Tuesday, January 3

Updated hadiah Giveaway

Assalamualaikum.

Seperti yang di janjikan, mesti semua orang nak tahu kan apa aku nak bagi untuk Giveaway ni. Dupp dap dupp dap tak? HAHA. Okay-okay malas nak berborak lebih-lebih. Jom aku nak review hadiah yang bakal di menangi oleh korang semua.

Wallet Fossil (Genuine Leather) yang bernilai RM199 - 1 Pemenang

Dua (2) tiket wayang TGV Cinema (Expired 30 April 2012) - 2 Pemenang

Hadiah hanya untuk 3 orang sahaja. Semua hadiah di atas di sponsor oleh diri aku sendiri. So, kalau nak join CLICK SINI atau pun click pada banner bawah ni okay ^.^ Terima kasih.



Monday, January 2

Amalina Che Bakri culture shock

Assalamualaikum.

Sekarang ni kecoh dekat Facebook and Twitter pasal Amalina Che Bakri, budak yang dapat 17A1 dalam SPM tu. Kecoh sebab apa eh? Aku mula-mula macam tak dapat tangkap juga sebab tetiba nama Amalina jadi Trends dekat Twitter. 

Kejutan budaya katanya. Daripada bertudung, duduk oversea terus tidak bertudung. Lepas tu ramai yang marah and kutuk-kutuk dia dekat Twitter dan Facebook.. Aku rasa macam kelaka pun ada. Bukan sebab apa, macam biasalah bila orang lain buat kesalahan mula lah semua nak jadi Tuhan untuk hukum dia.

Padahal yang bercakap dan mengata pun 2 x 5 aje. Korang pun free hair juga, tapi still sebuk nak mengutuk dan mengata Amalina free hair dan warnakan rambut. Sebenarnya apa beza kau dengan dia? Sama aje! Kau color rambut ke tidak dosanya tetap sama.


Kita tak tahu apa-apa pasal Amalina, kita tak tahu apa yang terjadi dengan Amalina, so tak payah nak bash si Amalina ni. Korang pun lebih kurang aje kan? Dekat sekolah pakai tudung, habis sekolah tudung ke mana, maruah ke mana? Tak perlu nak kata orang lain. Tengok cermin nilai dosa diri sendiri dulu sebelum kau sebuk nak mengata dosa orang.

Tak payah nak tengok Amalina sangat, sekarang berrlambak budak culture shock. Budak-budak dari Kampung datang ke Kuala Lumpur untuk belajar dan cari rezeki, last-last hanyut ke laut. 

Mula-mula pakai tudung, berbaju kurung. Lepas tu tudung hilang, dah pandai pakai hot pants, baju pun nak tayang dada nampak alur, nak tayang punggung. Tak cukup shock lagi, ikut jantan / bawa balik jantan ke rumah, buat maksiat. HAHA.

Dah dah lah, tak payah nak belagak baik ya. Tak payah nak pura-pura jadi malaikat. Amalina tu dah besar panjang, pandai bezakan dosa and pahala. Pandai-pandai lah dia bawa / jaga diri dia dekat sana okay. Kita just doakan aje yang terbaik untuk semua umat Islam. 

KBAI~
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com