Monday, August 29

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Oh! EYFAalias ©

Hello si cantik & si kacak.

Hari ni last kita berpuasa. Alhamdulillah eyfa dapat berpuasa SEBULAN tanpa ponteng. Hehe. So, nanti tak lah kena ganti. Seronoknyaaa tak terkata. Huhu. Yang perempuan tu berapa hari korang ponteng? Hehehe. Eh! Lelaki pun ada ponteng? Eeee aiii!

Macam mana dengan persiapan raya korang? Dah selesai semua? Esuk mesti semua bau kedai aje. Dah semua serba baru dari atas sampai lah ke bawah. Baik yang luar, baik yang dalam. Semua baru yaww! Kelas kau Maria! Hehehe.


Okay di kesempatan ini eyfa nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada :
  1. Rakan-rakan & cikgu-cikgu di SRK/SMK Taman Keramat
  2. Kawan-kawan & lecturer dekat :
    (a) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
    (b) Kolej Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KPTM KL)
  3. Semua kawan yang lepak dekat Gig #dulu-dulu
  4. Kawan lepak-lepak dekat Kitaro, Bukit Bintang #dulu-dulu
  5. Kawan masa kerja dekat Isetan KLCC/LOT10 #dulu-dulu
  6. Kawan merempat ( Anne NordinLiya Abu Jami )
  7. Kawan baik :
    (a) Faizah Abdul Rahman
    (b) Nurul Syafrina Sulaiman
    (c) Siti Zubaidah Mohd
    (d) Nurhunsa Sabli
  8. Kawan-kawan
    (a) Nona Nonie
    (b) Azuren Sofphia
    (c) Filzah Zairan
    (d) Syafika #tak ingat full name kau
    (e) Farid Abdul
    (f) Fify Aznan
    (g) Rawandi Iman
    (h) Hayati Bahudor
    (i) Nurfarahnina Rahim
    (j) Nurfazlina Fazlin
    (k) Syahirah Aqilah
    (l) Hakim
    (m) Danny
    (n) Abang Iz/Staker
    (o) Ahmad Naufal / Ipai
    (p) Tea Dno
    (q) Eijann Hussaini
    (r) Annika Ahmad
    (s) Myz. Ziema
    (t) dan ramai lagi
  9. Ex-ex boyfriend #malas nak sebut nama
  10. RAKAN BLOGGER #semua sekali ok!
  11. Rakan Facebook/Twitter/Tumblr
  12. dan semua yang mengenali Afifah Alias / EYFAalias
First of all, eyfa susun 20 jari #termasuk jari kaki memohon maaf atas kesilapan dan kesalahan yang eyfa pernah lakukan selama perkenalan kita, kekasaran bahasa ataupun perbuatan yang dah berjaya kecikkan hati korang semua, and apa yang terkurang atau terlebih tu minta halalkan lah ya dari semua segi.  I'm seeking for your forgiveness from head to toe. Let us forgive & forget k? and i would like to wish all of you again 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin'. Enjoy your eid with much fun & love! XD

Sincerely :
AFIFAH ALIAS / EYFAalias

Sunday, August 28

I'm addicted to you , Matluthfi !



  

  

  

  

YOU MADE ME LAUGH !! XD




  


  


  

Perubahan demi perubahan

Hye hye!

Apa khabar semua? Hope semuanya sihat lah kehendak-Nya sebab dah nak musim raya ni kalau tak sihat tu cepat-cepat lah makan ubat ya. Kalau makan ubat, makanlah ubat yang betul, jangan makan ubat nyamuk ke ubat lipas pulak ya? HAHA. Karang dah jadi kes lain pulak.

Facebook eyfa dah senyap sunyi dah, semua dah balik kampung agaknya. Blog lagi lah semua cerita pasal nak balik kampung. Hehehe. Eyfa bila lagi nak balik kampung? Hehe. Eyfa balik pagi raya pertama tu nanti lepas solat raya.

Buat anak-anak muda yang drive ke kampung tu, sila hati-hati lah ya di jalan raya. Jangan bawak kereta/motor laju-laju! Jangan nak jiwa muda sangat dekat jalan tu. Memang mati muda lah kau nanti. Eyfa bukan nak mendoakan, kalau dah musim raya tu tahu-tahu ajelah. Kemalangan tu memang selalu berlaku and kalau boleh elakkan lah ya =)

Ehemmm! By the way korang nampak tak perubahan dekat blog eyfa ni? Makin comel kan kan? Penat eyfa bertungkus-lumus menyiapkan template baru ni. Hehehe. So, apa pendapat korang dengan wajah baru blog eyfa ni? Okay ke tidak? Loading berat tak? ^.^



Tapi sayangnya headernya hampeh! Maklum lah eyfa bab nak reka-reka header kasi comel ni memang failed dari dulu lagi. HAHA. Ada sesiapa tak baik hati nak buatkan eyfa header yang cute-cute siap ada doodle? #demand. HAHA. Okay lah, nak mandi-mandi nak siap nak g bazar. Hehe. 

KBAI~

Saturday, August 27

Fungsi CTRL+C, CTRL+V and CTRL+F

Hi kawan-kawan!

Masih ramai lagi sebenarnya yang tak tahu apa sebenarnya fungsi CTRL+C, CTRL+V and CTRL+F so, eyfa nak share sedikit info untuk mereka yang belum tahu pasal fungsi-fungsi yang eyfa sebutkan kat atas tadi. Siapa yang dah tahu tu, sila abaikan. Hehe.
CTRL + C

Fungsi nya sama sahaja seperti copy. CTRL+C digunakan ketika mahu menyalin code pada blog yang gunakan disable right-click. Cara guna mudah aje, highlight text yang korang nak copy tu, kemudian tekan CTRL dan C secara serentak!~


CTRL + V

Ini pula function sama seperti paste and untuk letak/paste code yang korang copy tadi, tekan CTRL dan V secara serentak pada tempat yang dikehendaki untuk letak code yang korang copy tadi.

CTRL  + F

Ctrl + F ini kegunaan dia untuk cari code. Kalau nak cari satu-satu memang buta lah mata korang lama-lama. Hehe. Cara nak gunakan CTRL + F ni macam biasa, tekan serentak CTRL dan F dan taip code yang korang nak cari tadi dekat kotak yang disediakan! =)

Hope info ni sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang masih tak tahu gunakan code-code di atas ni. If anything nak tanya boleh drop comment dekat bawah ni okay.

KBAI~

Friday, August 26

"Header dan Doodle free Cik Tempe"

Eyfa nak HEADER dari Cik Tempe! Tapi eyfa rasa macam header yang eyfa ni banyak songehnya! hehehe. Hope Cik Tempe ni sudi lah nak layan kerenah eyfa ni. hehehee. Siapa nak juga click banner atas ni okay?

Ciri-cici header :

2. Nama Blog : Oh! EYFAalias ©
3. Description : You only know my name but not my stories.
4. Tepek doodle comel satu.
5. Letak kotak untuk status letak status twitter.
6. Warna : Pink+Blue+Yellow
7. Letak lah apa-apa yang Cik Tempe rasa cute =D

Syarat-syarat semua eyfa dah penuhi and now nak tag dekat TIGA blogger lain pulak!





Dunia ni penuh dengan manusia yang kejam!!



Entry ini di tujukan khas kepada Makcik meroyan bawak kereta laju-laju!

Sekarang ni manusia makin lama makin tak ada akal. Otak memang ada. Akal tu tak ada. Ntah mana hilang tah akal tu eyfa pun tak tahu. Dah tahu kau lalu kawasan perumahan, der makcik kau bawak kereta tu slow-slow tak boleh? Kau nak laju-laju nak ke mana? Tercirit dalam seluar ke?

Kan kau dah terlanggar kucing aku! Tak cukup ke kucing aku ni kaki sebelah tak dah cacat? Kau lagi mau langgar kasi mati. Lu ada akal ke tak ada? Kalau kau bawak slow dah tentu kau boleh elak kucing aku tepi jalan tu.

Tinggal kenangan :(
Ni tidak, bawak macam "perempuan gila" dekat kawasan perumahan. Elok lah kucing aku yang kena langgar, buatnya kau langgar anak orang? Eeeee aiii makcik! Kau memang buat aku hilang sabar. Dah langgar lepas tu kau blah aje macam tak buat salah!

Kesian kucing aku xdapat raya sesama tahun ni! Semua kau punya pasal makcik kejam!!! Pembunuh!! Grrrrrrr!!
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Thursday, August 25

Boyfriend kau, boyfriend aku juga!

Hello sayang-sayangku =)

Korang pernah tak jadi orang ketiga dalam hubungan cinta kawan korang. Maksud orang ketiga kat sini bukan bermaksud something yang TAK BAIK. Kira macam mana-mana kawan korang dengan boyfriend/girlfriend dia keluar, mesti korang ada sama. So, apa2 dah jadi bertiga!

Kalau tak paham sila hayati situasi-situasi kat bawah ni dengan tekun dan sangat teliti ya! HAHAHA =D



A = boyfriend kepada kawan eyfa
N = Kawan eyfa/Girfriend A

Situasi 1

Si A : Hoi montel. Kau kat mana?
Eyfa : Kat rumah. Apesal?
Si A : Aku dengan N nak kuar g makan.
Eyfa : So?
Si A : Kejap lagi aku ambil kau kat rumah. Aku belanja!
Eyfa : Okay!

Situasi 2

Si N : Aku nak pergi Sungai Congkak dengan A weekend ni. Jom!
Eyfa : Siapa lagi ikut?
Si N : Kita bertiga aje! Engkau, aku and A!
Eyfa : Okay set! Nak kena bawak berapa RM nnt?
Si N : Takyah boyfriend aku support semua. Kau bawak badan je.
Eyfa : Terbaikkkkk!

Situasi 3

Eyfa : Weh boring lah duduk rumah.
Si A : Kau plan lah nak ke mana, nanti aku set dengan N.
Eyfa : Cantik lah! =)

Situasi 4

Si A : N ada buat makan-makan, kau pergi x?
Eyfa : Tak tahu lagi, xde transpot la.
Si A : Nanti aku ambil kau dekat rumah. Kite gerak sama!
Eyfa : I love u lah!

Okay now dah faham? Mana-mana dorang pergi, mesti ada eyfa. Kira boyfriend dia dah macam boyfriend eyfa. Kekadang tu apa dia belikan untuk girlfriend dia, mesti dia beli untuk eyfa sekali. HAHA. Sumpah gentleman gila lah kan!

Kekadang rasa tak sedap pulak kan sebab selalu boyfriend dia yang support semua. Kalau keluar sekali memang duit eyfa tak pernah keluar sesen pun. Semua boyfriend dia tanggung. Kalau eyfa kat tempat kawan eyfa ni, dah sure-sure eyfa jeles.

Yelah. Apa dia dapat semua eyfa dapat. Macam dah tak ada beza dah dengan girlfriend dia. Keluar pun selalu bertiga. Memang la dorang ada keluar berdua, tapi jarang. Selalu mesti ada eyfa menyemak! HAHA. Dah orang ajak, ikut ajelah kan. =P

But sekarang dah lama tak contact dengan dorang. Sejak habis study dekat Politeknik dulu dengan kawan eyfa ni. Masing-masing dah busy. Dia dengan kerja dia. Eyfa dengan study eyfa. Hope raya ni dapat lah jumpa dorang. Rindu weh! Itu je nak kasitau sebenarnya.

KBAI~


*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Wednesday, August 24

Wordless Wednessday | Kerenah si manja


*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Tuesday, August 23

Lari dari kesalahan.

Ehem-ehemmm!

Nak tahu satu rahsia tak? Nak tak? Nak tak? Hehehe. Tapi janji jangan bagitau orang lain tauuu? Ini kita-kita aje yang tahu. Siapa duk heboh-heboh, nanti mulut dia bau longkang selama 8tahun okay. Deal? HAHA.

Okay tadi kan eyfa pergi tengok wayang dengan budak college eyfa. Lepas habis exam aje terus kiteorang gerak ke KLCC nak tengok wayang. Masa tu dalam pukul 3 lebih and wayang pulak start pukul 4. Kiteorang tengok cerita zookeeper. Best wooo~

Dah lepas habis tengok movie, kiteorang pun cop lah tempat dekat food court dekat KLCC tu. Kiteorang makan Ayam Penyet! Perghhh! Terbaik wehh! Dalam banyak-banyak Ayam Penyet, yang dekat KLCC ni terbaik. Sambal dia pedas sampai menangis-nangis kiteorang makan tadi. HAHA #okay ini dah lari tajuk sikit.



Dah lepas tu cadangnya nak balik terus lah kan tapi TER singgah Mcd kejap nak beli aiskrim. Hehhee. Rasa macam mengidam nak makan aiskirm pulak. Dah lepas tu kiteorang singgah lah Cameleon accessories nak tengok-tengok barang.

Sekali cuba punya cuba last-last askirm Mcd tadi tu TER tumpah dekat lantai kedai tu. Eyfa pun dah menggelabah terus LARI keluar pergi toilet cuci baju eyfa yang kena aiskrim tadi. Bekas and sudu aiskrim tu langsung eyfa tak kutip. Eyfa blah aje terus. Takut punya pasal! HAHAHA.

Kalau tumpahnya sikit tak apa lah juga, ni boleh tahan la banyakknya! Hehe. Eyfa dah menggelabah tak tahu nak fikir apa. Nasib baik tumpah dekat lantai aje. Kalau tumpah dekat barang-barang dia tak sisa-sia pulak duit eyfa berhabis nak bayar ganti rugi. HAHA.

Bila dah otw nak balik rumah tu, masa dalam tren eyfa rasa macam serba salah pulak sebab dah lah tertumpahkan aiskirm tu then terus blah aje. Patutnya kena lah minta maaf kan? Errr. Tapi time tu xde orang nampak. Takkan lah eyfa nak mengaku eyfa yang tumpahkan. Malu jeee. Dah besar2 panjang pegang aiskrim pun tak reti! Hehe.

Hmmm. Tak apalah. Next week kan raya, nanti eyfa datang la kedai tu balik mintak maaf. Boleh tak macam tu? Hmm. Boleh kan? takkan lah tak boleh pulak! HAHAHA. Sekian itu sahaja lah al-kisahnya pasal lari dari kesalahan ni. Tak ada apa yang cuak pun. Hehe. Thanks for reading.

KBAI~

Segmen Freebies : Doodle by Faridah Eizzati

Hello everyone.


Segmen ni terbuka kepada 20 orang terawal sahaja. So, eyfa tak tahu lah still sempat nak join or tak but hopefully sempat lah kan. Hehehe. Okay ni ciri-ciri doodle yang eyfa idamkan :

1. Perempuan
2. Badan macam chubby sikit and ketot aje mcm hello kitty atas ni.
3. Freehair (Panjang sikit paras bahu)
4. Tangan tengah pegang belon

Errr. Macam keterlaluan aje request eyfa ni? HAHA. Tak apa lah. Cuba try test dulu kan. Tak dapat tak apa. Apa boleh buat. Hehehhe.

KBAI~

Entry tak tentu hala.

Hello hello!

Woah! Next week kita dah raya kan kan? Mesti korang semua dah shopping raya kan? Untung lah dapat shopping raya. Orang lain seronok-seronok nak raya, eyfa ni haa tension dengan exam minggu ni. Dah lah exam semua subject susah-susah! Rasa macam nak berhenti belajar aje!

Cuti pun seminggu aje nanti. Itu la mid-term break, itu lah cuti raya, semuanya sekali. Seminggu aje! Sekejap aje rasanya. Mana cukup nak kutip duit raya dalam masa seminggu. Kan kan kan? Huhuhu. Sebut pasal exam. Lusa eyfa last paper. Arghhh! Lambatnya nak habis exam ni.

Duit pinjaman MARA pulak ntah apa cerita ntah tak dapat-dapat lagi. Jenuh tunggu. Kalau masak rendang ni, dah 10x masak dah rasanya punya lama tunggu duit MARA ni. Iskk! Sabar ajelah. Tak dapat lah nak shopping raya guna duit MARA. Hahahaha.

Tapi nasib baiklah kan "ehem-ehem" eyfa belanja beli baju kurung raya dua pasang. Sedondon you all dengan baju raya dia tahun ni. Nampak tak kiteorang sangat sweet kat situ? HAHAHA. Mesti korang jeles kan kan kan? Hehe #sila muntah~

Sejak dua menjak dah nak raya ni, eyfa tetiba teringin nak makan kuih corn flake madu tu. Perghhhh! Kalau lah dapat, heaven nya hidup ni. HAHA. Siapa ada buat corn flake lebih bak meh la pos sebalang kat umah eyfa ni haa. Hehehe.

Btw, sorry lah lama tak blogwalking ke blog korang. Terutama yang dalam bloglist eyfa tu. Mintak maaf lah ya, eyfa tengah busy sangat-sangat sekarang ni. Takmau masam-masam muka pulak. Nanti dah free eyfa mesti singgah punya okay? Senyum sikitttt. Haaa. Kan cute tuu. HAHA.

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Saturday, August 20

Shiema Sufian nak bagi duit raya!

Hello darlings !


Sejak raya dah nak dekat ni, ramai pulak nak bagi duit raya. Eyfa pun apa lagi, laju ajelah join! Siapa yang taknak duit raya beb? HAHA. Siapa nak duit raya juga meh lah join ramai-ramai. Click aje banner dekat atas ni untuk tengok syarat-syarat penyertaan :)

KBAI~

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Friday, August 19

Business doodle semakin berleluasa

Hello kengkawan.

Apa khabar semua? Hope sihat la kan. Maklumlah sejak berpuasa ni, ramai yang selalu bagi alasan 'TAK SIHAT'' sebab nak ponteng puasa punya pasal kan. HAHA. Macam-macam perangai lah bebudak zaman sekarang ni kan. Panjang aje akal dia nak bab memonteng puasa ni. Aipp!

INI DOODLE FREEBIES

Okay merujuk perkara di atas, rasanya dah ramai perasan pasal fenomena DOODLE yang cute-cute ni. Makin lama makin ramai pula tangan yang kreatif  membuat doodle ni and ada juga yang otak geliga untuk jadikan kelebihan yang mereka ada kepada keuntungan.

Bagus juga tu. Pada mereka yang tangan tak bedung terutama yang sedang menaip ni kan. HAHA. Boleh lah rebut peluang ni untuk dapatkan doodle kesukaan untuk diri sendiri daripada mereka yang mengambil tempahan membuat doodle ni.

Tapi yang tak sedapnya. Ramai pula yang ambil keuntungan melebih-lebih. Harga doodle tu terlampau mahal. Ada sesetengah (#bukan semua) tu yang charge sampai RM30 dan ke atas. Doodle lebih kurang sama aje tapi eyfa akuilah doodle dia tu mcm cantik sikit!

But berbaloi ke untuk bayar RM30 ++ untuk satu doodle and satu/dua gadget or doodle couple tu? Rasa macam tak berbaloi aje. Itu bagi eyfa lah. Tak tahu lah kalau bagi korang harga tu berbaloi-baloi! HEHE. So, kesimpulannya dekat sini, janganlah mengambil kesempatan di atas kesempitan. Err. Okay tak kesimpulan tu? Hehe. Kalau tak okay korang buat lah kesimpulan sendiri.

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Senarai penuh segmen bloglist Oh! EYFAalias.

Hello semua =)

Photobucket

Ini adalah senarai 30 blog yang join segmen bloglist eyfa hari tu. Thanks semua sebab join. Eyfa sudah pun masukkan blog korang semua dalam bloglist eyfa seperti yang dijanjikan. Insya'allah eyfa akan selalu blogwalking blog korang okay =)

1. http://najihahfara.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

2. http://dilamin.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oheyfaalias.html

3. http://imbobome.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

4. http://lhthebest12.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

5. http://wnurulhusna.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

6. http://kederatmuda.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

7. http://apeponbolehhh.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

8. http://sha-myheart.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

9. http://antooungu.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

10. http://tmahkecik.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglistoh-eyfaalias.html

11. http://faridahnazuahthesinge.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

12. http://sayapunyasukalaaa.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

13. http://winkletwin.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

14. http://mishikoch.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

15. http://sitinurazwanizalife.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

16. http://zainunjisni90.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

17. http://hafiyakhayla.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias_17.html

18. http://mesyabizstar.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html#comment-form

19. http://myezatulakmar.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

20. http://faridaheizzati.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

21. http://thechocoeater.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

22. http://cikibomcak.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

23. http://kisahakizz.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

24. http://miranis298.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

25. http://melatik.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias_18.html

26. http://aenapit.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

27. http://farahnajihahdazri.blogspot.com/2011/08/hey-jom-join-bloglist-oh-eyfaalias.html

28. empty

29. empty

30. empty

Ada lagi 3 tempat kosong, siapa nak isi ruangan kat atas ni, sila ikuti langkah-langkahnya di SINI =)

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Thursday, August 18

Tutorial share link on your profile blog

Hello.

Pada blogger-blogger yang dah tahu, sila abaikan! Hehe. Kenapa eyfa boleh terfikir nak buat pasal tutorial ni? sebab eyfa dah perasan banyak kali ramai blogger yang tak display/share link blog pada profile blog mereka sendiri.

Huh. Masih kabur-kabur lagi? Tak faham. Haa. Baca ayat kat atas tadi sampai juling mata korang. HAHA. Joke joke! Untuk korang lagi paham mengenai tutorial ni. Rujuk gambar bawah ni ya sayang-sayangku.


Okay dah nampak dah apa itu display/share link pada profile blog? Cuba check balik korang dah display/share ataupun belum link korang pada blog? Kalau belum boleh ikut langkah-langkah kat bawah ni okay =)

Dashboard > Edit Profile > Edit User Profile > Tick pada Share my profile


Click pada Select blogs to display > Tick pada blog anda > Save setting


Kembali pada Edit User Profile > Scroll ke bawah cari General > Add Homepage URL


And then the last one, jangan lupa SAVE PROFILE


Okay selesai sudah! Now link blog korang sudah pun terpapar di profile blog korang. Mudah aje kan? Semudah A B C ! Hehehe.

Selamat Mencuba! =)

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Tutorial buang "Word Verification"

Hello semua.

Eyfa tahu tutorial ni dah belambak dekat pasaran! Tapi eyfa nak kasi tahu juga cara-caranya. Sebab masih ramai yang belum buang Word Verification yang annoying ni. Hehehe.

Pada awak-awak semua yang masih show WORD VERIFICATION pada comment meh sini kakak eyfa yang comel ni nak ajar macam mana nak buang Word Verification yang menjadi musuh paling ketat para blogger.

Caranya mudah sahaja. Sambil tutup mata pun boleh buat (#okay ini aku tipu) Hehe. Jom buang word verification supaya lebih mesra pengguna.

Dashboard > Comment > Show Word Verification for comments? > Tick 'NO' > Save setting


Okay dah faham? Senang aje kan sebenarnya? Jadi sila lah buang word verification pada comment tu, ramai blogger yang tak suka akan word verification tu. Rugi lah, kalau entry korang dah meletup habis tapi bila nak comment aje word verification tu menganggu. Seriously annoying okay!

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com

Hello hello!

Siapa di sana? Eyfa di sini! Cewahh! HAHA. Okay okay eyfa nak join satu GA dari Eyriqazz.Com. Actually eyfa telah di tag oleh Cik Tea Rimau! Thanks ya Tea sebab tag eyfa. Tapi kan kalau Tea tag dekat eyfa, eyfa takut eyfa aje yang dapat syiling ni. Tea xdapat! HAHA.


Siapa yang baca ni anggap ajelah korang kena tag. Tak reti den nak tag2 orang ni. Kalau berminat tu sila lah join. Jangan memalu jangan sesegan =P Huhuhu.

KBAI~

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

JOM JOIN FIRST GIVEAWAY gulagulapelangi

Hello ladies and gentleman =)


Di tag oleh Dalin dak comel. Thank you dear =)
Tiga (3) hadiah yang teringin sangat?
DUIT. DUIT. dan DUIT!
Hahaha. Maaf saya mata duitan sikit =P

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Selamat datang melihat dunia !

Ehem-ehem!

Dari semalam eyfa rasa excited sangat sebab kakak ipar eyfa dah selamat melahirkan seorang puteri yang sangat comel pada pukul 10.30pm, malam tadi. Alhamdulillah! Risau juga. Maklumlah macam susah aje baby tu nak keluar sebab air ketumban dah pecah dua hari lepas.

Huhu. Nasib semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat! Arghhh! Happynyaa! Eyfa dah jadi makcik weh! First time ni ada anak buah. Selalu ada anak kucing aje kan. Kali ni ada anak buah pulak. So, excited melebih sikit! HAHA.

Tetiba bila dah tengok baby tu comel, rasa macam teringin pulak nak mengandung and ada baby comel macam anak buah eyfa ni. Hehehe. Maklum lah umur dah 23tahun, kawan-kawan eyfa siap dah beranak pinak, eyfa relex aje boyfriend pun tak ada. (#okay ini tipu).

Berat anak buah eyfa ni 3.28 kg! Amboi. Berat kan? Tapi tak boleh kalahkan berat eyfa masak baby dulu. 4kg! Kau ado? HAHAHA. Nampak sangat eyfa terlebih comel kat situ. Hehe. Sebelum ni eyfa macam tak excited aje tengok baby.

Lagi-lagi baby orang lain kan. Rasa macam tak ada perasaan aje. Tapi kali ni. Bila tengok baby abang eyfa, perghhh! Rasa geram sangat-sangat! Siap nak dukung lagi. Sebelum ni kalau eyfa nampak baby mana pernah nak pandang. Dukung? Apa ntah lagi. Bagi free pun tak berminat. HAHA

Borak lebih-lebih pun tak guna. Nak tengok tak anak buah eyfa? Comel!! Serius! Paling comel sekali. Hehhehe. Kalau nak tengok. Tepuk tangan dulu! Cewahh! Ingat nak tengok pertunjukkan ke apa. HAHA. Okay okay ni haa baby abang eyfa.



Cute kan kan kan kan? Macam auntie dia gak comelnya (#aku lah tu) HAHAHA. Okay eyfa dah buat keputusan. Esuk gak eyfa nak ajak Faizal Tahir kahwin! Mana tau untung-untung dapat anak comel and rockstar macam Faizal Tahir kan? Wahh. Kelas kau maryam! HAHA.

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Wednesday, August 17

First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

Hye semua!

Click untuk sertai GA ini.

Macam biasa. Korang baca tajuk pun dah tahu kan entry ni pasal apa. Malas nak borak lama-lama. Untuk maklumat lanjut pasal GA ni boleh rujuk di First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia | Tengku Nizam™

Thank you! =)

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Wordless Wednessday | My Dream Car



*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Tuesday, August 16

Hey, jom join bloglist Oh! EYFAalias

Hello everybody =)

Harini eyfa nak ajak korang semua join Segmen Bloglists eyfa. Untuk pengetahuan korang, ni eyfa first time buat segmen bloglist ni. Tujuan eyfa buat segmen ni sebab nak berkenalan dengan blogger lain, sambil-sambil tu dapat tambah traffic dekat blog rakan-rakan =)

Berminat nak join? Ikuti langkah-langkah berikut :

1. Follow blog Oh! EYFAalias ni dulu :)
2. LIKE Oh! EYFAalias dekat Facebook.
3. Letak Oh! EYFAalias dalam bloglists anda.
4. Buat entry bertajuk : Hey, jom join bloglist Oh! EYFAalias



5. Dalam entry tu copy paste banner atas ni.
6. Tag kepada 2 orang rakan blogger yang lain dan pastikan mereka tahu.
7. Dah siap? Tinggalkan link pada entry ini.

TERBUKA KEPADA 30 ORANG TERAWAL SAHAJA !

Tarikh tutup bila dah cukup 30 orang. Selagi tak cukup selagi tu tak tutup! HAHA =P

KBAI~

P/S :
Like GAMBAR INI kalau rajin.

*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Monday, August 15

Stok bunga api untuk raya.

Hello!

Ehem ehem! Kita dah 15 hari kan puasa kalau tak silap haribulan lah kan? Tak lama lagi dah nak raya you all! Dulu masa kecik-kecik mesti dah heboh mintak mak ayah duit sebab nak beli mercun untuk stock bawak balik kampung.


Selalunya eyfa and adik-adik selalu beli bunga api aje banyak. Maklum la kalau beli mercun sekali bakar lepas tu meletop. Rasa macam tak puas. Lepas tu bising pulak tu. Nak mati ke apa buat bising kat kampung? Lagi-lagi kalau atok dengar. Tak pasal-pasal kena kejar dengan tongkat nnt! HAHA.

Kalau main bunga api tu rasa macam lama sikit nak habis kan? Bila dah habis main hujung bunga api yang tempat pegang warna merah tu buat main bakar-bakar. Tak pun konon-konon buat macam tengah hisap rokok. HAHA. Bunga api pulak macam-macam jenis. Semua nak balon.

Korang kalau beli mercun selalu beli mercun apa? Eyfa paling up pun beli mercun naga, mercun padi, mercun bola, mercun gasing, and mercun das yang warna warni tu. Kalau nak main yang gempak-gempak takutt! Karang cacat tak pasal-pasal lari semua boyfriend eyfa. HAHHA.

Pssttt...psstttt! Korang pernah tak bakar mercun padi, tapi korang tak campak. Korang pegang!! Pernah? HAHA. Eyfa pernah buat doe. Masa tu kawan lelaki kat umah selalu buat. Eyfa pun try lah. Dah lepas try tu. Tangan rasa macam kebas gila. Muka jangan cakap la, cuak habis bila mercun padi tu meletup kat tangan. =P

Rindu nak main bunga api. Tapi tak tahu nak beli kat mana? Sebab skrg kan macam dah tak boleh main mercun sangat. Siapa tokan mercun kat sini lepas baca entry ni, BBM eyfa k? HAHAHA.

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Sunday, August 14

Eh, dah ada Fan Page?

Hi semua <3

Hari tu terbaca entry si Keroro pasal "Best Ke Ada Fan Page?" Korang dah baca ke? Kalau belum baca boleh PICIT sini laju-laju kalau nak tahu best ke tidak ada Fan Page ni. Bila dah baca entry ni eyfa rasa ada betulnya juga point yang Keroro cuba pertengahkan ni.

Eyfa sebenarnya ada terfikir juga untuk buat Fan Page untuk blog eyfa ni tapi bila fikir-fikir balik. Macam tak ada orang aje nak like nanti. Hehhehe. Niat dah ada tapi belum terbuka lagi hati nak buat Fan Page ni. Hehe.


Lepas baca entry si Keroro ni eyfa pun buat keputusan nak buat juga Fan Page untuk blog ni sebab eyfa rasa banyak juga kelebihan buat Fan Page ni. Bak kata Keroro lebih mesra pengguna =) So, siapa yang suka blog eyfa boleh la tekan LIKE laju-laju like box kat sidebar sebelah kanan ni ^.^

Eyfa budak baru belajar. Kalau ada salah silap, harap korang semua mintak tunjuk ajar ya? sebab eyfa macam belum godek-godek lagi mcm mana nak handle Fan Page ni. Hehe. Itu pun kalau sudi ler kan nak bagi tunjuk ajar. Hehehe.

Thank you.
KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

Giveaway: Angry Birds Pilihan

Hello si cantik dan si kacak <3

Blurpppp~ Alhamdulillah. Kenyang sudah makan rimau atas ni. Opsss. Bukan bukan. Makan udang. Silap plak! Hehe. Rimau atas ni Tea punya, karang kalau eyfa makan rimau ni tak pasal-pasal menangis budak Tea ni. HAHA.

Okay okay! Straight to the point. Eyfa nak join GA yang dak Tea ni anjurkan dan Angry Birds pilihan eyfa ialah............JENG JENG JENG!!!




*




*




*


Eyfa pilih tiga-tiga sekali sebab apa? sebab eyfa tamak. Nak semua! Taknak pilih-pilih! Karang kecik hati pulak Angry Birds tu. HAHA. Masing-masing ada kelebihan kan. Tak baik memilih. Terima aje seadanya. Lagi pun eyfa tau dalam hati Tea yang paling dalam mesti Tea nak kasi kat eyfa punya. SITI K tolong lah berhenti berharap. HAHA.

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com