kalau nak honeymoon sebab pulau ni sangat private okay! Kalau pergi sini, aku cadang nak ambil pakej Water Villa sebab tempat dia superb okay! Class kau jijah!


Okay tak aku macam dah tak sabar nak honeymoon. Kehkeh! Aku usha pakej dia 3H 2M adalah dalam RM2000 per couple. Aku rasa okay la harga dia, tak ada lah cekik darah sangat. HAHA. Tapi tak tahu la Encik Tunang setuju ke tidak kan? Kena juga tanya pendapat dia, kang aku sorang yang syok sendiri pilih tempat. HAHA.

Selalunya tunang aku ni jenis tak banyak songeh macam aku, dia okay je kot. Lagi pun tempat ni sangat lawa kot. Aku rasa kalau aku datang sana, aku taknak balik. Huhuhu.

Ada cadangan lagi tak mana tempat honeymoon yang best dalam Malaysia ni? Kalau ada bgtau la. Kot2 ada port best yang aku terlepas pandang kan? So far aku paling suka Pulau Gemia ni. Yang lain belum usha lagi. Kalau ada yang best-best bagitahu lah kita k. Hehehe

Saya budak gemuk.

Assalamualaikum.
dan Selamat Sejahtera pada yang non-muslim.

Seperti yang korang tahu, Malaysia ni makin hari makin ramai orang gemuk. Sebagai bukti tengok ajalah sekeliling kita, orang gemuk ada di mana-mana. Contoh terdekat AKU! Kehkeh.

Aku ingat lagi masa berat aku 110-120KG pada awal tahun 2012, time tu memang gemuk sangat-sangat! Aku tak tahu lah kenapa aku tak sedar-sedar diri time tu, mungkin juga sebab orang sekeliling aku semua layan aku macam manusia biasa. Mereka semua tak memandang fizikal aku sampaikan aku tak sedar berat aku naik maximum sehingga 120KG. Boleh bayangkan tak bahagianya aku sampai berat naik mcm anak gajah pun tak sedar! Kehkeh.

Aku mula perasan aku sangat gemuk sebab tengok dalam gambar. Aku rasa mcm "Eh ini ke aku? Apesal gemuk sangat ni? Dah macam anak gajah dah!" Tak percaya? Meh tengok gambar bawah ni. Korang yang ada sakit jantung dinasihatkan jangan tengok okay gambar ni. Kang tak pasal-pasal aku kena bagi CPR kat korang pula. Hehehe




Gemuk gila kan? Aku risau kalau letak anak gajah sebelah aku, mesti korang tak dapat beza mana satu aku mana satu anak gajah, sebab dah serupa dah! Kahkahkah! Aku sendiri rasa malu bila tengok gambar ni, aku pelik macam mana aku boleh terlampau 'bahagia' macam ni.

Masa ni aku dengan tunang aku dah masuk tahun ke-dua couple. Time tu belum jadi tunang la, dia still boyfriend aku. Aku pelik mcm mana dia boleh suka dekat budak gemuk macam aku ni ha? ^_^

Sekarang ni berat aku dah 83KG. Alhamdulillah, walaupun masih obes tapi tak lah teruk macam dulu. Sekarang pun aku still tengah turunkan berat badan. So far, aku dah turunkan 35KG dalam masa setahun walaupun secara tidak consistent atau erti kata lain, kejap on kejap off.

Biasa lah manusia, cepat give up kan. Banyak menyimpang dari jalan straight. Nak kuruskan badan ni bukan senang macam makan kacang. Kena usaha kuat! Tak ada usaha tak ada lah hasil kan. Nak tengok tak gambar terbaru aku? Hehehee. Dah comel sikit dah dari dulu.


Ada lagi 23KG lagi untuk di hapuskan dalam sebelum May 2014. Harap-harap masih punya semangat untuk meneruskan perjuangan mengurangkan berat badan. Amin~ Wish me luck guys. Muaxxx. 

Thursday, December 5

Jom Kurus 1 Malaysia with Kevin Zahri

Assalamualaikum.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia 2014 adalah cabaran kurangkan berat badan selama 6 minggu di seluruh Malaysia bermula 11 Jan hingga 22 Feb 2014. Nak join?

 Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia

Jangan risau ini bukan product untuk kuruskan badan ke, ubat-ubatan ke jus ke pil ke shake ke apa ke, semua bukan! Cabaran Jom Kurus ni penuh dengan aktiviti setiap hujung minggu selama 6 minggu dan di sini juga korang akan dapat ilmu bagaimana nak turunkan berat badan secara semulajadi tanpa sebarang produk.

So, siapa yang rasa tak ada semangat or tak ada kawan untuk buat aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan kita boleh lah join program ni. 1 Malaysia ada so korang boleh pilih mana-mana kawasan yang berdekatan dengan korang.

Yurunnya hanya RM300. Jangan risau RM300 tu sangat berbaloi untuk di laburkan sebagai permulaan untuk jalani hidup yang sihat sejahtera. Maklumat lanjut korang boleh click link bawah ni atau boleh comment aja dekat sini. 

http://kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia/

Monday, December 2

I'm officially engaged.

Assalamualaikum, hi everyone!

Rasanya dah bertahun tak update blog kesayangan ni. Aik Kesayangan ke sampai tinggalkan setahun lebih? Hehehe. Apa khabar, masih ada lagi ke yang ingat aku dekat sini? Kalau ada sila angkat tangan :P (rasa macam tak ada je. HAHA!)

Btw, nak tahun perkembangan terbaru aku? Cewah. Ajet ajet retis pulak aku ni. Kehkeh! Kalau korang tak mau tahu pun aku nak bagitahu juga :P Pada 16 May 2013 yang lepas aku telah pun bergelar tunangan orang. Alhamdulillah!


Perasaan? Mesti lah iolls happy weh! Gila kau jijah tak happy? HAHA. Majlis tunang kami dibuat secara kecil-kecilan aja sebab orang kata tunang ni tak payah heboh-heboh sangat kan. Lain lah majlis nikah or perkahwinan itu memang wajib heboh okay? Kalau boleh satu dunia aku nak bagitahu aku nak kahwin. Hehhe.

Jom aku nak kenalkan dengan tunang aku. Nama penuhnya Herman bin Mahad, simple aja nama dia macam nama aku. Nampak x belum apa-apa dah ada persamaan dengan aku? Sweet kan kan kan? (tolong jangan muntah okay?) Hahaha. Bagilah aku peluang nak jiwang sikit :P Dia orang Sg. Rambai, Melaka. Selain daripada itu, adalah rahsia. Kehkehkeh. Meh nak tanyang sikit tunang kita.


Insya'allah lagi 13 bulan dari sekarang majlis pernikahan kami. Korang rasa lama tak? Tak apa relex. Dulu-dulu orang tunang 2 tahun wat lek wat peace je kan? Lagi pun aku nak sambung study awal tahun ni, so kang kahwin + study mereng kepala otak aku nak handle. Hhhuhu. Okay la sekian sahaja setakat ini. Nanti free aku update lagi okay?

Jaga diri, bye !

Sunday, July 7

Follow me on IG



Assalamualaikum.

Rasanya lama dah eyfa tak update blog ni. Setahun ada tak? ehehhee. Btw, korang boleh follow insta eyfa untuk keep in touch dengan eyfa okay? thank you! :)


@eyfaalias

Sunday, November 25

Twitter trending : Lyana Evans dan Hana Hawani

Assalamualaikum.

Semalam belum habis lagi kes Ayuni sekarang dah di tambah pula dengan kes Lyana Evans. Kahkah! Aku kadang-kadang rasa nak letup aje kepala sekoq sekoq pasal bahlol melampau.

Ayuni kes tak mengaku dia Malaysian, yang kes Lyana Evans ni pula nak suruh bapa dia mati cepat sebab bapa dia selalu halang dia melepak/tidur rumah kawan, balik lewat malam and etc.


But yang bangang nya budak ni, apesal kau tak lari rumah aje dik? Kau minta doa suruh ayah kau mati awal kau ingat Allah nak makbulkan ke? aduhai.

Tu lah bebudak sekarang ni makin lama makin kuajaqqq~ Aku rasa macam nak azan aje telinga sorang-sorang kasi bernanah telinga tu. Kalau bapa kau mati kau nak makan apa? makan pasir? kau ingat kawan-kawan kau ke boyfriend kau ke nak bela ke makan minum kau? Please lah! Otak letak kat mana dik? Simpan dalam peti ais ke?


Haaa ni lagi seoarang budak yang bebal abadi, nak bunuh diri sebab break dengan boyfriend dia. Konon boyfriend dia curang. Aishh! Dunia dunia! Kau nak mati pergi mati jelah yang sebuk nak update kat twitter dah kenapa? nak orang simpati? aduhh. Bebudak sekarang ni macam-macam perangai!!!!

Tapi kan aku rasa kan bebudak sekarang ni sebenarnya nak PERHATIAN je. So kita abaikan aja mereka ni semua.

Saturday, November 24

Ayuni buang kerakyatan Malaysia demi cintakan Artis KPOP.

Assalamualaikum.


Kecoh di twitter, semua Kpopers marah pasal artis Kpop kena baling dengan kasut (maybe) and di boo dengan teruk oleh rakyat Malaysia di Sunway semalam.


Sebenarnya aku pun marah juga siapa makhluk Allah yang pandai sangat baling object ke arah artis ni. Tak beradab. Tapi chill lah jangan lah sampai taknak mengaku awak tu warganegara Malaysia. Twitcon pun pakai baju sekolah. Aduh!

Si Ayuni and bell ni pulak bijak pandai ni pula marah sangat gamaknya artis kegemaran dia dilakukan sebegitu, lalu dia pun update lah kemarahan dia tanpa memikirkan akibat yang bakal di hadapi kelak. Cewah ayat aku! Kihkih~

Okay lah. Aku malas nak borak lebih. Berita selanjutnya boleh lah anda lawati : http://www.ehgosip.com/2012/11/ayuni-buang-kerakyatan-malaysia-kerana.html

Sunday, November 18

Handbag pertama saya.

Assalamualaikum.



Lama sungguh lah aku tak update blog ni. Bukan kerana aku busy sangat, kalau ikut kan boleh aje aku nak update tiap-tiap hari macam dulu cuma idea makin kekurangan. Kihkih~

Actually aku nak cerita something ni. Siapa yang kenal aku maybe tahun lah aku ni boyish sikit. Eh! Rasanya bukan sikit tapi banyakkk! Kahkah!

Aku nak cerita yang last week aku ada beli HANDBAG! Korang percaya tak aku beli handbag? Aku ni jenis keluar rumah sehelai sepinggang. Tak macam perempuan lain, kalau boleh beg balik kampung tu dorang nak heret ke hulu ke hilir. Kihkih~

Acah-acah aku nak berubah, nak buang sikit boyish aku tu. Nak jadi gegirl so aku pun nekad lah beli handbag. Handbag aku harga ratusan juga. Memula rasa membazir pasal aku bukan pakai sangat pun tapi tak apa lah lama-lama aku kena biasakan guna handbag juga kan.

Tanpa buang masa, aku nak tunjuk sikit handbag yang aku beli. Kihkih! Ini pun kawan aku yang pilih. Aku mana tahu apa-apa pasal handbag ni. Bagi aku sama je aku rasa. HAHA. Cuma kali ni aku rasa macam hndbag aku ni lawa jugak la. Bagi aku la! bagi korang xtau la. Hehehe


Okay tak? okay tak handbag kita? =D

Friday, September 28

Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu


Assalamualaikum.

Siapa nak kurangkan berat badan seperti aku? Aku ada terjumpa page Kevin dekat facebook and baru aja beli Ebook ni. Tapi belum baca lagi. Kejap lagi baru baca. Siapa nak diet juga moh la beli Ebook ni. Aku tengok comment and feedback semuanya memuaskan. 

Untuk maklumat lanjut tengok video bawah ni :



Wednesday, September 19

Party Sampai Pagi with friends.


Assalamualaikum.

Semalam habis sahaja dari Zumba aku pun follow lah kawan-kawan aku pergi melepak. Actually tak lah melepak sangat pun. Keluar sebab nak sambut birthday kawan aku punya kawan, Sya namanya tapi dah kira kawan aku lah sekarang kan sebab dah banyak kali lepak bersama. Hihi.

Kami tak rancang sebenarnya nak beli kek bagai sebab memula nak pergi belanja dia karoke aje sambut birthday dia kat situ lepas tu pergi makan-makan then entah macam mana tertimbul pula idea nak beli kek. Padahal yang bawa pergi beli kek birthday girl nya. HAHA. Sakai x?

Tapi kita orang kelentong dia kata nak beli barang. Padahal pergi beli kek. Acah-acah aje berlakon depan dia. Masuk masuk kerata dia tak perasan pun kami bawa masuk kek. Hehe. Kek tu kek ala kadar je sebab time tu dah pukul 10 malam nak singgah kedai mana-mana memang kebanyakkan dah tutup. Kami tibai aje kek apa yang ada. Tapi sedap juga rasanya.

Selebihnya biar lah gambar yang mencarita kan segalanya. Bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu. Ini aku nak tukar versi aku pulak. Setiap gambar ada cerita. Hikhiks.


HAPPY BIRTHDAY TO SYA, HAPPY BIRTHDAY TO SYA, HAPPY BIRTHDAY TO SYAAA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUU :*







Thanks for reading, ahaks. Hik hik hiks hmmm byeee byyeee hmm...byeeee *duck face* hmm byee... HAHAHAHAHAHA~ Tolong jangan tumbuk muka aku =P~

Thursday, September 13

Kurus sebelum 2013.


Assalamualaikum.

Sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan September dah kan? Cepat betul masa berlalu. Aku rasa masa aku banyak terbuang dekat benda-benda yang tak berfaedah. Contohnya? Ala takkan nak kena bagi contoh. Faham-faham sendiri lah kan.

Seperti yang korang semua tahu aku sekarang tengah on diet starting on birthday aku 02 July 2012, dan masih di teruskan sehingga sekarang. Berat asal sebelum aku diet adalah 102KG dan sekarang berat aku dah turun kepada 89KG. Alhamdulillah~

Sebelum ni memang aku ambil Herbalife untuk membantu aku dalam pemakanan but now aku dah tak ambil herbalife sepenuhnya aku cuma ambil tea mix aja yang lain aku tak ambil. So far berat aku still turun di sebabkan aku jaga pemakanan and juga senaman aku.

Orang kata kalau diet kena 70% dari pemakanan kita and 30% dari senaman kita. But bagi aku kalau diet sahaja tanpa senaman effect dia lambat. But if buat both insya'allah akan dapat hasil yang cepat, cekap, dan pantas. Cewah! Haha.

Sekarang aku dapat cabaran baru iaitu turun 20KG within 2 months. Cabaran sudah pun bermula dan akan tamat pada 19/11/2012 dan peserta yang dapat turun 20kg akan dapat RM1000 sebagai ganjaran. Wow! $_$


Sekarang aku dah mula kawal makanan dan senaman yang aku lakukan supaya aku boleh menang RM1000 dan buktikan pada semua yang aku mampu ubah diri aku and aku nak buktikan dekat semua orang yang ejek-ejek aku tu yang aku boleh kurus dan cantik macam orang lain juga. Jyeah!

KURUS SEBELUM 2013. Caiyok~ Caiyok~!

Wednesday, September 12

Sesuatu untuk di kongsi.



Assalamualaikum.

Setelah baca status facebook di atas korang rasa tak ada kebenarannya tentang apa yang cuba tuan empunya status sampai kan? Aku setuju dengan status dia ni. Ada juga betulnya.

Berapa ramai orang yang baca status atau tweet mengenai kematian selepas taip comment "Al-Fatihah" kemudian mengangkat tangan sedekahkan Al-Fatihah untuk si mati? Aku rasa memang ada yang buat macam tu tapi tak ramai. Kan? Aku pun tergolong juga.

Bila aku baca status ni, aku tersedar. Bila aku taip "Al-Fatihah" tak bermakna aku dah berjaya sedekahkan surah tersebut untuk si mati. Ya! Ramai orang anggap benda ni perkara remeh tapi bagi aku tidak. Betul lah orang kata internet ni ada yang bagus nya and ada yang tak bagusnya :)


Berdoa juga sama. Kita selalu buat facebook or twitter sebagai tempat kita luah perasaan atau pun kadang-kadang kita nak berdoa pn kita taip kat facebook. Rasa-rasa cara tu boleh di terima ke? Memang betul lah sosial network ni memudahkan urusan kita tapi takkan urusan kita dengan Allah pun nak menggunakan facebook seperti tuan empunya status ni katakan?



Ini peringatan untuk semua termasuk diri aku sendiri. Renung-renungkan lah :)

Wordless Wednesday | Sama tapi tak serupa

 KEH KEH KEH!

Majlis Anugerah Dekan KPTM, Megaview Banquet Deck KL Tower

Assalamualaikum.

Semalam 10 September, 2012 Kolej Poly-Tech Mara telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur.

Actually pada permulaannya aku bercadang tak mau turut serta tapi fikir balik aku dah nak habus sem so, bila masa lagi aku nak ambil pengalaman macam ni lagi kan? So aku pun menghadirkan diri dengan berjubah biru kepunyaan emak aku sebab jubah aku beli sebelum raya hari tu dah gedabak besar. Huhu.


Amboi bukan main seronok aku dapat naik pentas, rasa macam nak naik lagi aje. Kena belajar sungguh-sungguh lagi sem ni baru boleh naik pentas lagi sem depan. HAHA. Aku tak banyak sangat ambil gambar. Ada lah dua tiga empat lima enam keping. Hikhiks.


Haziq Hamid // EA


EA // Hayati Bahudor // Madam Azwana Abd Rahman // Nurfadzlina Fadzlin // Raihatul Jannah


Atirah // Puty Nur Liyana Amira // Rina // EA // Nurul Ain



Nurfadzlina Fadzlin // Raihatul Jannah // Shahrul Nizam // EA


Human Resources Management Dean list's, KPTM KL

Ini ajelah gambar yang ada dalam bekalan aku. Nanti ada masa aku nak print out semua gambar-gambar ni. Lepas ni dah tak ada lagi macam ni. Kalau ada pun tak sama macam yang ini kan. Hehe.

Btw, tahniah pada semua kawan-kawan aku yang berjaya merembat dua anugerah. Semua ketemu lagi :D

Sunday, September 9

Peserta Bertuah Bloglist September 2012 by EYFAalias

Assalamualaikum.

Sorry sebab korang tunggu lama nak tahu siapa blogger bertuah untuk segmen hari tu. Disebabkan aku exam mid term dengan kesihatan tak berapa okay aku pun terlewat sikit update entry. Mohon maaf.

So here we go.



Kepada blogger bertuah ni. Sila inbox inbox aku di facebook (https://www.facebook.com/EYFAalias) berserta detail seperti di bawah.

Nama Penuh :
Alamat Penuh :
No. Telephone :

Sunday, September 2

Membuang masa di hujung minggu.


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Bagaimana hari minggu korang semua? Seronok ke? Mesti banyak yang dapat jemputan open house kan kan? Aku pun ada juga dapat jemputan tapi masa tak mengizinkan nak pergi kan. So, kirim salam aja lah. Tak ada rezeki.


By the way tadi aku ada pergi Wangsa Walk dengan siblings aku untuk teman adik bongsu aku beli Ipod Touch. Dia ni memang kaya sikit, mana ntah dapat duit aku pun tak tahu. Ni buat aku cemburu rabun ni. Aku pun nak juga Ipoh Touch. Ada sesiapa ada duit lebih nak? kot-kot tak tahu nak buat apa bak meh la belikan aku satu Ipod. Hikhiks~


Adik aku beli Ipod aku pun beli lah baju untu baby berry aku ni ha, dah lama tak berbaju baby aku ni. Kesian dia. Ini kira baju raya dia lah ni. Comel tak? Kuning menyala, kalah gigi korang yang tak gosok 8 hari tu. Hekhek.

Setelah puas berjalan di Wangsa Walk kami sekeluarga pun bergerak ke Empire Shopping Gallery kononnya heboh nak main gelongsor dalam mall tu. Punya lah excited nak main, last-last tengok tak ada lah panjang mana pun gelongsor tu tapi yang hebatnya aku yang debab ni pun boleh main gelongsor tu. Aku bukan apa, aku cuak kot-kot roboh pulak gelongsor tu kang aku naik.


Satu set RM10 kalau 2set RM15. 1 set tu kira satu kali turun lah. Orang tak ramai sangat tadi sebab kami sampai pun dah nak pukul 8 lebih tadi. Perasaan masa nak turun gelongsor tu bukan main berdebar jantung aku. Bila dah tengah-tengah aku dah tak ada perasaan. HAHA. Bak kata adik aku "BORING!!!"

Dah habis main gelongsor kami pun balik dalam keadaan kepenatan yang terlampau. Aku updated dulu satu entry. Lepas ni nak masuk tidur. Mengantuk dan penag teramat. Hikhik~

Bye bye!
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com