Wednesday, February 29

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

Assalamualaikum.


KENAPA? Aku pun tak tahu kenapa? Aku just nak tukar-tukar link so, aku boleh explore and tambahkan lagi pengetahuan melalui pembacaan dari blog korang semua. So, lets friends :) 

If nak tukar link comment macam ni

ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ?

dan jangan lupa sertakan URL blog korang sekali ya! :) If aku setuju aku akan bagitahu okay.

Terima kasih ^^

Sate Ikan

Assalamualaikum.

Hari tu aku pergi keluar makan malam dekat area KL. Cerita ni cerita last week baru hari ni aku teringat nak share dengan korang semua. Hehehe.

Malam tu kawan aku nak belanja makan Steak sebab dorang baru gaji. Aku pun on ajelah dah orang nak belanja kan? Huhu. Rezeki tak baik di tolak kan? Ngeeee =D


Masa sedap-sedap dengan makan Steak tetiba ada satu motor ni lalu. Aku rasa macam pernah nampak motor ni dekat depan sekolah aku zaman sekolah dulu. Oh ya aku baru teringat rupanya itu motor Pakcik jual Sate Ikan.

Oh Em Jay!

Aku rasa macam dah lama sangat tak makan sate ikan ni. Dulu asal balik dari sekolah aje mesti wajib beli sate ikan ni. Dulu satu 10sen aje sebatang sekarang kalau tak silap aku dah naik 20sen eh?


Bila aku dah nampak Pakcik tu berhenti, aku fikir mesti al dia stay lama sikit sebab aku tgh nampak dia bakar sate ikan tu. Dalam hati aku, kejap lagi nak pergi beli sate ikan tu.

TUP TUP ! 

Aku leka makan, aku pandang belakang aje Pakcik sate ikan tu dah tak ada kat situ. Hampanya perasaan aku korang tak tahu macam mana. Hilang selera aku nak makan steak time tu (Padahal steak dah habis dah time tu) HAHAHA. 

Sekarang ni dalam kepala otak aku, Sate Ikan aje 24/7! Lagi-lagi teringat pulak kuah sate ikan tu, lagi la jemm kepala otak aku tahan nafsu. Aku rasa kalau aku tengah mengandung mesti anak aku dah kempunan dah duduk dalam perut tak tak dapat makan sate ikan. Sobs :'(

Wordless Wednesday | Sebab utk berhenti merokok

Assalamualaikum.


P/S : Aku rasa cara ni mesti berkesan! HAHA

Wordless Wednesday | Mid-Term

Assalamualaikum.

COMING UP NEXT (!)


Wish me a big luck guys :D
Thank you ^^

Tuesday, February 28

Budak suka tidur awal.

Assalamualaikum.

Budak-budak zaman sekarang suka tidur lambat kan? Kadang-kadang ada juga yang sampai tak tidur satu hari suntuk! Tahukah anda? Itu boleh menyebabkan kesihatan anda semua terganggu. Cewahh! :D


Kalau siapa yang kenal aku, memang tahu aku ni bab tidur aje mesti awal. Nak tahu seawal mana aku dah mula mengantuk? Pukul 9 malam! Hahahhahaa. Hebat tak? Okay ini pun kira dah boleh ganggu kesihatan sebab tidur awal sangat. Err. Yeke? =P

Ada satu malam tu, entah kenapa sampai ke pukul 3 pagi aku tak boleh nak lelapkan mata. Nak kata aku ada tidur waktu petang tak ada pula. Sampaikan aku dua kali basuh baju pun still tak mengantuk. Kononnya bila penatkan diri, senang lah sikit nak tidur. Stress aje. Mata dah mengantuk. Menguap dah 18x tapi still tak boleh tidur -.-"
Okay. Membebel panjang-panjang pun tak best sebab mata aku memang dah sipi-sipi aje dah nak tertutup rapat. Kang tak di layankan mengantuk ni takut tak boleh nak tidur macam hari tu. Hehe. K lah undur diri dulu ya? Selamat malam semua! Jumpa lagi esuk! ^_^

KBAI~

Bantal ngada-ngada.

Assalamualaikum.

Dulu kan aku kerja dekat KLCC. Aku selalu la berjalan-jalan dalam Klcc tu cuci-cuci mata. Buat terapi minda sikit. HAHA. 

Aku ada masuk satu kedai ni, kedai Candylicious. Dalam kedai ni memang terlampau banyak la manis-manisan kan. Kalau selalu masuk kedai ni agak-agaknya boleh kena kencing manis weh! Huhu.

Okay back to topic.

Dalam Candylicious ni aku ada ternampak ada jual bantal. I mean bukan lah bantal biasa-biasa tu, bantal jenis bantal ngada-ngada. Bantal M&M. Arghh! Sangat comel okay. Geram aku tengok. ^_^
Kalau korang tengok mesti korang rasa macam nak beli. Er! Aku yang hati batu ni pun boleh geram, takkan korang hati pink tak ada perasaan tengok bantal tu? hehehhe. Aku panggil bantal ngada-ngada sebab aku ada terdengar perbualan satu couple ni ;

"Awak kita nak bantal ni. Nak lah nak lah!" - Girlfriend
"Nak yang mana? -.-" - Boyfriend
"Bantal M&M comel ni lah. Awak nii..." - Girlfriend

Haaaa. Sesuaikan aku namakan bantal ngada-ngada! ahahhaa. Hamboi suka aku kutuk orang. Padahal aku pun lebih kurang aje. Aku paksa boyfriend aku belikan aku bantal ngada-ngada ni. Nanti lepas mid-term exam ni nak pergi beli. Yayyyy!

Jealous tak? Hikhok ^.^

KBAI~

P/S : Merata-rata ada jual bantal comel macam ni sebenarnya. Korang berminat? Boleh tengok DEKAT SINI ^_^

Orang nak, aku pun nak jugak!

Assalamualaikum.


Selamat pagi kawan-kawan! :) Tadi aku ada baca entry abang BEN ASHAARI pasal nak beli Garrett Popcorn untuk wife dia. Arghh! Untung lah dah kahwin boleh suruh husband belikan. Tetiba aku pulak mengidam nak makan CaramelNut Popcorn dekat Garrett Popcorn tu!

Sebelum ni aku ada buat juga entry pasal Garrett Popcorn ni. [*RUJUK SINI*]. Semua perisa popcorn tu aku dah rasa and yang paling mahal sekali CaramelNut Popcorn tu sebab rasanya memang seriously sangat-sangat sedap! #sambil buat muka seruis.

Meleleh air liur. Slurppp~


Bila aku baca entry abang BA tadi, dalam kepala otak aku dah fikir apa pun jadi sabtu ni nak pergi beli popcorn. Dah lama tak pergi KLCC sejak dah berhenti kerja promoter Fossil. Hehehe.

Takpe. Takpe. Sabtu ni ada. KLCC kan sebelah rumah aku aje. Apa ada hal. Hikhik.

KBAI~

Monday, February 27

Si manja ku hilang !

Assalamualaikum.


Siapa sini pencinta wanita haiwan? Sila kembangkan hidung belah kiri! Hik hik hik ^(O.o)^ Aku pun suka dekat binatang, lagi-lagi binatang yang comel-comel macam panda, serigala, kucing, harimau, anjing, biawak arnab and macam-macam lagi lah! Kalau boleh aku nak bukak zoo untuk bela bintang-binatang yang comel ni =)

Dulu aku ada buat entry pasal kucing jalanan [*RUJUK SINI*] and hari ni nak cerita pasal kucing lagi. Hehe. Bukan apa macam ni ceritanya. Tadi lepas habis class aku ada ternampak satu nota yang di tampal depan pintu lift apartment aku.


Aku sempat snap nota yang di tampal tu. Nota tu bagitahu yang kucing dia dah hilang selama 5 hari. Alahai~ Kesiannya kucing tu. Mesti dia lapar tak dapat makanan! Hmmm. Aku rasa tuan kepada kucing ni pun mesti sedih kucing dia hilang. Dah lah baru beli pulak tu.

Err. Tapi aku macam pelik. Kenapa dia beli? sedangkan banyak aje kucing jalanan untuk di bela kan? ambil ajelah berapa banyak kau nak bela. Belambak! Tengok gambar tu macam kucing biasa aje bukan kucing kacukan ke apa.

Okay! Abaikan~

Yang penting aku harap dia jumpa balik lah kucing dia tu. Kalau aku terjumpa sure aku akan call, jangan risau siap buat super saver lagi. HAHA. Kidding~ Kalau korang terjumpa pun, sila lah call ya! Tolong menolong kan amalan mulia ^^

KBAI~

Pakcik yang baik hati.

Assalamualaikum.

Tadi selepas class, aku pergi lah cafe kat dalam kolej aku tu untuk makan tengah hari sebab dah kebulur dari pagi tak makan. Padahal masa tu jam baru aje menunjukkan pukul 11 pagi tapi aku punya lapar macam orang tak pernah nampak makanan. HAHA.

Nak di jadikan cerita lepas ambil makanan, aku pun pergi lah tempat beli air kemudian ada sorang Pakcik ni tengah nak bayar air minuman dia. Aku terdengar Pakcik tu kata dekat abang cashier tu macam ni ;

"Hm, awak kira sekali dengan adik dua orang belakang ni"

Aku pun pelik lah. "dua orang belakang ni" tu tak termasuk aku. Aku baru aje datang time tu. Lepas tu dalam hati aku berkata ;

"Lah dia tak sedar ke aku ada kat sini? Belanja lah aku sekali. Iskk!"

Tak lama kemudian dia nak beredar dia terpandang aku dengan classmate aku dekat belakang dia lepas tu dia hulur aku duit balance dia beli air tadi dekat aku suruh aku bayar minuman aku and kawan aku ni dengan duit balance dia.


Aku pun menolak lah. Takkan la pelahap tak malu terus nak ambil kan bila orang belanja. Tapi Pakcik ni macam suruh juga aku ambil duit tu, aku rasa macam serba salah. Lepas dah dua tiga kali menolak duit yang dia nak bagi tu, dia pun kata ;

"Tak apa adik, Pakcik ikhlas. Ambil lah!"

Aku pun ambil lah juga duit tu dan ucap terima kasih dua tiga kali dekat Pakcik tu. Pakcik tu senyum aje bila aku dah ambil duit tu. Aku rasa macam dia dapat baca pula apa yang aku kata dalam hati tadi. Huhu.

Apa-apa pun, semoga Pakcik tadi tu sentiasa di berkati Allah :) dan terima kasih sebab belanja saya dan kawan saya minum tadi ya Pakcik! ^.^

Sunday, February 26

Hafiz Rahim

Assalamualaikum.

HAFIZ RAHIM. Sesiapa yang ada twitter tentu korang tahu sekarang ni nama Hafiz Rahim sedang menjadi trends dalam twitter. Top ranking babe! 


Masalahnya, siapa Hafiz Rahim ni? apa yang dia dah buat sampai jadi trends dekat twitter? Oh em jay! From Najua Boltz to Miyyo Azman to Ekyn Aris. And now? Hafiz Rahim? Damn! Hafiz Rahim are everywhere.

Ada sesiapa boleh bagitahu aku siapa Hafiz Rahim ni? -.-"

Saturday, February 25

Facebook getting bored!

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak tiga menjak ni, aku rasa macam sakit hati dengan Mark Zuckerberg. Bukan apa, facebook aku ni haa asik problem aje bila nak ping entry, like status, or check notification. Grrrr~ Korang alami masalah yang sama tak dengan aku? :(

Bila aku nak ping entry dengan group-group facebook mesti nanti keluar macam gambar bawah ni -.-"


Lepas tu bila nak like or comment status kawan-kawan pula keluar macam gambar bawah ni pula -.-"


Arghhh~ Tension tahu? Nak kena buat benda yang sama dua tiga kali. Kau okay ke tak Mark Zuckerberg? Facebook ni makin lama makin tak betul dah.  Aku tak okay ni. Marah ni! Naik jemu pula aku kan asik masalah yang sama aje timbul.

Kadang-kadang bila notification ada tapi bila buka dia kata post has been deleted. Meluatnya aku! tapi bila pergi dekat page orang tu ada aje lagi status tu. Mana ada delete. Mark Zuckerberg tipu akuuu! Benciiiii~ Mark Zuckerberg ni tak tahu ke aku tak suka kena tipu. Grrrr~ HAHA.

Apa lagi? jom ramai-ramai beralih arah ke twitter! Hikhok ^^ Jom sign up dan jangan lupa follow aku sekali ya kawan-kawan! :) Nak follow click aje icon twitter bawah ni ya sayang-sayang ku? :)



Bye facebook. Bye Mark Zuckerberg! Aku merajuk seminggu -.-"

KBAI~

Uban? Oh no!!

Assalamualaikum.

Uban. Sebut pasal uban ni mesti masing-masing anggap bila ada uban aje tak elok. Nampak macam dah berumur. But seriously aku pun ada jugak uban walaupun umur aku belum cecah 30an. Itu maybe sebab aku selalu color rambut or rebon rambut aku so, bila tak sihat rambut aku itu yang timbulnya uban. Aku rasa lah kan. Hehehe.


Selalu korang nampak uban dekat kepala korang mesti korang cabut kan? but orang tua-tua kata kalau nampak uban jangan cabut sebab bila dah sekali cabut nanti lagi banyak lah uban yang tumbuh nanti. Kata orang tua-tua lah kan. Tapi aku cabut gak kadang-kadang! HAHA ^.^

Kelmarin aku ada baca something pasal uban ni. Munurut artikal tu ada satu Sabda Nabi S.A.W :

Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat. 

(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Woah! Aku baru tahu. So, lepas ni kalau jumpa uban jangan cabut ya kawan-kawan? =D Tapi kalau nak cabut juga sukahati korang lah. Bukan uban aku, uban korang. Hikhok ^^

KBAI~

Friday, February 24

Tips tambahkan followers dan pembaca blog

Assalamualaikum.


Hai hari ni aku nak bagi tips sikit macam mana nak tambahkan followers dalam blog kita. Setelah mempunyai beberapa bulan pengalaman berblogging, aku dapat rumuskan beberapa cara untuk kita tambahkan followers ataupun dengan lebih tepat menambahkan bilangan pembaca blog kita.

Cewah ayat aku. Gempak tak? HAHA. Okay kita teruskan.

1) Blogwalking : 

Korang mestilah kena rajin blogwalking ke blog lain, baca entry mereka dan tinggalkan comment di ruang yang di sediakan. Or else korang just boleh drop some words dekat shoutbox dorang. Tak tahu apa tu blogwalking? [*RUJUK SINI *]

2) Ping Entry :

Sekarang ni dah macam-macam group dekat facebook untuk ping entry untuk para blogger. Dari situ juga korang boleh lah ping dan tarik minat blogger yang lain untuk singgah dan baca entry korang sekaligus kalau mereka berminat sudah tentu mereka akan follow kan? ^^ Tak tahu nak ping dekat mana? [*RUJUK SINI*]

3) Entry :

Tulislah entry yang menarik yang dapat menarik minat pembaca seperti isu semasa, gossip artis, information atau pasal diri korang sendiri pun boleh tapi yang paling penting jangan copy paste entry orang lain without any permission or credit. Entry kalau boleh biarlah padat, dan tidak meleret-leret ataupun letak gambar yang berkaitan untuk buatkan entry lebih menarik.

4) Blog :

Ini sangat peting! Korang kena pastikan blog korang tidak berat dengan widget-widget yang boleh menggangu pembaca/follwers korang untuk baca entry korang. Cthnya seperti perkataan yang mengikut cursor, salji dalam blog, dan lain-lain lagi. If blog korang berat nanti pembaca/followers pun berat hati nak baca entry korang :)

5) Peramah & Tidak sombong

Nak tambah pembaca/followers sama aje macam kita nak tambahkan kawan. Tak perlu sombong sesama sendiri dan perlu ada sikap peramah dalam diri korang. Baru lah orang suka. Kan?

6) Button Followers

Bila widget terlampau banyak pada blog, pastikan widget followers letak di bahagian yang paling atas sekali  ataupun letak di bahagian yang senang nampak. Ianya dapat memudahkan blogger lain untuk follow blog korang.

Senang aje kan nak amalkan? Good luck ^_^

Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusri

Assamualaikum.




Gambar di curi dari blog : http://arituarini.blogspot.com

Lelaki-lelaki dekat luar sana tu korang okay tak Lisa dah sah jadi isteri Yusry? Jangan ada yang bunuh diri sudah lah kan! Hikhok ^^

KBAI~

Thursday, February 23

Musim mengulangkaji sudah tiba.

Assalamualaikum.

Pejam celik. Pejam Celik !

Harini dah pun masuk hari khamis, aku rasa macam sekejap sangat dah nak hujung minggu. Korang rasa tak, macam yang aku rasa sekarang? Hm. Laju betul bumi berputar ya. Sedar tak sedar tak lama lagi aku dah hadapi exam mid-term.

*CUAK KEJAP*

Aku rasa macam baru aje masuk semester 4 tapi tiba-tiba dah nak mid-term, modul semua subject pun belum complite lagi sebab ada sesetangah subject yang masih belum ada modul. Masuk class pun still blur-blur lagi tahu-tahu aje dah nak exam tak lama lagi.

Sekarang ni, bila quiz aje aku rasa macam menggelabah semacam. Gelabahnya macam nak jawab final exam. Aku tak tahu lah kenapa? Nak kata tak prepare, aku rasa dah penat duk pulun otak ni ha suruh terima ilmu. Hihihi. Lepas tu jawab quiz sampai berpeluh-peluh duk fikir jawapan.

Hmm. Maybe sebab subject makin lama makin susah. Assignment and quiz pun makin lama makin complicated. Tu yang aku gelabah 24/7! Hehe. Takpa, orang kata kalau ada usaha insya'allah Allah akan bantu kan? So, yang penting kena usaha! Caiyok caiyokkk~ ^^


Done! Now masa untuk siapkan assigment, tutorial dan juga mentelaah ulangkaji.

Korang sila jaga diri. Jangan mati.

KBAI~

Wednesday, February 22

Wordless Wednesday | My little princess

Balqis Damia Binti Ahmad Lutfi <3

Tuesday, February 21

Berdoa adalah perkara yang bodoh.

Assalamualaikum.

Aku ada terbaca satu blog ni masa aku blogwalking tadi. Aku kadang-kadang pelik kenapa manusia ni terlampau bodoh dan dunggu? Allah bagi akal dan fikiran tapi di mana dia letak akal dan fikiran dia aku pun tak tahu.


Aku malas nak cakap lebih-lebih, dosa pahala kau bukan aku yang tentukan. Aku harap kau bawa-bawa lah mengucap and one day kau akan menyesal dengan apa yang telah kau katakan dalam entry kau ni. Aku sangat berharap kau akan menyesal. 

KBAI~

P/S : Aku minta maaf sebab print screen entry kau tanpa kebenaran. MAAF!

My new baby

Assalamualaikum.

Ehem-ehem! Kita baru dapat baby baru! Hikhok ^^ Setelah sekian lama jual handphone Samsung Ace aku, baru hari ni dapat penggantinya. Hehe. Excited tu tak lah. Sebab sekarang ni semua phone biasa je aku rasa. Canggih-canggih mana pun paling tak pun aku guna untuk message and call aje.


Pakai handphone baru ni, aku asik nak touch screen aje, dah terbiasa guna samsung punya pasal lah ni. Adoi! Rasa macam janggal pulak kan tak boleh nak touch. HEHE. Hm hope aku pakai handphone kali ni lama sikit sebab aku ni jenis suka tukar2 handphone. Huhu.

K lah nak layan Vanilla Coklat dulu. BYE~

Monday, February 20

Ketagih Burger Bakar

Assalamualaikum.

Semalam sebelum aku balik rumah sewa aku dekat Taman Shamelin, Cheras. Aku sempat lepak-lepak kejap dengan kawan-kawan aku dekat BRJ Wangsa Maju tu.

Memula kemalasan melanda diri sebab dorang ajak keluar dah lewat petang. Aku memang tak suka keluar dah nak petang sangat ni. Tapi takpe lah sebab motor hebat aku ada dekat rumah so, senang sikit nak bergerak ke sana ke sini.

Okay, sebelum keluar kawan aku ada cakap yang dorang nak ajak makan Burger Bakar dekat area-area Wangsa Maju tu. Aku pun iya kan ajelah sebab bila dengar rasa macam tak berminat pun, rasa mcm tak excited pun nak makan.

Tapi bila sampai-sampai aje kedai burger tu, aku tengok penuh orang duk beratur. Kemudian kami order lah, apa ke benda ntah nama burger tu. Aku xdengar. Aku main angguk aje. Tapi burger beef lah kan. Bila order aje kami di siap bagi no giliran lagi.

Dapat no 37. Masa kami datang tu no. baru aje sampai 21. Mak aii. Memang tak boleh lama lagi ke tunggu? siap dapat no. Hebat betul kedai ni. Hehehe. Takpe la. Tunggu aje lah sebab kawan aku kata burger ni sangat sedap.


Haaaaa. Ni lah burger bakar tu. Serius besar gila burger ni. Mulut aku memang tak muat nak makan! Woahahahhaha. Nampak aje burger ni terus aku jadi excited, no wonder la ramai orang kan. Rupa aje dah menarik perhatian. Belum lagi rasanya.

Perghhh! Memang terbaik lah burger bakar ni. Sedap sangat-sangat! Korang patut pergi cuba makan burger bakar ni. Mesti korang akan rasa ketagih macam aku. Hehehhee. Harganya pulak not bad lah kami order dua set dan satu ala carte and total semua RM36.


Nampak tak aku pegang? bukan main susah lagi, tak tengok lagi aku macam macam mana, bukan main comot lagi, tak boleh bawak pergi majlis langsung. HEHEHE. Apa pun terima kasih kepada kawan aku, ANNE NORDIN sebab sudi belanja kawan kau yang paling comel ni makan burger yang paling best sekali. Hehe.

KBAI~

Sunday, February 19

Perumpamaan yang di reka sendiri.

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak cerita pasal perumpamaan. Perumpamaan ni adalah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Perumpamaan ni biasanya dimulakan dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.

Perumpamaan yang biasa kita dengar :

1) Bagai aur dengan tebing yang bermaksud tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
2) Bagai duri dalam daging bermaksud sesuatu hal yang tidak menyenangkan.
3) Bagai isi dengan kuku bermaksud persahabatan yang sangat erat
4) Bagai kacang melupakan kulit bermaksud orang yang tidak tahu mengenang budi ; dan
5) Bagai menatang minyak yang penuh bermaksud mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang.

Yang atas ni memang betul lah perumpamaan. Guna perumpamaan ni memang lah bagus tapi masalahnya sekarang aku ada seorang kawan ni, dia memang budak pandai and macam comel-comel sikit peragai dia. Kawan aku ni dia suka-suki aje buat perumpamaan sendiri. Contohnya macam ;

"Weh! Cuba kau tengok lelaki tu! Muka dia macam KOKO CRUNCH"


"Bunyi kau gelak macam bunyi ANAK KUCING KENA PIJAK doh!"

dan macam-macam lagi lah. Aku rasa macam nak tergelak pun ada. Perumpamaan yang dia kasi tu tak kena langsung. Ada ke muka orang di sama kan dengan koko crunch? Aku pun tak dapat nak bayangkan. Ini bukan indah dan ringkas,namanya, ini namanya lagi merumitkan dan langsung tak indah! Grrr~


So, lets meet my sengal friend Nurfarahnina Binti Rahim. From first sem until now! Hehe. Sayang kau doh! ^^

Okay okay, entry ni sebenarnya takde kena mengena langsung dengan perumpamaan kan? AHAHA. Abaikan~

Thank you for reading. KBAI~

Perbezaan zaman kanak-kanak dahulu dan sekarang.

Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak zaman, aku rasa zaman kanak-kanak aku dulu adalah zaman yang paling best sekali. Kadang-kadang bila teringat zaman kanak-kanak dulu boleh buat aku sengeh sorang-sorang macam kerang busuk! Ngeee :D

Masa zaman aku kanak-kanak dulu, budak-budak area rumah aku kebanyakkan semuanya lelaki. Jadi, perangai aku pun dah macam perangai lelaki dah kadang-kadang. Mana tak nya, mereka masuk longkang, aku pun ikut masuk longkang, mereka mandi lombong aku pun join sekali, mereka main tangkap-tangkap berudu aku pun sama ikut tangkap berudu juga.


Aku rasa kalau budak perempuan lain mesti main masak-masak, main barbie doll, main kahwin-kahwin. Kan kan? HAHA. Aku tak pernah merasa main benda tu semua, yang aku tahu main bola sepak, galah panjang, tiga selipar, konda-kondi, gasing, lawan pemadam, main card, main nyorok-nyorok, main kejar-kejar, main yoyo, main game digimon and banyak lagi lah.

Yang paling aku suka sekali main nyorok-nyorok sebab aku suka menyorok. Bila time aku jadi, kena tangkap kengkawan yang menyorok aku dah malas nak main, aku kira-kira sampai 50 lepas tu aku blah balik rumah terus. Tak cari pun kawan-kawan aku! HAHAHA. Jahat x aku? :P Penat dorang menyorok, aku tak cari pun. Hehe.

Kalau nak ikutkan budak-budak sekarang ada ke lagi main semua benda-benda ni? Rasanya macam dah tak ada aje. Aku tengok banyak aje berudu dalam longkang tu hidup aman tanpa di ganggu oleh kanak-kanak. HAHA.

Budak-budak sekarang mana lah nak main gasing, or main mainan yang dulu-dulu ni. Sekarang semua layan game online aje. Berlambak-lambak lah budak-budak pergi Cyber Cafe duk menghabiskan duit mak bapak main game. Huhu.

Lepas tu mak bapak beli kan gameboy, ipad, psp bagai untuk anak-anak dorang. Perghh! Untung lah kecik-kecik dah pegang ipad main game kan. HAHA. Dulu pergi sekolah curi-curi bawak mainan, dam ular lah, saidina lah. Budak sekarang curi-curi bawak ipad pergi sekolah. Haa. Kau hado? hahaha.

Yelah aku faham, zaman makin lama makin maju. Teknologi pun makin lama makin canggih kan? Kena ikut la peredaran zaman ye dak? Hehee. Btw, aku sangat rindu kawan-kawan aku dekat rumah lama dulu. Damn! Ingat lagi tak dorang dekat aku agaknya? Ehehe ^.^

KBAI~

Friday, February 17

Belum sampai jodoh.

Assalamualaikum.

Korang semua tahu kan, this year unofficially umur aku 24tahun. Aku rasa macam masa terlampau cepat berlalu sebab aku rasa macam baru aje lepas ambil SPM last year. Arghhhh! Kenapa la bumi ni berputar laju sangat eh? Huhuhu.

Next month, dua lagi rakan sekolah aku akan ke jinjang pelamin. Salah sorangnya adalah kawan rapat/baik aku sendiri Siti Zubaidah binti Mohd dan seorang lagi adalah rakan sekelas aku semasa aku di tingkatan 5, Faadhilah Noor Mohamed.


Tahniah aku ucapkan sebab dorang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Aku sekarang tengah blur nak kasi hadiah apa untuk wedding dorang. Bernanah kepala otak aku fikir nak kasi hadiah apa, somebody please help me? -________-

Aish ! Kawan-kawan aku dah banyak dah yang dah kahwin. Siap dah beranak pinak dah. Aku ni aje haa lone ranger belum ada yang berkenan nak jadikan aku isteri. HAHAHAHA. Kawan pun kawan dengan budak-budak bawah umur dari aku, kadang-kadang sampai aku terlupa yang aku ni lebih tua dari dorang.


Tak apa lah. Maybe belum sampai jodoh. Alah! 24tahun muda lagi kan? bergetah-getah! buat relex jelah. Kahwin awal-awal nak buat apa kan? Enjoy dulu! (ayat nak sedapkan hati) HAHA. Aku target nak kahwin umur aku 27/28 tahun. So, ada masa lagi 4 atau 3 tahun lagi nak cari calon suami.

Hehehe. Lect kat kolej aku banyak yang muda-muda, jangan sampai aku ngorat lect aku je kang! HAHA. Takde lah gurau je! =P Lepas ni aku nak sambung Degree pulak. Mak aku suruh sambung dah alang-alang tengah study. Dah habis degree baru cari kerja. Alamak umur aku 27 thn la baru terhegeh-hegeh nak cari harta. Hmmm.

Takpe-takpe orang kata kalau nak cari ilmu tu biar sampai ke liang lahat ye tak? (ayat sedapkan hati sendiri lagi) Hehehe. Selagi boleh cari ilmu, kita cari. Okay lah, kalau korang ada idea nak kasi hadiah apa untuk wedding kawan-kawan aku ni. Boleh la share dengan aku dekat kotak comment bawah ni ya!

KBAI~

Thursday, February 16

"The story of us - Second giveaway"

# Click banner for more information #

TAG : A | B | C

Wednesday, February 15

Kota Keriangan Genting Highlands.

Assalamualaikum.

Last week aku telah ke Genting Highlands bersama rakan kolej aku. Aku sebenarnya dah boring main game dekat Genting tu sebab rasanya tahun lepas (2011) baru aje pergi dengan kekasih hati "kawan"aku. Now pergi dengan kawan-kawan pulak.

Tahun lepas aku pergi dengan bermodalkan RM50 sahaja sebab ada pakej. Now 2012 aku tanya, mereka kata tak ada pakej lagi untuk this year. Tiket bus and skyway pergi dan balik RM18.20 if aku tak silap lah. Lepas tu tiket masuk outdoor RM50 and if outdoor + indoor RM60. So, kira macam dah mahal la xde pakej.


Macam biasa aku just ambil outdoor sahaja. Semua games kami main, semua games aku tak menjerit kecuali game spidermen tu. Yang lain aku rasa macam dah tak ada perasaan aje main, kawan-kawan aku pula menjerit sampai nak terkeluar anak tekak.


Habis aje main semua games, kami kelam kabut balik sebab tiket bus kami pukul 7.30 nasib lah sempat habiskan semua games outdoor tu. Last sekali kami main game Sungai Rejang, habis basah kuyup pakaian kami kena air. Nasib baik lah memang dah nak balik lepas tu.


Hehehe. Memang seronok lah. Nanti tahun depan nak pergi lagi. Eh! Taknak lah pergi dah. Aku teringin nak pergi Universal Studio. Tapi belum ada geng. Hikhok ^.^

KBAI~

Tuesday, February 14

Pemenang EYFAalias 1st Giveaway.

Assalamualaikum.

First of all aku nak minta maaf sebab agak lewat sedikit nak umum pemenang giveaway ni seperti yang aku janjikan. I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry. I'm sorry. HEHE ^_^ Harap korang semua tak marah ya!

Okay aku pilih pemenang ni secara cabutan. Bukan guna random.org tu sebab ramai yang tak kasi aku guna random sebab katanya macam tak fair. So, aku rasa alternative lain yang aku ada hanya dengan cabutan bertuah. Korang okay kan?

Semua pemenang ni bukan aku yang buat cabutan, tapi kawan aku. Untuk lihat senarai peserta ataupun no betuah korang [RUJUK SINI]. So here we go.

Wallet Fossil (Genuine Leather) yang bernilai RM199 - NO. 83

Dua (2) tiket wayang TGV Cinema (Expired 30 April 2012) - NO.29 & NO.2

TAHNIAH di ucapkan untuk pemenang-pemenang 1st EYFAalias Giveaway! Hadiah boleh di tuntut sehingga 21/2/2012 dan selepas itu sebarang tuntunan tidak akan di layan. Hadiah akan di post selepas tamat tarikh tuntunan. Para pemenang sila inbox aku di Facebook korang punya Nama, No. Cabutan Bertuah, Alamat & HP no.


Yang tidak berjaya jangan putus asa ya! Boleh cuba lagi next time! Thanks pada semua 99 peserta yang telah memeriahkan 1st giveaway aku ni. Terima kasih banyak-banyak! =) Jumpa lagi ^^

Friday, February 10

Someone special.

Assalamualaikum.

"HAPPY BIRTHDAY to Arwah Yeop Mohd Fadhly Bin Alias, tomorrow 11/2. I'll always pray for you, insya-Allah & I love you bro. I miss you :'/"


Al-Fatihah :'(

Aku dah pandai masak!

Assalamualaikum.

Sejak duduk rumah sewa ni aku rasa macam aku makin rajin ke dapur. Maksudnya kira aku makin rajin la memasak. Sebelum ni kalau mak aku panggil aku ajak tolong masak mesti aku selalu pura-pura tidur aje. HAHA

Ya ya aku tahu aku kejam sebab pura-pura tidur tapi nak buat macam mana aku dah memang tak suka nak masak-masak ni. Tapi sejak duduk sendiri dekat rumah sewa ni tangan aku ni rajin pulak nak cuba-cuba masak. Huhu.

Macam-macam aku cuba masak, memula cuba masak bihun goreng. Rasa macam tawar-tawar and kurang sedap lagi. Lepas tu aku cuba masak nasi goreng pulak. Not bad ah cubaan kali kedua. Lepas tu try masak lauk pulak. Masak lauk ayam masak halia dengan ayam berlada.

Perghh! Sumpah lepas aku habis masak aje aku senyum sampai koyak rahang weh sebab kawan aku puji cakap SEDAP. Haha. Tak tidur malam aku duk sengih sorang-sorang memikirkan aku dah pandai masak. HAHAHA.


Dulu nak masak telur pun tak lepas, sebab minyak belum panas aku dah masukkan telur. Sekarang aku rasa macam aku dah boleh kahwin dah. HAHAHA. Sukanya ! Esuk lusa nak try masak ayam masak lemak cili api pulak. Hikhok ^^

KBAI~

Thursday, February 9

Ayah & Ibu

Assalamualaikum.

Credit :  [ LINK ]

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.

Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.



Tetapi:



Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.

Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.

Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.

Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.

Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

P/S : Renung-renungkan wahai sahabat ^_^

Wednesday, February 8

Wordless Wednesday | Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum


"Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia " - Ustaz Azhar Idrus

Don’t go breaking my heart.

Assalamualaikum.


Celestial Movies is Asia’s top channel for exclusive TV premieres of the latest Hong Kong blockbusters and Asian movies. Starring Louis Koo & Daniel Wu, you’re sure to get addicted to this romantic and charming love triangle, and in conjunction with the hit Kong Kong romantic movie ‘Don’t Go Breaking My Heart’, Celestial Movies want to send YOU to Hong Kong!

All you have to do is answer 1 of two simple questions and write a short explanation on their Facebook page: Which one of the guys would you pick to marry? OR Which one of the guys would you prefer to be?

The winning answer will win a trip to Hong Kong for 2 inclusive of accommodation and a tour to some of the shooting locations from the movie! Other finalist prizes up for grabs include Samsung GALAXY Tab 10.1 and Carrefour vouchers. Not only that, the winner and finalists will even be featured on Celestial Movies!

Monday, February 6

Eh! Tukar lagi~

Assalamualaikum.

Sebelum ni korang tahu kan aku pakai handphone apa? Samsung Galaxy Ace. Aku baru aje tukar handphone 4 bulan lepas. Sekarang ni aku rasa macam nak tukar lagi aje. HAHA. Yelah aku tahu aku suka membazir. Mak ayah aku dah selalu dah nasihat tapi nak buat macam mana, aku ni degil.
Ni adalah handphone yang aku cadang nak beli. Blackberry Curve 4. Bukan cadang nak beli malah dah beli dah pun. HAHA. Handphone lama aku, aku dah tolak RM500 kira topup sikit ajelah untuk beli handphone ni. Hehe.

Itu aje aku nak bagitahu. Lepas ni boleh lah kita BBM en en? Hikhok ^^ Terima kasih sebab sudi baca! Ehem~

KBAI~

Saturday, February 4

Azura 2012 sangat membosankan!

Assalamualaikum.

Korang semua dah tengok cerita AZURA yang baru keluar panggung tu? Aku baru tengok semalam. Aku rasa macam nak suruh Aziz M. Osman pulangkan balik aje duit aku. Cerita tu KOSONG! Rugi aje kalau korang tengok.


Ni yang buat aku sangat-sangat malas tengok cerita Melayu. Tak ada input langsung. Eee aii. Nasib baik tiket free. Kalau tak memang rasa macam membazir gila.! So aku sarankan JANGAN TENGOK CERITA AZURA kalau korang taknak kebosanan dalam panggung. Hehehe.

KBAI~


 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com