Saturday, April 30

Dah lama tak makan aiskrim patah

Aiskrim fav saya <3
Hai hai hai.

Sejuknya tengok aiskrim ni. Nyum nyumm ! Dah lama tak makan aiskrim patah ni kan ? Dulu masa kecik-kecik memang fav makan aiskrim ni. Sampai comot-comot baju sekolah sebab patahkan aiskrim ni kat lutut kan ? Balik rumah kena marah dengan mak sebab baju kotor -.-"

Sekarang ni, jarang dah jumpa aiskrim ni. Ada juga cari kat kedai-kedai tapi susah dah nak jumpa aiskrim ni. Rinduuuuunya nak makan aiskrim patah ni. Huhuhu. =D

Mesti sweetkan kalau ada lelaki kat luar sana belikan aiskrim patah ni, lepas tu patahkan dua, satu dia makan satu bagi kat eyfa. COMELNYAAA ! best kan ? kan ? kan ? Hahahahahahaha. Berangan kejap! =p

Henpon SONY ERICSSON apa yang best eh?

Hai hai, 

Kite tengah tengok AF ni. Tunggu Hazama perform nih! Hehehe =D Tadi baru lepas call Maxis tanya pasal kredit saya yang hilang tu. Rupa-rupanya sebab internet. Eyfa dah agak dah ! Mesti sebab internet. Tapi kan...eyfa bukan guna internet sangat guna henpon tu. Eeee aii. Ni yang nak tukar henpon ni.

Sony Ericsson P3i
Eyfa nak beli henpon Sony Ericsson lah sebab henpon Sony camera dia lawa dari Nokia. Henpon Sony apa eh yang terbaru sekarang ? Nak jual henpon Nokia E5. lepas tu nak beli henpon lain. Henpon kat atas ni macam baek aje. Tapi touch screen lah. Nak yang guna keypad. Any suggestion?

P/S : Hazama nak perform ni. BYE~

Ni yang aku nak marah ni!


Geram....geram...gerammmm !
Tadi baru topup RM5.
Tak ada message sape-sape pun.
Tiba-tiba check balance tinggal RM3.30
SAKITNYA HATI !
Baru cerita hari tu pasal kredit.
See ?
Menyampah betul nak topup lepas ni.
GRRRRR!
Kejap lagi nak call Maxis Center nak tanya pasal benda ni.
BERSIAP SEDIALAH MAXIS CENTER !

Malam ni AF jom undi HAZAMA


Okay hari ni hari sabtu kan. Malam ni ada AF. Sebenarnya eyfa tak layan sangat AF ni sebab bakatnya tak seberapa. Gempak lagi Mentor. TAPI disebabkan Hazama masuk AF balik, so eyfa nak tengok AF malam ni sebab nak sokong Hazama. Hehehe. MESTI LAH KENA SOKONG ! Hazama budak keramat kan? Eyfa budak keramat mestilah kena sokong budak keramat ye dak ? HAHA. No lah! Sebenarnya Hazama ni kawan abang eyfa. Dulu sebelum masuk AF dia selalu lepak kat kedai abah eyfa malam-malam kat area Keramat Permai tu. Huhuhu. tapi sekarang kedai kat sana dah xde sebab dah tak ada org nak jaga. Abg-abg and eyfa masing-masing dah busy kerja and belajar. 

Hari tu minggu sebelum Hazama masuk AF, baru lepas terserempak dengan dia kat Jusco Au2 tu. Dia tak sombong walaupun dh jadi artis. Masa terserempak dengan dia, dia just panggil "Hoi adik Ajis" ! Yelah dah nama pun kawan abang. Bila dah terserempak pn panggil nama abang jelah. Nama eyfa mmg la dia xpernah tahu. HAHA.

APA-APA PUN JANGAN LUPA AFUNDI HAZAMA OKAY? =D

Terkezut wehh!

Hai, selamat petang semuaaaa.

Heeee..Sukanya hari ni. Bangun-bangun tido aje log in blog tengok ada 10 comments ! WOW! Eyfa tak pernah dapat comment banyak macam tu sekali gus. Wuuuuuu. Sukanyaaa ! Thanks pada blogger yang rajin jari-jemarinya mengomen blog eyfa yang tak seberapa ni. Hehehe.


Lagi satu eyfa terkejut bangun tido aje tengok followers dah ada 80 dari mereka yang cantik manis and kacak bergaya. Hhuhu. Eyfa sengeh sampai gusi kering tauu ! Heeeee ^_^ Jutaan terima kasih sebab sudi singgah and follow blog eyfa yang tak seberapa ni ya ! Seronok sangat-sangat dapat respon dari korang tauuu!! =D

Lain kali datang singgah lagi tau.
Macihhhh ('',)

Chegu Zubir Promote Blog Saya


Hai kawang-kawang (PErghh! Sleng ganu plak dh. HAHA)

Untuk makluman, eyfa baru bangun tido. Isk buruk bebenor perangai tido petang-petang! Jangan risau eyfa dh kena marah dengan abah dah tadi. Wuuuuu =D Okay eyfa nak join segmen Chegu Zubir "Chegu Zubir Promote Blog Saya"

EYFA NAK CHEGU ZUBIR  PROMOTE BLOG EYFA sebab eyfa nak orang baca apa yang eyfa dah membebel kat sini. Heeee. Eyfa punya entry banyak pasal personal life, so kalau pembaca blog ni baca boleh juga bagi pandangan and pendapat kat eyfa. AND siapa-siapa yang jengah blog eyfa tu rajin-rajin lah yang tinggalkan pesan kat bawah ni. HEHE. Entry yang eyfa rasa best yang pernah eyfa buat entry yang ini "TIDO DENGAN BEBEAR COMEL KAN?" eyfa baru belajar blogging ni. So, entry tak la mantap-mantap macam entry orang lain kat luar tu. Huhuhu.

Okay, siapa nak kena promote dengan Chegu Zubir boleh lah join segmen ni. 
More info, sila CLICK SINI ya kawan-kawan =)

Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type


HAHAHA. Tajuk segmen ni sumpah menarik, tertarik kau memang da'boom. Huhuu. Sekarang ni ntah macam mana eyfa boleh berminat nak join benda-benda macam ni. HAHA. Kebetulan dari duduk rumah besar kan B****t baik join segmen ni kan kan kan ? HAHA.

Okay nak luah perasaan kejap ! Di tujukan untuk makcik yang nak beli Lontong RM2 kat kedai abah eyfa tadi. Okay ada ke orang jual lontong RM2 sekarang ? Sebelum ni eyfa jaga kedai abah tu tak ada pun orang complain harga lontong mahal. Come on lah makcik ! Santan murah ke ? Sayur-sayur dalam lontong tu murah? Upah masak, harga plastik, getah, sambal. Nak RM2? Banyak lemak makcik. Makan nak sedap harga nak murah. Tolong lah.

Makcik tu kata "Hm. Makcik beli lontong kat depan tu RM2 aje. Kat sini mahal" Makk aiiii. Lontong RM2 nak bubuh ape aje dalam tu ? Kuah lodeh tu 5 titik lepas tu sayur letak sayur carrot 3 helai, sayur yang lain xyah, nasi impit letak 5 ketul ! Duh -.-" Gua berani kerat jari lah makcik kalau ada Lontong RM2 kat KL ni ! Grrr ! Makcik makcik. Lain kali jangan beli kat kedai abah saya dah okay kalau mahal. Menyirap pulak ada customer mcm ni. Eeee aii. Sabo ajelah ! :)

Fuhhhhh ! Lega hati dah luahkan ! Padan muka makcik tu. Siapa suruh banyak songeh ! HAHA.

Nota Kaki : Kalau nak join segmen ni, CLICK SINI !

BEN ASHAARI GEGAR BLOGGER BARU


Wah ! Dah lama cari segmen yang macam ini. Ngeh ngeh ngeh ! Akhirnya jumpa juga, thanks bro! Masa nampak segmen ni, eyfa senyum dah sampai koyak rahang ni. HAHAHA. Okay ! Dah dah, jangan sengeh dah eyfa oi. Okay, segmen ni khas untuk blogger yang mempunyai followers less than 100. Kalau dah 101 followers tu kira tak diterima lah sebab dah lebih satu en en en ? HAHA. So, siapa-siapa yang followers under 100 boleh lah join segmen ni okay. 

Kalau nak join click SINI =)

Okay, AKU BOSAN ! terima kasih.

Hai,

Korang tak bosan ke ? ke eyfa sorang aje yang rasa bosan ni ? Hahaha. Tak tahu dah nak buat apa. Nak keluar, tak ada orang message pun ajak keluar. Tak famous betul la. Selalu ada aje orang message ajak keluar. Hehee. Duduk kat rumah ni tak tahu nak buat apa dah, main game kat facebook dah sudah dah. Kemas katil dah sudah dah. Keja mengemas rumah pun dah sudah (konon aje dah sudah, padahal emak yang kemas) HAHA.


Nak buat apa haaaa ? Nak edit blog tak tahu nak edit apa. Karang salah edit mampus nak kena buat balik semula memang lah terlampau rajin haa. Adoi. Apa mau bikin hari minggu macam ni ? Sumpah dah blur tak tahu nak buat apa. Kawan-kawan semua, ajak lah eyfa kuar. Sian duk umah tak ada buat apa. Huhuhuhu =p

Sedapppnya NUTELLA

Nyummmm =D
Hai tadi kite g Giant mak kite suruh beli tauge. Lepas kite kite nampak NUTELLA ni. Memang dah lama nak beli tapi MAHAL SANGAT. Kecik tu aje dah rm10 lebih. Belum yang besar lagi. Eeeee aii. Buat lah murah-murah sikit. Boleh beli 8 ! HAHAHA. Kite beli Nutella yang packet-packet ni RM15. Mahal en ? Tapi takpe lah sebab balik rumah nak claim dengan abah duit beli Nutella ni. Huhuhu. Hari tu pergi Carrefour ada promoter Nutella bagi rasa. Sedappppp sangat ! tu yang hari ni nampak terus beli. Ngeh ngeh ngeh.

Yang ni tak ada pun kat Malaysia ? :(
Ni pun tak ada lagi kan kat Malaysia?
Sedapnya ! Eeee tak sabar nak makan malam nanti. Hakhakhak. Kalau yang kat atas ni ada kat Malaysia kan best ? mesti eyfa beli hari-hari bawak bekal pergi class. Huhuhu. Menu malam ni makan Nutella dengan roti. Yummyy ~

Menu malam ni.

Nampak sedap en en en en ? Memang sedap pun. Kalau buat ratah lagi sedapppp ~ Menjejes-jejes dah air liur tulis entry pasal Nutella ni. HAHAHA. Nak pergi lap air liur jap. BYE c(:

Sedihnya, cincin HILANGGG!

Selamat Pagi :(

Hari ni pagi-pagi lagi dah sedih sebab cincin eyfa hilangggg. Huhuhu. Memang lah bukan cincin emas mcm cincin Cik Kiah sebelah umah eyfa tuuu. Tapi tapi.....cincin ni ex boyfriend eyfa yang kasi masa dulu-dulu. Entah macam mana boleh hilang ntah. Jari ni dah kurus ke sampai cincin tak ada boleh tak perasan ? Wuuuuuuu -____- Eyfa sedih bukan sebab cinicn tu ex yang bagi. Sedih sebab jari dah tak comel sebab tak ada cincin. HAHAHA!

Nampak tak cincin kat jari tu?
Korang nampak tak cincin yang eyfa pakai kat gambar atas ni? Cincin tu lah yang hilanggggg ! Eeeee aii...Mana lah hilangnye? Ada siapa-siapa nampak tak cincin tu ? HAHAHA. Sob sob ! Nak beli baru memang harapan lah nak beli. Takpe kejap lagi cari balik. Kot-kot boleh jumpa ke kan ! :(

Friday, April 29

IKLAN PERCUMA UNTUK BLOG ANDA


Hai. Malam ni tak ada buat apa. Belek-belek blog orang terjumpa Segmen Kayif.com ni macam best aje sebab kalau menang dapat BANNER free. Hua hua hua ! Bestnya dapat banner free. Kebetulan memang lah eyfa ni paling pakar buat banner dalam Malaysia ni (perli diri sendiri) HAHA. Yeah ! Untung-untung kalau memang dapat ah banner free. Lagi lah comel lote blog eyfa nih. Hahahaha. Okay nak join segmen ni ada syarat-syarat dia.

Syarat² :
  • Buat entry bertajuk "IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA"
  • Letak Banner diatas didalam entry korang dan LINK ke Entry Ini
  • Bagi tahu Encik Kayif.com kenapa dia mesti pilih blog korang untuk diiklankan
  • Dah siapa hantar LINK ENTRY korang di ENTRY ini

Hadiah dia 1 bulan iklan free untuk 4 blog yang menjadi pilihan hati Encik Kayif.com, iklan seperti diatas yang korang boleh tengok sendiri di blog Kayif.com. Itu saja mudahkan?

Syarat first, second dah buat. Now KENAPA KAYIF.COM KENA PILIH BLOG EYFA UNTUK DI IKLANKAN? sebabnya eyfa tak pernah join apa-apa contest and segmen sebelum ni and baru belajar buat blog. So, kalau kalau Encik Kayif.com iklankan blog eyfa, ada juga orang yang jenguk and intai-intai blog eyfa ni. Huhuhu. Lagi pun hadiah yang di tawarkan BEST ! Dapat banner free yaw ! Huhuhu. Lagi pun blog eyfa comel warna pink. Hakhakhak. Comel ke ? Mesti lah comel lagi comel kalau dapat banner free dari Encik Kayif.com. Wekkk :p Sekian terima kasih =D


Nota Kaki : Siapa nak join boleh lah click kat SINI =)

Tidur dengan bebear comel kn?




Dapat kat orang lain memang lah comel aje tidur dengan bebear. Dapat kat eyfa? Haaa. Macam ni lah gaya tidur kalau dengan bear. Bear ntah ke mana. Eyfa ntah ke mana. HAHA. Family eyfa memang pantang lah kalau nampak siapa-siapa yang tidur dengan bear or anak patung yang cute-cute tu, sure kena bahan ! Kalau bahan sikit takpe. Dorang punya bahan sampai ke tahun depan belum habis lagi. Nak bajet cute pun tak boleh. Kecoh je ! Haha.

Dulu masa study kat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) ada bawak bear untuk letak kat katil konon-konon nak bajet cute lah kan. Last-last bangun pagi-pagi tengok bear dah hilang. Ingatkan kena curi. Rupanya bawah katil. Dah siap kena sawang lagi. Penat cari merata-rata. Rupanya bawah katil. Hahaha. 

Gambar Hiasan
Kalau masa birthday dulu ada lah ex-ex boyfriend bagi teddy bear. COMEL ! Memang comel tapi orang bagi kat eyfa lepas tu bila birthday kawan perempuan eyfa yang lain, eyfa bagi balik hadiah bear yang orang kasi kat eyfa pada dorang. HAHAHA. Jahat en ? Errr....Bukan tak hargai pemberian orang. Cuma kalau bagi eyfa bebear tu memang xde function so, better kasi orang lain. Kan kan kan kan ? Heeeeee ^_^

Siapa-siapa nak bear boleh ah minta kat eyfa. Ada lagi 2 ketul kat rumah ni. HAHA.

Acronyms with Meanings



Chat:
afk - away from keyboard
aka - also known as
asap - as soon as possible
b4 - before
bbl - be back later
brb - be right back
btw - by the way
cu - see you
dl - download
f2f - face to face
fyi - for your information
ftw - for the win
g2g - got to go
gg - good game
gm - good morning
gn - good night
gr8 - great
irl - in real life
jk - joking or just kidding
l8r - later
lmfao - laughing my f* a** off
lmao - laughing my a** off
lol - laughing out loud
myob - mind your own business
nvm - nevermind
np - no problem
ol - online
omg - oh my god or oh my gosh
pm - private message
sop - standard operating procedure
srsly - seriously
thx - thanks
ttfn - ta ta for now
ty - thank you
ul - upload
wb - welcome back
wtf - what the f*
wtg - way to go
wth - what the h*ll
yw - you’re welcome
***************
Tumblr:
ta - tumblr ask
gv - good vibes
dp - default picture
tgif - thank god it’s friday
rb - reblog
***************
Others:
ym - yahoo messenger
im - instant messenger
ps - photoshop
fb - facebook
143 - i love you
mtv - Music Television
ms - Myspace
n/a - no answer or not applicable
via - by way of
email - electronic email
bg - background
rt - retweet
rm - remake or rematch
***************
For Pinoys:
ASAP (ch.3) - A Sunday Afternoon Party
GMA (ch.7) - Greater Manila Area
GMA (president) - Gloria Macapagal Arroyo
ABS-CBN (ch.3) - Alto Broadcasting System-Chronicle Broadcasting Network
NAIA - Ninoy Aquino International Airport
Php - Philippine Peso
SM (Mall) - Shoemart
(Source: http://yanilavigne.net) ♥

Boringnya hidup bila HP tak ada kredit.

Yuhuuuu !

Sejak kebelakangan ni, henpon kite selalu aje habis kredit. Sejak pakai henpon Nokia E5 ni ! Tak tahu lah kenapa? Nak kata guna untuk online tak juga sebab selalu kalau online guna henpon pun pakai wireless yang dah tersedia ada dekat rumah ni. Hm. Kelmarin baru topup RM10 tapi semalam dah habis dah.



Pelik kan ? Nak kata ada call siapa-siapa. TAK ADA. Kalau message tu memang lah ada tapi 1sen aje satu sms. Macam mana sehari guna dah habis RM10? Padahal kite bukan message siapa-siapa pun. Kite just message 'ehem-ehem' kite sorang aje takkan lah boleh habis RM10. Eeeeeee. Pelik sungguh lah. Henpon ni bela toyol agaknya? Tu pasal lah kredit selalu hilang. Huhuhuuuu.

Sekarang ni dah rasa macam malas nak topup dah. Sebab kredit asik hilang entah ke mana. Lagi pun nak try juga rasa henpon tak ada kredit. Rupa-rupanya........................SANGAT BORING BILA HENPON TAK ADA KREDIT. Walaupun tak ada message siapa-siapa org call siapa-siapa tapi xtahu lah kenapa rasa macam boring bila tak ada kredit. Heeeee =D

Ada siapa-siapa tak rajin nak tolong topupkan kite? Wekkkkk c(:
HAHAHAHAHA.

Takutnya final exam dah dekattt!

Hai hai. 
Bertemu kembali. Huhu.

Korang dah balik kerja ke belum ? class dah habis ke ? Huhu. Mesti mereka-mereka yang on the way nak balik kerja tu tengah menyirap dengan jalan yang sesak. Huhuu. Besabar ya ! Pelan-pelan kayuh =) Okay, today dah 29hb April, dah hujung bulan dah. Huhu. Isnin cuti kan? sebab hari buruh ! Yayyy ! Seronoknya class pun tak ada ! Hehhe.

Gambar Hiasan
By the way, exam eyfa dah tak lama lagi. Lagi SEMINGGU aje nak final exam. Perasaan ? Dah semestinya lah takut plus cuak ! Huhuhu. Eyfa belum ready pn nak exam next week. Satu apa pun tak study lagi. Hehe. Malassssssssnya nak baca buku. Eeee aiii..Penyakit M ni memang susah sikit nak hilang. Bukan memang susah. Rasanya takkan hilang penyakit M ni. Penyakit MALAS ! hahaha.

Gambar Hiasan
09/05/2011 : PROFICIENCY ENGLISH II
12/05/2011 : INFORMATION TECHNOLOGY SKILLS AND APPLICATION
13/05/2011 : BUSINESS MATHEMATICS & STATISTICS 
15/05/2011 : HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
19/05/2011 : PENGAJIAN MALAYSIA
21/05/2011 : ORGANIZATION BEHAVIOR

Semua sekali enam (6) subject ! Rasanya semua 3 hours credit. Aduhai. Takutnya lah pointer sem ni jatuh! Wuuuuuu ='( Mintak-mintak lah pointer maintain or lebih sikit dari sem lepas. Kalau jatuh pointer, MALUUUUU jeee. Hm...korang semua doakan eyfa boleh jawab exam nanti okay ? Huhu. Terima kasih ! =)

Kelebihan dan keburukan Shopping Online

HELLO kawan-kawan =) Selamat Hari Jumaat !

Gambar Hiasan


Eyfa nak cerita pasal shopping online ni. Korang mesti semua suka shopping kan ? Sekarang ni musim orang beli barang a.k.a shopping online aje sekarang. Masing-masing dah malas nak keluar beli barang. Huhu. Tapi tak semua lah kan. Ada juga yang suka shopping kat mall-mall berdekatan. Huhu. 

Gambar Hiasan


Kalau eyfa, shooping online pun layan, shopping kat mall pun layan. TAPI.....disebabkan eyfa ni demok debab susah sikit nak cari baju yang comel-comel and yang kena dengan bentuk badan kat shopping mall tu. Huhuhu. Shopping online ada kelebihan sendiri. Contohnya masa korang lagi jimat, tak perlu nak keluar untuk beli barang. Selain masa korang pun jimat, korang juga save cost utk transport and sekarang ni kan kalau weekend aje mesti sesak jalan raya tu, sure korang tension and stress kan ? Kalau shopping online, xde la stress sebab jalan sesak. Hehe. Then, kat online pun banyak pilihan, pilih aje mana yang nak. Tak perlu nak berebut dengan pengunjung lain macam kat shopping mall. Harga barang kat online pun lebih murah sedikit dari harga pasaran. Sebab kebanyakkan kat pasaran tu jual JENAMA aje lebih. Barangnya lebih kurang sama aje kan ? Hmm. TAPI....shopping online pun ada keburukan juga. Kadang-kadang barang tak berkualiti seperti mana yang kita sangka. Lagi-lagi kalau beli pakaian, kualiti kainnya tak sama seperti yang owner online shop tu kata. Lepas tu, kadang-kadang beli salah saiz tak boleh nak return. Hehehe. Tapi yang paling tak best bila kena tipu ! =( Ramai juga yang kena tipu dah sekarang. Dah buat bayaran tapi barang tak sampai. So, nak beli barang cari lah online shop yang boleh dipercayai or yang dah berdaftar okay :) BYE~

Eyfa sekarang dah minat warna pink ? OMG

Hai hai hai. 

Selamat tengah hari =] Kite baru aje lepas edit blog kite kasi warna PINK ! Eeuwww ! Comel kan ? haha. Sejak bila pulak eyfa minat warna pink ni ? Kalau tak dulu, asik-asik warna merah. Tak pun hitam. HEHE. Sekarang kalau tengok warna pink dah rasa macam comel jeeee. Eh bukan eyfa yg comel. warna pink tu yang comel. Hahaha. Tengokkk ! Sekarang background blog kite dah warna pink. Taraaaaaaa !

Comel kan kan kan ? HAHA.

Comel kan warna pink ? Haha. Rasa macam gegurl aje oh taruk background warna pink. Huhuh. Btw, kite rasa macam nak tukar header. TAPI tak pandai buat header ! Uwaaaa :'( Jeles tengok header orang lain comel-comel aje. Header kite buruk aje. Wuuuuu. Sedih....Sedihhh ! -____- Siapa boleh tolong ajar or tolong buatkan kite header yang comel comel ? Hehehe. Nanti kite belanja cekelat ! Huhuhu. =D

Dari insan yang memerlukan header. Hakhakhak

Bangun pagi tak gosok gigi mengadap blog.


Hai-hai selamat pagi semuaaa ! Cinta-cinta hati di luar sana, Good Morning yaw !

Haha. Pagi lagi ke ? Heeeee =D Tak apa ada lagi 30min kan ? Sempat lagi nak wish good morning. Huhu. Eyfa bangun pagi-pagi dah mengadap blog and facebook main game Cafe Life. Mandi tak, makan tak. Terus mengadap blog ni. Game Cafe life ni bestt. Jom lah main sama-sama ! huhu. TAPI mula-mula ajelah best. Dah lepas tu dah boring sebab ada buat benda yang sama, Hmmm. Rasanya dah lama tak main game MARIO oh. Dulu rajin gila main game mario. Sampai terangat-angkat joystick tu. HAHA. Padahal main game aje. Beriya-iya jee.

Ni lah game Cafe Life
Dah lah. Stop cerita pasal game. Korang dah makan ke ? Eyfa belum makan lagi. tengah tunggu abah bawak balik BIHUN SOTOOOO. Nyum nyumm ! Sedapnyaa makan soto pagi-pagi ni. Huhu. Okay lah. Nak pergi gosok gigi jap. Kejap lagi abah dah nak sampai. Boleh terus makan aje bila abah dah sampai. Huhu. Jemput makan semuaaaa. Huhu. BYE~

Saya budak baru belajar. Kalau salah, betulkan lah !

Hai korang. 
Dah tidur ke ? Relex lah dulu. Malam masih muda. Haha.


Rasa macam boring aje pagi-pagi buta ni. Sebenarnya kan kan kan. Eyfa nk tanya pasal nuffnang ni. Actually nuffnang ni macam mana function dia ? Macam mana nak buat duit dengan nuffnang ? Bila tengok kat blog orang lain semua ada iklan nuffnang ni. Termasuk lah blog eyfa sendiri. Haha. TAPI........eyfa tak tahu pun macam mana nak buat duit dengan nuffnang ni.

Ada siapa-siapa yang baik hati tak nak bagitahu or share tips ? Huhu. Kesian kite tak tahu. sob sob :'(

Thursday, April 28

Jom lah tanya saya kat Formspring !

Formspring
Hai. Hari ni je dah 3x eyfa hai kat korang kan ? HAHA. Bosannya duduk rumah. Check Facebook tak ada orang nak borak, check twitter lagi lah tak ada orang nak borak. Bukak formspring pun tak ada orang nak main soal jawab dengan eyfa. Eeee aii. Sadisnya hidup sayaaaa ! HAHAHAHA. Eeee. Bosannya. Korang ni jom lah main tanya-tanya ! Cepat lah ! Paksa ni ! grrrr !! Huhuhu

Selalunya banyak spam kat formspring ni. Ada aje budak-budak yang tanya soalan yang entah apa-apa. Tapi bila dah tak ada orang nak spam pun bosan gak. Bila ada orang spam mengamuk pulak nak menjawab spam-spam tu. Hahaha. 

3027 Responses
Haaaa. itu yang sampai 3027 soalan yang eyfa jawab tu kebanyakkan semua spam. Tu yang belambak tu. Yang duk cari gaduh pun ada kat formspring tu. Eeee ai. Orang formspring tu untuk tempat tanya-tanya apa yang patut, ni nak cari gaduh pula. Annoying sungguh -.-"

Kalau korang nak tanya apa-apa boleh drop kat kotak belah kanan tu. Dah sediakan dah. Just taip apa korang nak tanya then send. Senang kan ? huhu. Yang ada Formspring boleh follow eyfa jugak kat http://www.formspring.me/EYFAalias =)

Thanks for reading.
Jaga diri. BYE =]

Mana lebih bagus ?

"RUMAH FAMILY atau RUMAH SEWA ?"

Hai cik akak dan cik adik yang cun melecun. Tidak lupa juga pada abang-abang yang kacak bergaya di luar sana, sekarang ni fikiran eyfa tengah confused nak pilih antara RUMAH FAMILY or RUMAH SEWA. Err. kenapa kena pilih ? Oh ya ! Lupa. Eyfa sekarang sem 2 on the way nak masuk sem ke 3 dah jun/july nanti. Sem 3 semua student kena stay luar. Maksudnya xboleh stay hostel lah ! huhu. Sebenarnya kalau ikutkan dari rumah nak ke kolej perjalanan naik motor neuvo lc eyfa yang hebat lagi bergaya tu boleh sampai dalam 10 or 15min aje. Tak lah jauh nak ulang alik.

Gambar Hiasan
Masalahnya sekarang, makin naik sem makin banyak project nak kena buat and assignment group pun mesti makin banyak, so lagi mudah if stay kat rumah sewa dengan kawan-kawan sekali. TAPI kalau stay rumah sewa banyak masalah nak fikir. Duit rumah sewa, duit makan minum, duit transport, and many more. Semuanya nak kena fikir and nak kena pandai balance kan. Pakaian lagi ? Nak basuh sendiri ? Memang lah eyfa manusia paling rajin nak basuh baju sendiri. HAHA. Lagi pun kalau stay rumah sewa abah tak bagi bawak motor ke sana. Uwaaaa :'( Nak kena naik train pulak. Lecehnya. Dah biasa naik motor, tiba-tiba nak naik train macam tak biasa jeee ? huhuhuuuu. Nak motorrrrrrr -.- And one more, internet kat rumah sewa tu tak ada. Mesti kena ada BB sendiri. Baik duduk rumah dapat wireless free. Nak buat keja pun senang. Cewah buat kerja konon, padahal nak online aje tahu ! HAHA.

Kalau stay rumah family pulak. Hidup memang senang lenang. Semuanya dah tersedia. Huhu. Apa nak semua ada kat rumah. Kalau lapar, tak payah guna duit sendiri. Mintak aje nak apa, mesti dapat makan. Pakaian pun, ada mesin tolong basuh kan and kadang-kadang ada orang tolong basuhkan. Lepas tu abah hantar pergi dobi untuk gosok. Kalau duduk rumah sewa, letihnya nak kena gosok baju sendiriii :( TAPI yang payah nya duduk rumah, nak buat kerja lah payah. Kalau ada assignment group, macam mana ? takkan nak lepak rumah dorang aje ? Malunya. Tak biasa lah. Kalau duduk menyewa sekali tu lain la cerita boleh jugak buat macam rumah sendiri. Lagi pun, karang main keluar masuk aje mesti housemate dia menyampah tengok muka eyfa duk menumpang buat assignment kat situ. huhuhu.

Gambar Hiasan
So, macam mana eh ? Mana lagi bagus ? Tak tahu nak buat keputusan ni. Kalau ikutkan jimat, duduk rumah memang sangat jimat and keperluan semua ada. Tapi bab nk buat kerja tu payah. Lain semua okay. And and and ! Eyfa nak merasa jugak macam mana duduk rumah sewaaaa. Uwaaa. Macam best aje duduk rumah sewa. TERINGIN tahu ? tapi tu lah. Macam menyiksa diri aje duduk rumah sewa. Enjoy dah memang enjoy. Bebas dah memang bebas. Balik lambat xde orang nak marah ! Hak hak hak ! teruknya perangai. Isk isk ! c(=

SERABUT ! SERABUT ! tolong lah eyfa fikirkan jalan penyelesaian. Sob sob ='(

Saya seorang yang careless -.-


Hai followers =)

Apa khabar ? Sihat tak ? Dah makan ? Buat apa aje hari ni ? Huhu. Banyak tanya pulak eh ! Dah macam polis pun ada. Heeee =D Ehem. Harini rasanya eyfa dah buat kesilapan dalam Kuiz Math sebenar tadi. Tu lah eyfa ni benda macam ni pun boleh careless ke ? Tadi kuiz math dapat jawab dengan jayanya dalam masa 1 jam aje. Padahal masa yang di beri 2 jam. Tak tahu lah macam mana boleh siap awal kan. Kebetulan dewan exam tu memang sejuk. Dah rasa macam duduk kat London you all ! Hahaha. Di sebabkan sejuk beku jadi eyfa rasa mcm tak tahan aje and terus hantar kertas TANPA semak dulu kertas jawapan tu. Err. Bila dah kat luar dewan, baru teringat ada satu lagi soalan tak jawab, sebab soalan yg tak jawab tu formula lect tak bagi, kena ingat sendiri. Masa buat tu mula-mula tak ingat, lepas tu bila dah ingat kawan sebelah pulak hantar message tanya jawapan terus aje lupa nak buat soalan yang itu. Grrr ! Careless betul la. Tu lah keluar la dewan exam tu awal lagi kan. Kan dah hilang 3 markah ! uwaaaaa :'( Sedihnyaaa ! Sebenarnya padan lah muka diri sendiri sebab cuai kan ? Sob sob sob :'((

Err..Moral of the story is lain kali jawab exam or kuiz and sowhatever lah kan. JANGAN KELUAR DEWAN EXAM AWAL ! nanti menyesal. Macam sayaaaa ! huhuhu Sedih sedih ! Rasa macam ralat aje. Mesti malam ni tidur tak lena. Sob sob. Walaupun 3 markah. Banyak tuuuuuu. Hmm. Tak pe tak pe. Pengajaran buat diri saya sendiri. Lepas ni final exam nak duduk dalam dewan exam tu sampai habis masa. Biar lah sejuk beku ke suam-suam ke duduk ajelah dalam dewan tu ya ! Huhu.

Itu ajelah kali ni.
Thanks for reading.
Jaga diri. BYE~

Wednesday, April 27

Sorry KPTM student's !

Hai.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Cewah ! Dah macam baca berita pun ada. Huhu. Start dari hari ni nak bahasakan diri dengan nama EYFA. Taknak "ENGKAU, AKU" dah. Sebab apa? Kalau bahasakan "ENGKAU, AKU" karang orang yang membaca blog ni kata eyfa ni kasar sangat lah ? Itu lah, ini lah dan macam-macam lagi. So, ikutkan aje apa yang korang nak okay ? =)

Okay jom mulakan gossip hari ni. Wah gossip katanya ! huhu. Today, eyfa balik dari Kolej agak lambat sebab siapkan assignment Human Resource. Rasanya dalam pukul 7.30 pm jugak lah sampai rumah dengan hujan and bawak lappy redah aje bawak motor -.-" Serius memang penat gila. Sampai rumah emak tanya "Pha, kenapa balik lambat hari ni?" then dengan jujurnya eyfa jawab "Buat assignment lah mak. Tu pasal lah balik lambat". Jarang sangat balik dari kolej lewat macam ni, tu lah yang mak tanya tu. huhu. Alhamdulillah siap juga assignment tadi walaupun buat last minit sebab banyak yang tak lengkap. Nasib baik AZUREN ajak tanya Madam pasal assignment tu betul ke tidak sebab kawan-kawan dari group lain cakap dorang punya assignment banyak yang kena buat balik sebab salah. Tu yang cuak sikit tu. Nasib baik lah tergerak hati nak bertanya, kalau tak mesti sikit aje markah nanti ^.^



Sampai aje rumah terus mandi and solat dulu. Lepas tu kelam kabut online sebab nak main game Cafe Life. Haha. Oh ya ! Lupa pulak. Tadi online eyfa edit friends kat Facebook sebab rasa macam meraka-mereka tu sangat annoying ! Habis semua student KPTM kena remove. Hehe. Eh ! tak lah semua, tapi banyak jugak lah kan. Wuuuu =D Remove bukan sebab apa, dorang tu selalu buat eyfa rasa macam nk "maki-maki" aje baca status dorang yang entah apa-apa tu. Dari cari masalah and daripada bergaduh nanti better UNFRIEND aje kan ? malas nak layan. Siapa yang dah kena unfriend tu sorry ya. Sekarang dalam friend lists tinggal 175 orang sahaja daripada 234 orang.

Okay lah dah penat jari-jemari ni menaip. Tadi pulak baru lepas taip bukan main banyak lagi masa buat assignment. Huhu. Hmm. Rasa macam pelik aje nak bahasakan diri eyfa. Rasa macam gedik-gedik pun ada. HAHA. Lantak la situ. Mula-mula yelah tak biasa kot ? Lama-lama okay lah ! =] Takkan semua nak ikut cakap orang kan ? Mulut orang tak boleh nak tutup. Biarkan aje apa mereka nak kata.

Jaga diri. BYE~

Tuesday, April 26

Relationship



“Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep... wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you're just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky his is to have you.... The one who turns to his friends and says, 'that's her.'”

Blog sedang dinaik taraf


Ceh ! Sebenarnya bukan nak naik taraf. Konon-konon aje naik taraf. HAHA. Btw, sebenarnya saya akan remove beberapa entry. Eh bukan beberapa. Hampir semua akan saya remove. SORRY followers. Sekarang ni terlampau banyak stalker kat blog saya ni. (CEH ! BAJET-BAJET ARTIS PULAK! haha) Keadaan semakin tak terkawal kerana language yang saya gunakan agak kesat dalam entry-entry sebelum ni, ini membuatkan ramai yang terasa. So, after this saya akan lebih berhati-hati nak posts something. Sekian terima kasih :) Kesulitan dan salah faham amat dikesali.

Btw, korang boleh follow saya dekat TUMBLR, TWITTER and any questions korang boleh drop kat FORMSPRING saya =)



Jaga diri. BYE ~

Thursday, April 21

SIKAP LELAKI YANG BUAT WANITA TIDAK SUKA



Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza sama ada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.
Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.
Suka memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, ambil baju dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi atau tolong buka pintu tu.
Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humor yang berbaur seksis. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh
Panas baran

Sifat lelaki yang panas baran, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.
Cakap besar

Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.
Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri sendiri di depan wanita.
Tidak suka meluah emosi

Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.
Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.
Kedekut beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.
Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang persekitaran.
Lupa hari-hari istimewa

Wanita bersifat nostalgik dan romantis memang suka diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki pula kurang mengambil berat hari-hari istimewa ini.
Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan. Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Jika anda suka kepada si dia, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya.



REBLOG FROM NFS <3

Thursday, April 14

GADIS HARUS AMBIL BERAT TENTANG LELAKI :)

Reblog from NFS



Tanda ke-1
Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa

Tanda ke-2
Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya

Tanda ke-3
Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya

Tanda ke-4
Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

Tanda ke-5
Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya

Tanda ke-6
Dia selalu mengawasi gerak-geri kekasihnya kerana dia sentiasa merasa curiga

Tanda ke-7
Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya

Tanda ke-8
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya

Tanda ke-9
Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia ingin kekasihnya melayaninya lebih daripada orang lain.

Tanda ke-10
Dia menjadi orang yang sangat rajin dan membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

Tanda ke-11
Dia kadang-kadang suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya

Tanda ke-12
Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama

Tanda ke-13
Dia akan selalu memastikan keselamatan kekasihnya

Tanda ke-14
Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri

Tanda ke-15
Dia kerap bertanya apkah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya

Tanda ke-16
Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya

Tanda ke-17
Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya

Tanda ke-18
Dia membanggakan kekasihnya di hadapan orang lain

Tanda ke-19
Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan berasa sedih dan tidak akan percaya lagi dengan wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.

Tanda ke-20
Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal warasnya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasihnya.

Tanda ke-21
Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta maupun nyawanya sendiri

Tanda ke-22
Dia tidak akan berlaku curang dengan kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu beerti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

Tanda ke-23
Tidak semua lelaki yang sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita.
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com