Friday, February 10

Aku dah pandai masak!

Assalamualaikum.

Sejak duduk rumah sewa ni aku rasa macam aku makin rajin ke dapur. Maksudnya kira aku makin rajin la memasak. Sebelum ni kalau mak aku panggil aku ajak tolong masak mesti aku selalu pura-pura tidur aje. HAHA

Ya ya aku tahu aku kejam sebab pura-pura tidur tapi nak buat macam mana aku dah memang tak suka nak masak-masak ni. Tapi sejak duduk sendiri dekat rumah sewa ni tangan aku ni rajin pulak nak cuba-cuba masak. Huhu.

Macam-macam aku cuba masak, memula cuba masak bihun goreng. Rasa macam tawar-tawar and kurang sedap lagi. Lepas tu aku cuba masak nasi goreng pulak. Not bad ah cubaan kali kedua. Lepas tu try masak lauk pulak. Masak lauk ayam masak halia dengan ayam berlada.

Perghh! Sumpah lepas aku habis masak aje aku senyum sampai koyak rahang weh sebab kawan aku puji cakap SEDAP. Haha. Tak tidur malam aku duk sengih sorang-sorang memikirkan aku dah pandai masak. HAHAHA.


Dulu nak masak telur pun tak lepas, sebab minyak belum panas aku dah masukkan telur. Sekarang aku rasa macam aku dah boleh kahwin dah. HAHAHA. Sukanya ! Esuk lusa nak try masak ayam masak lemak cili api pulak. Hikhok ^^

KBAI~

6 comments :

faridah nazurah said...

wahhhh bangga aku jadi KAWAN BAIK kau.. nanti kau masak la utk aku gak..

H.J said...

memang kena minyak panas dlu eh baru blh masuk telor?

♥ Cik Zack's ♥ said...

hahaha syiok nye dh pndai masak :)))

Diyana Norman said...

haha same lah... sy pun tgh blaja masak skunk.. kire ok lah dr dulu kui3x

shiema sufian said...

boleh jumpa mak mertua dah ni (:

GadisARMY said...

kalo dok umah sewa otometik pndi msak.. kite pown same la.. hihi

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com