Thursday, December 5

Jom Kurus 1 Malaysia with Kevin Zahri

Assalamualaikum.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia 2014 adalah cabaran kurangkan berat badan selama 6 minggu di seluruh Malaysia bermula 11 Jan hingga 22 Feb 2014. Nak join?

 Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia

Jangan risau ini bukan product untuk kuruskan badan ke, ubat-ubatan ke jus ke pil ke shake ke apa ke, semua bukan! Cabaran Jom Kurus ni penuh dengan aktiviti setiap hujung minggu selama 6 minggu dan di sini juga korang akan dapat ilmu bagaimana nak turunkan berat badan secara semulajadi tanpa sebarang produk.

So, siapa yang rasa tak ada semangat or tak ada kawan untuk buat aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan kita boleh lah join program ni. 1 Malaysia ada so korang boleh pilih mana-mana kawasan yang berdekatan dengan korang.

Yurunnya hanya RM300. Jangan risau RM300 tu sangat berbaloi untuk di laburkan sebagai permulaan untuk jalani hidup yang sihat sejahtera. Maklumat lanjut korang boleh click link bawah ni atau boleh comment aja dekat sini. 

http://kevinzahri.com/jomkurus/1malaysia/

Monday, December 2

I'm officially engaged.

Assalamualaikum, hi everyone!

Rasanya dah bertahun tak update blog kesayangan ni. Aik Kesayangan ke sampai tinggalkan setahun lebih? Hehehe. Apa khabar, masih ada lagi ke yang ingat aku dekat sini? Kalau ada sila angkat tangan :P (rasa macam tak ada je. HAHA!)

Btw, nak tahun perkembangan terbaru aku? Cewah. Ajet ajet retis pulak aku ni. Kehkeh! Kalau korang tak mau tahu pun aku nak bagitahu juga :P Pada 16 May 2013 yang lepas aku telah pun bergelar tunangan orang. Alhamdulillah!


Perasaan? Mesti lah iolls happy weh! Gila kau jijah tak happy? HAHA. Majlis tunang kami dibuat secara kecil-kecilan aja sebab orang kata tunang ni tak payah heboh-heboh sangat kan. Lain lah majlis nikah or perkahwinan itu memang wajib heboh okay? Kalau boleh satu dunia aku nak bagitahu aku nak kahwin. Hehhe.

Jom aku nak kenalkan dengan tunang aku. Nama penuhnya Herman bin Mahad, simple aja nama dia macam nama aku. Nampak x belum apa-apa dah ada persamaan dengan aku? Sweet kan kan kan? (tolong jangan muntah okay?) Hahaha. Bagilah aku peluang nak jiwang sikit :P Dia orang Sg. Rambai, Melaka. Selain daripada itu, adalah rahsia. Kehkehkeh. Meh nak tanyang sikit tunang kita.


Insya'allah lagi 13 bulan dari sekarang majlis pernikahan kami. Korang rasa lama tak? Tak apa relex. Dulu-dulu orang tunang 2 tahun wat lek wat peace je kan? Lagi pun aku nak sambung study awal tahun ni, so kang kahwin + study mereng kepala otak aku nak handle. Hhhuhu. Okay la sekian sahaja setakat ini. Nanti free aku update lagi okay?

Jaga diri, bye !
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com