Wednesday, June 6

Segmen : Up followers blog dan Twitter.

Assalamualaikum.

Sekarang dah start cuti sekolah kan? Mesti ramai yang ambil peluang ni nak blogwalking dari blog ke blog and sekali gus tambah followers di blog or twitter mereka.

Kali ni aku nak buat satu segmen iaitu "Segmen : Up followers blog dan twitter" Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :-

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuy1-z0LJoAmDEJLxCph5M1yZngR8k_sePX70csZpYXbNutBBo5t2JQCz-bhp7dbtoW_uFLhjU34n1J-i96lsg89Qw7CVF75GURd2ob1Nynelogt_VZa6XY-OIh3UJYAMw23GaYR0kYQQT/s1600/anigif.gif

  1. Wajib click SATUDUA dan  TIGA terlebih dahulu.
  2. Follow blog ini  (I will follow you back soon)
  3. Follow twitter saya di @EYFAalias (I will follow you back soon)
  4. Feel free to click "LIKE" my pages  https://www.facebook.com/EYFAalias
  5. Buat satu entry bertajuk "Segmen : Up followers blog dan twitter" dan linkkan pada entry ini. 
  6. Dalam entry itu sila bagitahu jumlah followers blog dan twitter anda berserta id twitter anda dan link blog anda.
    Contoh
    Blog : eyfaaliasstory.blogspot.com (2481 Followers) 
    Twitter : @EYFAalias (566 Followers)
  7. Tag kepada rakan-rakan anda yang lain (sekurang-kurangnya 2 orang) dan pastikan mereka tahu.
  8. Hantarkan link entry anda pada entry ini  (Dalam fibox or entry lain tidak diterima)
  9. Lepas senarai yang join segmen ni keluar anda wajib follow Twitter dan Blog semua peserta okay.
Segmen ini akan berjalan dalam tempoh masa SEMINGGU sahaja iaitu bermula dari 30/05/2012 dan tamat pada 06/06/2012. Selepas daripada tarikh ini, sebarang penyertaan tidak akan di terima. Senarai perserta akan di paparkan setelah tamat segmen ini.

Segmen ini tetap akan berlangsung walaupun kurang dari 10 orang peserta :)

P/S : TOP REFERRING URL AKAN BERPELUANG MENERIMA TOPUP BERJUMLAH RM10 (MAXIS/CELCOM/DIGI)

Tuesday, June 5

Tiga pelajar SMK Mahsuri maut | Yasmin Hunwick

Assalamualaikum

Berita Harian Online | LANGKAWI: Tiga remaja perempuan yang menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin.


Yasmin Johari, 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka.

Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, berkata berdasarkan maklumat, motosikal dilanggar van pelancong dari arah Ulu Melaka yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun.

Siasatan awal mendapati van terbabit gagal mengelak motosikal yang cuba melakukan pusingan U, sebelum merempuhnya. Pemandu van berkenaan selamat,” katanya.

Harith berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.

Notes : Adakah Yasmin Johari ni adalah Yasmin Hunwick? BACA SINI
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com