Tuesday, August 2

Segmen Makanan Kegemaran Waktu Berbuka

Assalamualaikum.

Lepas join segmen bloglist Keroro. Sekarang eyfa nak join segmen dari Zack pula iaitu segmen Makanan Kegemaran Waktu Berbuka. Huhu. Bila sebut pasal berbuka ni. Memang pelahap. Rasanya semua benda nak makan. Padahal puasa sehari aje. Itu pun siang aje. Bila berbuka pelahab macam tak makan setahun! Huhuhu.

Click untuk join!

Okay. Makanan Kegemaran ketika berbuka ialah seperti berikut :-
  1. Tomyan Ayam
  2. Nasi Lemak Ayam Rempah
  3. Ayam Percik
  4. and semua masakan mak saya!! =)
Seriously bila berbuka makan makanan dekat Pasar Juadah rasa macam tak se'sedap masakan mak eyfa. So, kegemaran ketika berbuka puasa mesti lah semua masakan mak eyfa. Tak kisah lah apa pun. Lagi-lagi ayam. Memang fav habis! HAHA.

KBAI~
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Monday, August 1

Ramadhan Sign !

Assalamualaikum.

Semua orang tahu kan apa maksud puasa? Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Syarat wajib puasa pula mesti lah Islam, baligh, berakal waras dan mampu berpuasa. Semasa berpuasa kita ada amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa. Contohnya macam segera berbuka puasa setelah yakin masuk waktu, melewatkan makan sahur, berbuka dengan benda-benda manis, membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir, Mandi junub (hadas besar) sebelum terbit fajar dan Solat sunat Tarawih.

Puasa kita akan makruh sekiranya kita mengosok gigi selepas gelincir matahari, terlalu kerap atau lama mandi, merasa makanan dengan lidah, mengambil darah atau berbekam, dan berkumur-kumur berlebih-lebihan. Okay perkara yang boleh batalkan puasa kita pula ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja, melahirkan anak, pengsan sepanjang hari, bersetubuh di siang hari, muntah dengan sengaja, gila, keluar darah haid dan nifas, mengeluarkan air mani dengan sengaja and murtad

Berpuasa ni ada kelebihannya antaranya  boleh melatih diri bersifat jujur dan ikhlas, membentuk insan yang bertakwa yang taat perintah Allah, melahirkan keinsafan di atas penderitaan fakir miskin and mendidik jiwa mengawal nafsu

Akibat jika seorang muslim tidak menunaikan kewajipan berpuasa dimurkai Allah, kehidupan tidak tenang, bersifat riak dan terburu-buru dalam tindakan, cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu, disisih masyarakat dan dipandang hina and mencemarkan maruah Islam


Tahukah anda?
Perbuatan mengorek lubang hidung, telinga atau memasukkan ubat ke mata atau telinga tidak membatalkan puasa.

P/S : Jangan ponteng puasa dengan sengaja okay, Allah akan murka =)

*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com