Tuesday, August 21

Sajian filem dan drama menarik raya ini.

Assalamualaikum.

Woah! Hari ni dah masuk raya ke-tiga. Aku punya raya da lama habis macam aku cerita dekat entry yang lepas. Haha

Macam biasa la aku duduk rumah tengok tv aje. Bila dah duduk rumah, penat la aku cari channel yang ada drama raya yang best-best tapi hampeh. Cerita yang tv tayang semuanya cerita mengarut. Mael Lambong, Jangan Pandang Belakang Congkak, Anak Mami Junior, Anak Mami The Movie, Bola pun Raya, Senario and macam-macam lagi lah cerita merepek.

Anak Mami tu memang TV3 nak tayang 7 keturunan ke apa? Asal Raya je cerita tu. Dah tak ada modal ke nak tayang cerita lain? Please lah siapa aje nak tengok cerita 7 tahun lepas tu? Ntah apa lah yang suka sangat tayang cerita yang dah berkulat tu.


Hari raya orang nak tengok cerita pasal hari raya lah bukan cerita or filem-filem mengarut melayu yang tak laku dekat wayang tu. Tolong lah! Tolong lah sedar TV3! Menyampah tahu? Menyampah?

Monday, August 20

Berhari raya di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam di Malaysia mahupun di mana-mana jua anda berada. Hehe. Amacam raya? Seronok tak? Meriah? 2 hari berlalu berapa pinggan dah korang makan? Banyak dapat duit raya? HAHA. 

Alhamdulillah aku raya di Kuala Lumpur sahaja raya kali ni di sebabkan keadaan atok dan opah aku (belah ayah aku) tak berapa sihat, so mereka ada kat rumah makcik aku area KL ni tu yang kami raya KL aje. Walaupun tak berapa meriah tapi kira okay lah sebab duit raya aku meriah seperti biasa.

Al-Maklum lah, aku umur dah 24tahun tapi duit raya dapat 200 ++ juga lah setakat dua hari ni. Seronok! Seronok! Walaupun ada sedikit segan bila dah tua bangka still dapat duit raya. Hehe.

Aku harap raya korang semua bermakna dari yang sebelum-sebelumnya. Bagi yang balik kampung tu, selamat pergi dan selamat lah balik ya. Pandu hati-hati jangan gelojoh, jangan nak cepat aja sampai. Sabar! Pelan-pelan kayuh. 


Then, akhir sekali aku nak minta maaf dari korang semua yang kenal or tidak kenal aku, kalau aku ada buat salah or silap tak kisah la sebesar zarah or sebesar alam semesta, aku minta maaf minta ampun ya semua? Harap korang boleh nak maafkan segala kesalahan aku.  Selamat Hari Raya :)
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com