Friday, March 2

Dinner di Fullhouse, Wangsa Walk.

Assalamualaikum.

Aku rasa sejak kebelakangan ni aku asik cerita pasal makanan aje. Korang perasan tak? Ala kalau tak perasan bebuat jelah perasan. HAHA.

Semalam aku pergi makan malam dekat Fullhouse, Wangsa Walk. Actually tak la makan malam sangat sebab time tu matahari still terpacak lagi. Kira macam makan petang la. Hehe.

Kawan aku baru gaji, so kerja aku memang menge'paw duit kawan-kawan aku aje. HAHA. Jahat tak aku? Isk isk! Tak lah gurau je. Bukan paw, dah memang rezeki aku, orang nak belanja makan =) Bak kata orang tua-tua rezeki tak baik tolak. Kang kecik hati pulak. HAHA.


Aku tak biasa makan tempat mahal, maklum la mak kita kata jangan membazir makan tempat mahal-mahal sebab membazirkan amalan syaitan, tapi kalau sekali sekala nak merasa tak mengapa ^^ So, aku just order Vongole Spaghetti, kawan aku pulak order Alfredo Spaghetti and kawan aku yang belanja makan tu order Wok-Sear Chicken Chop.


Dessert pula kami ambil Dessert Combo. Dessert Combo ni boleh pilih 3 dessert dengan harga RM29.90 only. Kira dah boleh save lah sikit dekat situ. Hehe. Kami pilih Tiramisu, Chocolate Brownies and Profiteros.


Okay terus-terang yang paling sedap Tiramisu. HAHA. Lepas makan, masing-masing perut dah maju ke hadapan dan tak larat untuk meneruskan perjalanan. Balik masing-masing buat muka puas kekenyangan. Hehehe.

Next month, TGI FRIDAY pulak. Insya'allah kalau ada rezeki :)

Sarapan pagi di Yeop Nasi Lemak.

Assalamualaikum.

Hari ni alhamdulillah, class pagi aku di batalkan. Hehe. Bersyukur bukan sebab apa, keadaan macam memahami aku tengah kepenatan dan serabut mentelaah buku untuk persediaan menduduki Mid-Term next week.

So, hari ni aku nak buat segmen jalan-jalan cari makan. Tapi segmen tu melibatkan diri aku sorang ajelah kan. HAHA. Pagi ni korang semua sarapan apa? Roti Canai? Nasi Dagang? Nasi Lemak?

Aku sarapan special sikit. BIHUN SOTO dekat Yeop Nasi LemakMedan Selera Setiawangsa. Actually kedai yang aku makan ni kedai makan abah aku. HAHA. Yang buat specialnya aku tak payah bayar, makan lah sampai muntah. HAHAHA. Jelly tak korang? =P


Ehemm~ Amacam? Menyelerakan tak? Sila lah terliur =P Sesiapa yang ada berdekatan boleh lah datang breakfast kat kedai aku ya! Selain daripada Soto, Nasi Lemak dah tentu lah ada. Nama gerai pun Yeop Nasi Lemak, kalau tak jual Nasi Lemak, rasanya mana kedai ni dah boleh tukar dah. HAHA.


Lontong pun ada tauuu~ Jemput lah datang dengan keluarga ya. Makan kat sini. Kalau aku ada aku bagi diskaun. Cewahh~ Hehe.

KBAI~
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com