Saturday, July 28

Persatuan Usahawan Niaga Taman Setiawangsa

Assalamualaikum.

Persatuan Usahawan Niaga Taman Setiawangsa. Abah aku salah satu ahli jawantan kuasa dalam persatuan ni. Actually abah aku dah berpuluh-puluh tahun berniaga dekat area Setiawangsa tu and setiap tahun memang akan ada Bazar Ramadhan dekat area Setiawangsa tu.

Dipendekkan cerita sejak tahun lepas tiba-tiba aja ada masalah dengan tapak berniaga untuk Bazar Ramadhan. Aku tak tahu lah, maybe orang-orang berpangkat besar ni memang suka nak menindas and suka nak tutup periuk nasi orang agaknya. Dia kira anak bini dia je nak makan? nak raya? Orang lain tak payah makan? Duh! --"

Kebanyakkan peniaga dekat sini semua peniaga tegar. Berniaga jadi sumber pendapatan. Kalau xberniaga kira xde la duit nak makan. Mereka buka peniaga part time yang suka-suka nak cari pendapatan lebih bulan Ramadhan ni.

Sebelum okay aje tak ada masalah, sekarang pulak tiba-tiba tak boleh nak meniaga kat Setiawangsa tu dah kenapa? Nampak tak permainannya kat sini?

Utusan | 27 July 2012

Aku malas nak borak lebih-lebih aku pun bukan rajin sangat nak melibatkan diri. Aku duk dengar abah aku cerita je. Tapi aku pelik kat Keramat tu punya banyak Bazar, siap depan Jusco tu pun nak buat Bazar. Itu korang approve pulak? Kat Setiawangsa yang dah berpuluh-puluh tahun ni korang tak kasi niaga? Der! akal ada ke? -_-"

Saturday, July 21

Juadah berbuka | 1 Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah selamat berbuka semua? Alhamdulillah. Berjaya dah kita semua sempurnakan puasa hari pertama. So, apa perasaan? Mesti happy kan dapat habiskan satu hari puasa? Kalau time aku budak-budak mesti dah dapat RM1 sebab puasa penuh. Dah besar lebar ni idok ler dapat lagi. Huhu.

Menu berbuka aku sekeluarga pada first Ramadhan ni. Sotong sambal. Ayam masak lemak cili api. Ayam goreng. Sayur kacang botol. Tempe+kacang+ikan bilis sambal. Tembikai. Cekodok. Air Tea O panas dan juga Lai Che Kang.


Wah! Meriah tak lauk berbuka puasa kami? Aku ambil nasi suku sahaja tapi lauk aku menimbun. Maaf la aku susah sikit nak kawal kalau nampak lauk banyak-banyak macam ni. HAHA. Kami sekeluarga berbuka di Taman Rakan, Kajang dekat rumah Makcik dengan Tokmak. So kira berbuka ramai-ramai lah.

Bila makan ramai-ramai berkumpul macam ni seronok kan? Isk ini baru puasa hari pertama, belum raya pertama lagi. HAHA. So, sebelum tu jom niat puasa sama-sama. Kang takut terlupa pulak. Hehe.

Bte korang semua berbuka apa? Meh la share nanti bila mak aku tak ada idea nak masak apa, boleh la suruh mak aku masak apa yang korang makan pulak kan. Hehe. Sharing is caring.
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com