Sunday, February 19

Perumpamaan yang di reka sendiri.

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak cerita pasal perumpamaan. Perumpamaan ni adalah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Perumpamaan ni biasanya dimulakan dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.

Perumpamaan yang biasa kita dengar :

1) Bagai aur dengan tebing yang bermaksud tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
2) Bagai duri dalam daging bermaksud sesuatu hal yang tidak menyenangkan.
3) Bagai isi dengan kuku bermaksud persahabatan yang sangat erat
4) Bagai kacang melupakan kulit bermaksud orang yang tidak tahu mengenang budi ; dan
5) Bagai menatang minyak yang penuh bermaksud mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang.

Yang atas ni memang betul lah perumpamaan. Guna perumpamaan ni memang lah bagus tapi masalahnya sekarang aku ada seorang kawan ni, dia memang budak pandai and macam comel-comel sikit peragai dia. Kawan aku ni dia suka-suki aje buat perumpamaan sendiri. Contohnya macam ;

"Weh! Cuba kau tengok lelaki tu! Muka dia macam KOKO CRUNCH"


"Bunyi kau gelak macam bunyi ANAK KUCING KENA PIJAK doh!"

dan macam-macam lagi lah. Aku rasa macam nak tergelak pun ada. Perumpamaan yang dia kasi tu tak kena langsung. Ada ke muka orang di sama kan dengan koko crunch? Aku pun tak dapat nak bayangkan. Ini bukan indah dan ringkas,namanya, ini namanya lagi merumitkan dan langsung tak indah! Grrr~


So, lets meet my sengal friend Nurfarahnina Binti Rahim. From first sem until now! Hehe. Sayang kau doh! ^^

Okay okay, entry ni sebenarnya takde kena mengena langsung dengan perumpamaan kan? AHAHA. Abaikan~

Thank you for reading. KBAI~

10 comments :

Ahmad Haziq Azlan said...

ayat ayat yang mula dengan macam tu boleh jadi bidalan

Azzah said...

susah nak bayangkan dengan perumpamaan mcm tu..muka mcm koko crunch?warna coklat la tu?..:)

ZaroL said...

I liokeeee ayat koko krunch tu..haha. Ok2...aku da bole imagine cmne. =)

wanabee said...

koko crunch ?
hahahahahaha..
adakah bermaksud
mukanya berwarna coklat2 dan berkerak ranggup sama seperti koko crunch? alahaaaaiii

lawak2 ..nice entry btw ..
:D

H.J said...

kesian lelaki tu..haha

Diyana Norman said...

hahaha... aku ade jugk kawan camtu...

comel ur fren

faridah nazurah said...

hahaha comel je..

zureen said...

koko crunch? jahatttt.. hohohoo

Ckin Kembaq said...

apa maksud muka mcm coco crunch?hehe

lisa said...

haha tu dah mcm bukan perumpamaan lagi dah.. dah mcm memerli dan mengejek pun ade ! :P

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com