Sunday, July 31

Kau hancurkan hati aku lagi, lagi dan lagi.

Sambungan daripada CEMBURU TANDANYA SAYANG EH?

Lepas tu aku rasa down gila. Apa salah yang aku dah buat sampai macam ni balasan yang aku dapat? Time tu aku tak fikir banyak. Bila dia dah kantoi aku suruh dia call perempuan tu depan mata aku. Aku suruh dia mintak break dengan perempuan tu. 

Mula-mula dia taknak. Tapi bila aku dah marah dia apa semua, dia pun call perempuan tu depan aku and then dorang break. And you know what? Dia menagis sebab aku suruh dia mintak break dengan perempuan tu. Sakit hati jangan cakap lah. Aku rasa dah hancur dah hati aku ni. Tapi aku tabahkan juga hati aku demi dia.

Dah lepas tu kami okay balik. Tapi tak berapa okay sangat la. Okay gitu-gitu aje. Seminggu lepas tu dia ada nak tukar pakai dengan Hp aku. Okay aku pun kasi lah dia guna Hp aku tu. Hp dia nokia cikai aje. Screen pn hitam putih. Hp aku hp sonny cybershot so camera lawa lah kan.

Kami kan dah biasa tiap-tiap minggu jumpa. Suatu hari tu kira 2 3 minggu selepas kes dia ada perempuan lain tu dia kata ada cousin dia dari Sabah datang KL nak jalan-jalan. Lepas tu dia kata dekat aku jangan call/sms dia sepanjang hari dia keluar dengan cousin dia.

Aku pun pelik la. Macam tak sedap hati aje. Ada ke orang keluar dengan cousin sampai tak boleh nak sms girlfriend? Alasan dia, cousin dia tak suka budak semenanjung! Okay. Aku tak lah bodoh sangat nak percaya kan? Aku layankan aje dia.

Keesukkan harininya. Aku bukak lah myspace dia and tergerak hati aku nak check friendlists dia dekat myspace[time ni musim myspace lg]. Alangkah terkejutnya aku bila nampak seorang perempuan ni pakai default berpelukan dengan boyfriend aku. Mesra sangat dorang dalam gambar tu. Aku sendiri pun tak pernah ambil gambar macam tu dengan dia.


Seriously tangan aku menggigil nak tekan mouse time tu. Perempuan tu kalau cantik macam bidadari tak apa. Ini tidak. Muka perempuan tu serius muka mintak ludah! Grrr! Maksudnya ini dah kali ke tiga dia ada perempuan lain. Perasaan jangan cakap lah. Aku rasa macam kena tikam laju-laju tanpa henti. Aku tak tahu mana silap aku sampai dia sanggup buat aku macam ni.

BERSAMBUNG........
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

22 comments:

  1. wahhhhhhhhhh
    fara yg bce nie pom da ngamukk
    cpt smbung eyfa (pemint setia nk bc nie)

    ReplyDelete
  2. pergh biar betul?? emm geram nyaa.... cepat2! tak sabarnk baca sambungan!!!

    ReplyDelete
  3. cepat upadte setrusnya . tk sabau nak baca . :)

    ReplyDelete
  4. errr.. dah la mintak macam-macam

    ReplyDelete
  5. waaa, jahat ye dia .. dasat ye .. tak sampai hati nak sambung baca lg ..

    ReplyDelete
  6. perghh...melampau nye...ishh germa pulak bila bace nie...

    ReplyDelete
  7. tabah je la sempena Ramadhan ni. Slamat berpuasa. ;)

    ReplyDelete
  8. apa lg eyfa..ludah kn aje.puii!!!


    tp selalunya gal x slh,da klu kantoi 3x dgn prmpn yg berbeza ek?so cmtu nmpk sgt la si lelaki yg buaya darat+tembaga.

    ludah dua2 skli tau.puas hti! ;(

    **abg yg emo ni

    ReplyDelete
  9. apa lg eyfa..ludah kn aje.puii!!!


    tp selalunya gal x slh,da klu kantoi 3x dgn prmpn yg berbeza ek?so cmtu nmpk sgt la si lelaki yg buaya darat+tembaga.

    ludah dua2 skli tau.puas hti! ;(

    **abg yg emo ni

    ReplyDelete
  10. cepatt update. gile tak sabar nk bace ni :D

    ReplyDelete
  11. awak ni tabah ye..sggup stay lg nan die..kalo sy dh blah dr idop die dh... be strong kay ^_____^

    ReplyDelete
  12. ceh, cari laki lain laaa. dah buaya tembaga tuuuuuuuu.

    btw,singgah cni. salam ramadhan mubarak. :D

    ReplyDelete
  13. hish! mmg tak ptt la..kna tgalkan je laki yg macm ni..sepak byk3

    ReplyDelete
  14. ish2. apekehal lah dia sanggup buat macam tu.



    piat aje telinga laki tu sampai putus. baru dia tahu. haha ^^

    ReplyDelete
  15. Ni papa jahat nie, takmo kawan dengan dia

    ReplyDelete
  16. erk...first baca pun macam nak bagi lelaki tu makan penampar~

    ReplyDelete
  17. Women never satisfy with only 1 handbag, Men never satisfy with only 1 girl.

    ReplyDelete
  18. Huahahaha dasar buaya... x malu betul la mintak duit drpd perempuan bukan muhrim... Memang lelaki mcm ni di BENCI oleh semua jantina.. :)

    ReplyDelete
  19. adoiiii . Tia pernah kena gak eyfa .. sakit hati jangan kata lah ..... grr ~~ sambung lagikkkk ..

    ReplyDelete
  20. klu dia buat mcm tu nampak toi ler dia nie kaki pompuan...udah ler tamatkan ajerler....x sesuai dibuat suami betoi.

    ReplyDelete
  21. dah nmpk dah tak tiada kejujuran disitu eyfa..nah ambil abg stalker hahahaha..gurau2 je ye.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi comment entry ini ^.^