Tuesday, May 31

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip


Haaaaa. Korang dah join GA yang Nisa Menaip anjurkan? Perghhh! Hadiah dia sumpah gempak. Eyfa join kerana dah di tag dengan si MYZ. ZIEMA tadi. Lagi pun sebelum ni memang eyfa bercadang nak join pun. Dah alang-alang kena tag join ajelah terus. HAHA. Hadiah dari GA kali ni di taja khas oleh :

Macam biasa lah kalau nak tahu lebih lanjut pasal GA ni korang boleh CLICK SINI sahaja. Sekarang ni semuanya di hujung jari korang je. HAHA. Eyfa tag dekat semua orang yang baca entry ni. Sila lah merajinkan diri untuk join okay? =D

KBAI~

Kalau saya dapat RM300


Assalamualaikum.

KALAU EYFA DAPAT RM300................................

Pertama sekali mesti lah ucap "Alhamdulillah" sebab dapat rezeki lebih kan? Kena lah bersyukur. Hehe. And say thanks kepada penganjur contest ni=D Second, eyfa maybe akan buat bayar "yuran atap" duit tu bila masuk kolej nanti. Sebab selalu eyfa bertungkus lumus kumpul duit sebab nak bayar duit atap ni. Grrr ! Hmm. Lagi kalau lah eyfa dapat RM300 ni eyfa nak repair camera abah yang eyfa dah rosakkan tu. Perghh ! Abah belum tahu lagi camera tu dah rosak. Mati eyfa kalau dia tahu! so, kalau dapat RM300 boleh la betulkan camera ni :'((

Errr. Lagi apa eh? Hmm. Itu pun kalau lah dapat kan RM300 ni? Hehe. Rasanya itu sahaja kot sebab sekarang ni duit laju je habis macam air. Kalau eyfa dapat RM300 ni eyfa boleh lah buat semua yang eyfa nak buat apa yang eyfa dah senaraikan kat atas tadi ni. Ringan sikit beban di bahu ni. Huhuhu.

Nak tahu siapa yang nak bagi RM300 ni? [RUJUK SINI] Haaa. kali ni eyfa nak tag dekat sesiapa yang berminat nak join. Malas nak paksa-paksa. Huhu. Okay korang boleh tengok terma dan syarat-syarat contest ni DEKAT SINI and tarikh tutup contest pada 15 JULY 2011.

Wish me a big luck yaw!
KBAI~

Aku nak bunuh diri. Tolong jangan halang aku :((

Assalamualaikum.

Semalam dah seronok sebab dah nak dapat Pinjaman MARA. Hari ni sedih pulak sebab result exam dah keluar. Erghhh! Serius rasa tension and rasa mcm nak bunuh diri. Tolong lah sesiapa tolong bunuh eyfa? HAHHAA.

)!@$%&**()(%R#$@##*((**&(@~!{"}|*& Haaaaa. Kan dah kena mencarut ! Padan lah muka kau eyfa, nasib baik carry mark tinggi okay lah jugak result. Kalau carry mark tak tinggi hari tu. Mau failed semua subject kalau nak harap final je.

Malas nak memekak banyak-banyak. Hari ni taknak MAKAN SEHARI (padahal tengah puasa sebab tu xnak makan). Huhhh. Kalau lepas ni eyfa tak update-update blog maknanya eyfa dah....................

BUNUH DIRI ! ! ! Hahahahaha (macam berani je!) tolong jangan halang eyfa okay. Sob sob sob :((
KBAI~

P/S : Bukan tak bersyukur dengan result ni cuma tak puas hati dengan diri sendiri je :(

Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan..........

Hai. 

Malam ni eyfa tak boleh nak tidur lah. Tak tahu kenapa? Iskk! Dah lah malam ni rasa macam panas sangat ! Adoi. RASA MACAM NAK TIDUR DALAM PETI AIS aje malam ni. Boleh tak ? -.-"

Okay di hening malam yang sungguh indah dan mempersona ni. Eyfa terfikirkan seseorang.  Dia dah berjaya membuat eyfa jatuh cinta pandang pertama dekat dia! Iskk. Sekarang ni eyfa tidur tak basah. Makan tak lena duk fikirkan si dia.

Eyfa rasa kan kan kan kan......Eyfa dah jatuh cinta lah dengan ........................... Nak tahu siapa? Alah ! Malu lah. Korang mesti kenal dia. Iskk. Miaw miaw !! =D Okay lah. Eyfa kasi tau la siapa okay? Jeng jeng jeng!

*





*





*





*




Eh kejap ! Tak boleh upload plak !




*





*





*





HAAAAA. Amacam handsome tak? HAHA. Eyfa tak minat Daim. Eyfa suka notty boy macam BOTAK ni. Aummm ! Alaa sian dia kena buli dengan ayah ya ? Meh sini meh sayang kat eyfa meh. HAHAHA ! =D DAIM KORANG BOLEH AMEK. BOTAK, EYFA PUNYA !!!
KBAI~

Monday, May 30

Buat contest/bloglist tapi................

Assalamualaikum.

Sekarang ni ramai blogger-blogger yang rajin buat contest kan? Buat bloglist pun ramai jugak. Eyfa pun ada jugak lah join sikit-sikit untuk support mereka. Hehe. TAPI yang tak sedapnya.....bila dah ada orang join contest or bloglist yang mereka anjurkan. CAKAP TERIMA KASIH PUN TIDAK. Syarat-syarat bukan main lagi siap nak suruh buat entry bagai untuk diaorang. Bila dah buat macam TAK HARGAI je. Sekurang-kurangnya ucaplah TERIMA KASIH!

Itu pun susah ke? Adoi. Agaknya busy sangat lah kot kan sampai tak sempat nak ucap terima kasih. Duhh! Berlagak sungguh. Abang B.A tu pun tak ada berlagak macam diorang. Abang B.A ada jugak ucap 'thanks' ! Diaorang? -.-" elok-elok orang nak join contest/bloglist korang terus rasa macam tak ada mood. "Eh! dia ni tahu tak aku join contest/bloglist dia? tak ada respon pun? diam je" HAHA.

Lepas tu dah buat contest/bloglist, tak update-update pun pasal contest/bloglist tu. Agaknya tarikh tutup contest/bloglist tu sampai kiamat agaknya sebab tu tak reti nak update. Haaa. Contest yang lama terbengkalai buat lagi contest baru. Macam ni punya blogger pun ada. Tolong lah settle kan yang lama dulu. Dah bersawang contest tu. HEHE.

Okay ! Entry ini eyfa tak di tujukan kepada sesiapa pun. No heart feelings okay? TAPI kalau nak sentap jugak eyfa tak tahu. Siapa makan aiskrim dia yang rasa sedap. 

KBAI~

Semuanya di sebabkan BEN ASHAARI !!!

Assalamualaikum.

Pagi-pagi eyfa bangun terus tengok blog. Perghhh! Followers eyfa dah semakin bertambah. Rasa macam tak percaya aje. Hehe. Ni semua gara-gara ABANG B.A, terima kasih banyak-banyak sebab buat rajin buat segmen untuk promot blogger-blogger baru macam eyfa ni. Thanks sangat-sangat ! =)


Oh ya! Pada mereka yang belum vote ABANG B.A dekat Digi WWWOW Awards untuk hari ini, korang boleh CLICK SINI untuk vote okay? Vote jangan tak vote. Bukan lama pun nak vote. Seminit tak sampai. Tak baik kedekut vote tauuu ! Tolong menolongkan amalam mulia? Eyfa dah vote untuk hari ni. Korang bila lagi? =)

Semalam di sebabkan ABANG B.A buat segmen BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER, eyfa punya UV menaik gila babeng semalam. Selalu tak sampai 100 pun UV semalam terus naik jadi 3++ UV eyfa. Huhuhu. Thanks again ABANG B.A =)

Haaaaa. Semalam ABANG B.A comment entry kat blog eyfaaaa ! Rasa macam tak percaya je. HAHA. Bangga 5 minit. Hehehee. Okay okay dahh! Sampai sini je =D

Oh ya ! Korang semua jangan lupa follow twitter eyfa DEKAT SINI. Boleh lah kita borak-borak, kenal-kenal dan merapatkan apa yang perlu di rapatkan. HAHAHA.

KBAI~

P/S : Entry kali ni memang khas untuk puji ABANG B.A je =D HAHA

Sunday, May 29

Eyfa mintak maaf :((

Assalamualaikum.

ATTENTION PLEASE ?

Pada rakan-rakan blogger yang baru follow blog eyfa, firstly eyfa nak ucap thanks okay sebab sudi follow blog eyfa. Huhu. Then eyfa mintak maaf kalau eyfa tak follow balik sebab kebanyakkan korang tak tinggalkan jejak and kat profile pun tak ada link korang sendiri untuk pengujung view blog korang. Pada yang dah tinggalkan link nanti eyfa terjah dan follow balik okay.

Pada yang rasa-rasa dekat profile pun tak ada LINK KORANG. Korang RUJUK SINI cara-cara macam mana cara nak show link korang dekat profile okay? And then kalau dah tukar sila tinggalkan comment bawah ni untuk eyfa blogwalking.

Thank you =)

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


BEN ASHAARI buat segmen lagi ! Walaupun eyfa selalu tak bertuah tapi eyfa still nak join juga. Jangan putus asa macam Abang B.A ! Hehehe. Btw, korang jangan lupa VOTE BEN ASHAARI kat SINI dulu okay? Support lah sikit beb. Ni tak ! Nak suruh undi pun malas. Eeee aii. Babab kangg!!! 

Macam biasa kalau nak join segmen Abang B.A ni sila KLIK SINI tauuu. Opsss! Lupa segmen ni terbuka kepada blogger yang mempunyai followers under 500 seperti eyfa ! DI ULANGI, UNDER 500 ! Get it? ^.^ Okay dah. Sampai sini je.

KBAI~

P/S : Kejap lagi feed blog eyfa mesti penuh dengan segmen Abang B.A ni. Hahahaha

Barcelona JUARA beb !! Penyokong Man United jangan sedih ! :p

Assalamualaikum.


FUHHHH~ Malam tadi Barcelona telah merangkul kejuaraan ke-empat Liga Juara-juara dengan bergaya selepas membenamkan M.Naited 3-1 dalam aksi di Stadium Wembley.

HAHA. Dangggg~ Sebenarnya eyfa tak tengok pun bola ni. Layan pun tidak. Eyfa copy dari sini je ayat atas tu. HAHA. Saje je nak kasi gegar konon-konon nak jadi gadis nak layan bola en? Hik hik hik! Malam tadi tengok AF aje. Lepas tu tidur sampai ke pagi. Bila masa nak layan bolanya? Layan dalam mimpi ajelah. HAHA.


Eyfa tak puas hati betul lah LENA tak tersingkir tadi malam. Grrrrr~ Menyampah tengok Lena tu. Kenapa lah dia tak keluar aja malam tadi? Dah lah gedik. Eeee aiii. Tarik rambut kang baru padan muka. HAHAHA! Apa-apa pun eyfa suka FINA dapat immuniti ! Nasib lah si LENA tu tak dapat! Padan muka dia. HAHA. Eyfa sebenarnya tak minat pun si Fina ni. Eyfa minat HAZAMA. Haha. Mesti korang kata eyfa ni cakap tak serupa bikin en? Kejap suka tu, kejap suka ni. Hehehe. 


Eyfa tak suka siapa-siapa pun sebenarnya. Tapi dalam banyak budak AF9 tu HAZAMA menjadi pilihan hati. Kawtimmmm~ HAHA =D

Kbai~

Tak sangka dapat BE dari Nuffnang. Woah!

Assalamualaikum.

Happy sunday guys =D Tak berjalan ke hari ni? Hehe. Tadi eyfa tergerak hati nak tengok Nuffnang eyfa. Alhamdulillah masa eyfa check kejap tadi tetiba tengok dapat BE baru dari nuffnang. Woah! Rasa macam jakun pulak sebab eyfa jarang dapat BE. 

Maklum lah, trafik tak tip top macam korang. Followers pun baru 2rat lebih. Sob sob sob :(( Hmm. Apa-apa pun eyfa tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Thanks korang sebab support blog eyfa =)


Ternyata Nuffnang tak pilih kasih, walaupun eyfa punya blog UV tak sampai 100 pun sehari nuffnang tetap kasi BE kat eyfa. Hehehe. Seronoknyaaaaa ! Tak sia-sia pilih nuffnang. AND eyfa baru check tadi eyfa dah dapat STATUS KEAHLIAN GLITTERATI dari Nuffnang. Lepas ni boleh lah ping entry dekat INNIT. Hehe. Sukanyaaaaaa =D Sayang Nuffnang <3

Tahu tak apa beza kalau kita jadi AHLI GLITTERATI and BUKAN AHLI GLITTERATI? tak tahu? Eyfa pun tak tahu masih cuba nak paham kan. Job tengok bawah ni apa perbezaannya and kita pahamkan sama-sama. Hehehhe. Siapa yang dah pro tu boleh lah share ilmu kat sini nanti okay? =D


WOW! banyak faedahnya bila jadi ahli glitterati ni. Korang juga boleh naikkan trafik dengan ping kan korang punya entry dekat Innit. Hehe. Eyfa pun baru cuba-cuba nak tengok innit ni macam mana? Dorang kata bagus =)

Haaaa. Churpchup korang macam mana? dah dapat earn? Hehe. Siapa belum sign up Churpchurp boleh SIGN UP DEKAT SINI okay? ^.^

KBAI~

Saturday, May 28

Jom follow memollow kat twitter :)

Assalamualaikum





Haaaa. Eyfa tahu semua orang da TWITTER kan kan kan ? Jangan nak bohong. Tak america lah kalau tak ada twitter zaman sekarang ni. HAHAHA. Eyfa rasa bebudak sekarang ni dah tak layan Facebook sangat kan? Sekarang more to twitter right? =)

Follow EYFAalias on Twitter

Okay, apa kata korang yang ada twitter tu jom kita exchange link twitter kat sini untuk merapatkan silaturahim lagi. TINGGALKAN AJE LINK TWITTER KORANG KAT KOTAK COMMENT BAWAH NI. Tak susah kan ?

Link eyfa dah ada atas tu, JUST FOLLOW nanti eyfa akan follow balik. Jangan risau. Relex. Nanti boleh lah kita keep in touch kan kalau ada twitter. Laju sikit dari Facebook. Hehehe. Jangan lupa follow and tinggal link twitter korang untuk eyfa okay? :)

KBAI~

Tanya Fahmi: Buli, Buli Dan Buli!!!!


1) Buat entry tajuk macam entry ni.


#DONE!


2) Linkkan entry anda ke entry ini.


#DONE!


3) Kalau nak indah sikit entry korang tu, boleh la letak header baru aku kat entry korang. Tak ada paksaan. Haha..


#DONE!



4) Jawab soalan-soalan berikut

-Apa yang anda faham dengan perkataan buli?

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati dan takut pada mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang sangat tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.


-Anda ada pengalaman dibuli ataupun membuli? Kongsikan..

Alhamdulillah setakat ni tiada pengalaman di buli ataupun membuli. Setakat kena ejek and bahan tu ada lah masa zaman sekolah dulu. HEHE



-Kalau anda dibuli disekolah, apa anda akan lakukan?

Okay seriously eyfa rasa eyfa tak akan kena buli dekat sekolah dulu sebab abang-abang eyfa dulu "kaki buli" so, takkan ada orang berani usik adik pembuli kan? HAHA. but tak ada lah buli sampai ada yang tercedera cuma buli-buli biasa je.

TAPI seandainya eyfa kena buli, eyfa akan melawan balik sebab eyfa bukan jenis yang mudah patuh and turut perintah orang lain.


-Hayati situasi ini...Anda seorang yang sangat nakal dan pada suatu hari senior anda telah pukul anda untuk memberi pengajaran. Apakah tindakan anda? Mengadu kepada ibu bapa dan serang sekolah atau terima ia sebagai satu pengajaran?

Eyfa dulu kat sekolah memang nakal sikit. Hehehe. Kalau eyfa kena pukul eyfa akan mengadu dekat abang and abah eyfa lepas tu eyfa akan pastikan 'perkara' ni sampai ke ibubapa orang yang pukul eyfa tu biar dia tahu dengan siapa dia cari penyakit. HAHA.


-Hayati situasi ini...Anda mempunyai seorang anak yang sangat nakal dan perangai macam tutt..Tiba-tiba suatu hari dia mengadu ada senior pukul dia. Apa yang akan anda lakukan sebagai seorang ibu ataupun ayah??

Eyfa cari budak yang pukul anak eyfa tu sampai dapat. Kalau boleh jumpa parents dia settle elok-elok. Kalau teruk anak eyfa kena pukul eyfa akan report polis perkara ni sebab budak-budak sekarang perangai makin buas. Hari ni dia pukul esuk lusa entah apa pulak kan? :)


-Apa pengajaran anda dapat dari segmen ini?

Pengajarannya kita sebenarnya tak perlu nak tunjuk 'samseng' and perasan hebat dengan membuli orang-orang yang lemah. Perkara ni akan jadi serius macam sekarang sampai ada yang terbunuh dan terlantar di hospital akibat di buli dan di pukul oleh kaki buli kat sekolah tu. Jadi ini adalah sesuatu yang tak elok dan pengaruh yang tak baik utk remaja.


5) Tag 2 orang kawan anda yang rasa-rasa mereka itu mangsa buli ataupun kaki buli.

6) Letak link entry anda ke ruangan komen entry ini.

#DONE!


BERMINAT NAK JOIN ? CLICK HERE FOR MORE INFO =)

Apa CHURPCHURP tu sebenarnya?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia =)



Hai.....Pernah dengar pasal CHURPCHURP? Tak pernah? Elehhhh. Tipu lah tu tak pernah. Hehehe. Eyfa percaya ramai blogger yang dah tahu pasal Churpchurp ni. Okay! Churpchurp ni sebenarnya sebuah media pengiklanan under Nuffnang. Korang mesti tau nuffnang tu apa kan? Konsepnya sama aje cuma churpchurp tak keluarkan iklan di blog dan iklan juga kita yang pilih. Itu perbezaannya.

Dengan Churpchurp kita boleh pilih iklan yang kita minat untuk share dengan menggunakan social network sama ada melalui Twitter [Meh ler follow eyfa], Facebook, Blogspot, Tumblr and many more. Korang akan di bayar atas kadar yang ditetap kan. Selalu nya 20sen hingga 40sen per click. Okay sembang banyak pun tak guna, jom tengok macam mana churpchurp bertindak :)


BERMINAT? Tunggu apa lagi? Siapa yang belum daftar boleh daftar kat SINI ! Tiada pembayaran di kenakan. Jangan risau. HEHEHE. Eyfa dah earn RM11.11 :) Korang bila lagi ? Huhuhu. Kalau korang rajin share iklan lagi banyak lah churpchurp bayar korang. Hehe.


Sebelum mengakhiri entry kali ni. Cuba try test korang click iklan eyfa kat bawah ni. Ehehe. Alaa, cuba lah cuba lahhhhh ! Satu click je. Tak baik kedekut tauuu. Iskkk =) Jangan segan-sengan nak click ya. Terima kasihhhh ^.^

Janji tinggal janji !

Assalamualaikum.

Okay seriously eyfa tengah sangat geram and marah sekarang ni. Eeeee aiiiii ! Eyfa paling menyirap bila orang dah janji nak keluar lepas tu esuknya bila nak keluar call tak angkat, message pun tak reply. Derr ! Lu ingat wa ni tunggul ke der? MENYIRAP NI MENYIRAPPP! Kalau tak jadi keluar cakap tak jadi awal-awal. Takde lah orang tertunggu-tunggu kat sini.


Lelaki ke perempuan ke semuanya sama! Apa lah nasib dapat kawan-kawan macam ni. Kadang-kadang cakap tunggu sana pukul 3 petang. haaa. Lepas tu dah pukul 5 baru nak nampak batang hidung. POKEMON betul lah! Kalau lambat lain kali jangan suruh gua datang awal beb! Lu nak suruh gua jadi guard kat situ ke? Sekali gua dah membebel lu jugak tak larat nak dengar. GRRRRR~

Sakitnya hatiiiiii~ Macam mana nak hilangkan sakit hati ni? Hmm. Nasib baik ada Angry Birds boleh jugak lepas geram kat 'baby-baby' tu! Dah la !

KBAI~

Friday, May 27

Cerita kartun dulu lagi best dari yang sekarang!

Assalamualaikum.

Korang masa kecik-kecik suka tengok kartun apa? Hehehe. Kalau zaman eyfa kecik-kecik dulu banyak snagat kartun yang best-best sampai nak basuh kasut sekolah pun malas nak habis kan tengok cerita kartun punya pasal. HAHA. 

Tapi sekarang cerita kartun kat TV tu makin merepek and makin tak besh oh. Itu bagi eyfa lah kan. Kalau korang suka kartun-kartun sekarang takkan eyfa nak marah pulak en? Lain orang lain selera ye dak? JOM TENGOK KARTUN APA YANG EYFA SUKA TENGOK DULU =)

Sailormoon =)
Dragon ball =)
Digimon
Pokemon
USOP Sontorian
Anak-anak sidek
Keluang Man
CARDCAPTOR SAKURA

and banyak lagi lah ! Penat pulak nak search kat google. HAHAHA. Korang suka tengok kartun apa? Naruto? Ben 10? Detective Conan? Chin Chan? Errr. Apa ntah lagi. Banyak kartun yang merepek je lebih. HAHA. Eyfa tak minat. Wekkk =D 

KBAI~

Saya Nak Join Bloglist Andyhowtt


Ehemm ehem. 
Tadi eyfa blogwalking terjumpa benda menarik. Huhuhu.
iaitu "Bloglist Andyhowtt". Apa lagi tunggu?
Jom lah join. Hehehe.
Eyfa nak join sebab nak support sesama blogger and
tambah kenalan lagi kat dunia blogger ni.
Nak join and tahu syarat-syaratnya? CLICK SINI
=)

Lelaki lebih kacak berbaju melayu =)

Assalamualaikum.

Woah ! Awal korang bangun ? Ni mesti celik aje mata terus on lappy update blog. Huhuhu. Oh ya! Hari ni hari jumaat kan? Haaa. Pada kaum adam di luar sana tu jangan lupa sembahyang jumaat ya? Kebetulan dah hari jumaat ni, kalau lalu depan masjid aje mesti nampak jejaka dan jejaki kacak berbaju melayu. Seronok tengok lelaki berbaju melayu ni. HANDSOME kan kan kan? Ehemm =)


Bagi eyfa, eyfa suka tengok lelaki yang full set berbaju kurung melayu. Full set tu bermaksud siap bersongkok dan bersampin sekali. Woah ! Kalau time raya tu. Fuhhh ! Cuci mata beb. HAHAHA. Yang tak handsome pun terus jadi handsome bila pakai baju melayu. Tetiba jatuh hati tengok mereka. Hehhe.


Haaaaaa. HANDSOME kan ? Ce tengok gambar atas ni ? HAHA. Ni abah eyfa memang lah handsome. Pakai apa pun handsome. Hak hak hak =D Tapi kebanyakkan perempuan memang suka tengok lelaki berbaju melayu kan? kan? kan? Tanya lah mana-mana perempuan pn. Bila pakai baju melayu tu sejuk mata memang. Eeee aii.

Kepada lelaki kat luar sana tu jangan jadi macam abang eyfa ya. MALAS NAK PAKAI BAJU MELAYU. Time raya je dorang pakai. Kalau xde raya agaknya tak pakai la baju melayu tu. Huhuhu.

P/S : Jika anda yang di luar sana tu gemar memakai baju melayu please leave your phone number okay? Daaa~ HAHAHA :D

KBAI~

Thursday, May 26

Jom EXCHANGE BANNER dengan kite :D

Assalamualaikum.






Photobucket




Ehem ehemmm !! Hi semua ! Sihat tak? Ehem. Nampak tak benda duk berkelip-kelip atas ni? Ehem ehem. Ala, nampak tak? Iskkk. Dengki la korang ni buat buat tak nampak pulak. Sedih nyaaaa. Sob sob sob -.-" 

Actually eyfa baru buat banner. Huahuahua! COMEL kan kan kan? Akhirnya ada jugak eyfa banner sendiri. Selalu duk usha orang punya banner aje dengan perasaan cemburu yang membuak. Cisss! Sekarang eyfa dah tak jeles dah tengok banner orang lain sebab banner eyfa lagi kiut miut yaw! Hik hik hik =p 

Aik takkan korang tengok je banner eyfa yang cute ni? Tak rasa geram ke nak letak dekat SLIDEBAR korang? HAHA. Jom jom curik banner eyfa. Eyfa kasi kebenaran ni. Cewahh ! :D

Siapa yang ada banner moh la kite exchange berjemaah ya? Jangan la sombong. Tahu lah banner korang lagi lawa. Isk iskk. Cepat cepat ! Siapa nak exchange banner SILA COPY CODE DI ATAS dan lepas tu tinggalkan comment korang okay? Nanti eyfa letak banner korang pulak. Hope korang sudi exchange banner dengan eyfa =)

Yang dah exchange banner dengan eyfa boleh click SINI  untuk tengok semula :D


BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


HAHAHA. Syoknya Abang Ben ni rajin buat segmen.
Kali ni segmen terbuka kepada blogger yang ada followers under 1000 okay?
Kalau lebih xboleh join. Huhuhu
NAK JOIN ? CLICK SINI
=)

Pencarian Bloglist Boy Girl | Pendamba Mawar


Assalamualaikum. Eyfa nak join Bloglist lagi ! Kali ni PENCARIAN BLOSLITS BOY GIRL | PENDAMBAR MAWAR. Hehehe. Kalau nak join korang boleh CLICK BANNER kat atas ni. Lagi ramai lagi bagus. Support sesama blogger kan ? :) Okay eyfa nak tag dekat 2 orang blogger bertuah yang cantik rupawan untuk join bloglist ni, iaitu :


MRS. FARHAN

CIK EZY


Syarat-syarat :
  1. Follow blog Pendamba Mawar #DONE!
  2. Letak banner and link kan ke blog Pendamba Marwar #DONE!
  3. Nyatakan sama ada anda BOY or Girl #GIRL!
  4. Tag dua orang sahabat dan pastikan mereka tahu. #DONE!
KBAI~

BLOGLIST NMIRMO ^_^

2~> mirumo
Hai. Hari ni eyfa nak join BLOGLIST NMIRMO. Kalau nak join jugak boleh usha SINI. syarat-syarat dia senang aje macam kacang je. Cewahh! Huhu. Nickname ala-ala cute EYFAalias. Eyfa followers ke #623 and eyfa nak join group MIRUMO sebab dia paling cute (macam eyfa) daripada yang lain. HAHA. Okay itu sahaje.

KBAI~

Kentang pusing

Assalamualaikum.

Hari ni di sebabkan eyfa belum sarapan bagi. Tengah lapar ni eyfa kebetulan tiba-tiba teringin nak makan KENTANG PUSING kat pasar malam rumah eyfa ni.

Korang pernah makan kentang pusing? Tak pernah? Ngeh ngeh ngeh. Kentang pusing tu kentang yang telah di pusing. Err.. boleh ke explain macam tu? Haha. Tapi ada juga orang panggil KENTANG SPRING ! Takpe korang usha bawah ni macam mana rupanya kentang pusing/spring okay?


Nampak lazat en? Pernah makan ke? Sedappp. Kalau goreng macam ni makan dengan black paper. Perghhh lazat tak terkira. Tapi dekat pasar malam rumah eyfa selalunya dia dah siap bubuh sekali dengan sos and mayonis macam gambar bawah ni.


Mesti air liur korang dah menjejes en ? HAHA. Resepi? Haaaa. Bab resepi jangan tanya eyfa. Karang kalau guna resepi eyfa, eyfa rasa siapa yang makan boleh kena keracunan makanan seumur hidup. HAHA. Yang eyfa tahu beli dan makan. Masak-masak bukan bidang eyfa. HEHE.

Sabtu ni nak pergi beli lah kentang pusing ni. LAPAR ! LAPAR ! Kat rumah xde makanan. sob sob :(
KBAI~


Wednesday, May 25

Tips untuk blogger

Assalamualaikum.

Hari ni nak bagi tips lagi. Lepas kena review oleh MYZ. ZIEMA itu tiba-tiba tertimbul idea nak bagi tips. Tapi tips ni biasa-biasa je okay? Kalau yang dah otai tu maybe dah tahu lah kan. Kalau yang newbie macam eyfa ni maybe berguna untuk korang. Korang nak ikut takpe, taknak ikut pun takpe. Takde siapa nak marah. Hehe.

Image dari PAKCIK GOOGLE =)
  • BUTTON FOLLOWERS : Button followers ni penting. Lebih baik kalau korang letak widget followers on the top sebab kebanyakkan blogger tak berapa rajin nak scroll ke bawah nak cari widget follower korang. Huhu. And then jangan tukar widget followers tu dengan gambar atau icon yang cute miut tu. Kekalkan widget followers yang dah disediakan oleh blogspot lebih afdal :)

  • TULISAN : Tulisan atau pun font yang digunakan dalam content gunakanlah tulisan yang mudah dan sesuai untuk di baca. Kalau tulisan tu dah berpintal-pintal, senget benget sangat kan susah nak baca. Huhu.

  • STYLE TULISAN : Haaa. Kalau boleh jangan lah guna tulisan "euww euuwww" bak kata INI ANWAR HADI tu okay? Setengah orang maybe boleh paham sebab dorang sejenis dengan korang. Buatnya mat/minah skema yang baca blog korang tak ke jem kepala otak dorang nak baca blog korang? shortform boleh tapi jangan lah short sangat sampai orang xpaham kan? :)

  • LAGU : Kalau boleh tak payah letak lagu sebab memberatkan lagi blog korang. Kalau kiteorang nak dengar lagu kiteorang boleh bukak youtube okay? :D Kalau nak letak pun boleh juga tapi jangan letak autoplay. Kita punya minat lain-lain kan? Kang bukak blog ni Aishiteru bukak blog tu pn lagu sama. Tension dengar. Opsssy. Sorry =D

  • WIDGET MEREPEK : Korang tau tak widget yang terlampau banyak boleh memberatkan blog korang? Ni widget jam pun nak bubuh. TAK PAYAH lah kot sebab lappy eyfa pn ada jam. Huhu.

  • LETAK SHOUTBOX : Ni penting untuk pengujung korang tinggalkan link so, senang korang nak tahu siapa yang keluar masuk blog korang kan? tapi yang paling menyampahnya orang salah guna. Datang blog semata-mata cari shoutbox pastu tinggal jejak tanpa baca entry korang pn. Lepas tu siap paksa kite follow lagi. Ciss!

  • DIALOG BOX : Haaa. Yang ni sangat annoying oh. Lebih elok kalau tak letak. Ni setiap kali pengunjung buka pop up window baru mst nak kena layan dialog box ni. "SELAMAT DATANG" sampai 8x. Lepas tu nak close tab pun ada gak? "SILA DATANG LAGI" Naik fed up nak tekan benda alah ni aje. Malas nak datang dah ! Huhh !! -.-"

Okay itu sahaja. Akhir kata majulah suka untuk negara. Terima kasih dan selamat beramal. Ngeh ngeh ngehh =) KBAI~

Header percuma dari KYLA

Assalamualaikum.

Tadi masa duk selongkar-selongkar ping dekat SB terjumpa satu blog ni. Dia offer untuk buat header free. Eyfa pun dengan pantas nya mengeklik entry tersebut untuk mengetahui lebih lanjut. HAHA. Kalau nak header free jugak korang boleh CLICK SINI.

Tapi eyfa tak tahu sampai bila lah dia nak offer ni. Baik korang cepat. Hehe. Eyfa punya header dah siap dah. Thanks KYLA. Korang nak tengok header yang Kyla buat? Jom tengok......

*




*




*




*




*




*




*

*

CUTE KAN? Mesti korang jeles ! HAHA. Seronoknyaa. Nanti tunggu eyfa buhsan dengan header yang eyfa buat nanti eyfa bubuh header yang Kyla buat pulak okay? Terima kasih daun keladi, laki kali Kyla tolong buatkan lagi eh? HAHA. KBAI~

P/S : JOM TERJAH BLOG KYLA BERJEMAAH =)

Kekasih terbiar angkara Angry Birds?

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Sihat tak? If sihat alhamdulillah. Kalau tak sihat g mamam ubat ya? Hehehe. Actually sejak kebelangan ni eyfa selalu abaikan 'ehem-ehem' eyfa. Hmm. Bukan sengaja. Ni semua gara-gara eyfa dah active berblog and tambahan pulak sekarang ni dah addicted main game ANGRY BIRDS tu. HAHA.


Korang mesti tau kan game Angry Birds tu? HAHA. Sekarang ni famous orang main game tu. Takkan lah tak tahu? Tak cool lah korang ni. Cewahh! Ada rasa mcam nak hempok tak bila eyfa cakap macam tu? HEHE. Padahal orang lain dah berabad main, eyfa baru start main kelmarin. Hehehe. Btw, Angry Birds ni comel gila oh. Rasa macam taknak tinggalkan lappy aje bila dah start main game tu. 'Ehem-ehem' eyfa message pun eyfa tak reply semata-mata khuyuk sangat main game tu. Hehehe.

Malam tadi 'ehem-ehem' eyfa siap cakap "KALAU SAYANG SAYA TUTUP LAPPY TU. KALAU SAYANG GAME TAK PAYAH LA TUTUP" Hahaha. Eyfa pun kelam kabut tutup lappy tu. Padahal jam dah nak dekat pukul 1 pagi eyfa still main game tu. Nasib la dia suruh tutup agaknya kalau tak suruh pukul 3 4 pagi baru tutup. HAHA.
Pagi-pagi pun selalu bangun-bangun je terus capai hp sebab nak wish good morning. Bajet-bajet sweet lah kan? HAHA. TAPI today bangun-bangun terus bukak lappy main Angry Birds. Hahaha. Hari tu dia pernah cakap "Hmm. Dapat edit blog je terus lupa kat saya" sekarang ni pulak "Best sangat ke game tu sampai awak lupa kat saya?"

Budak Merajuk ! HAHA
Adoi ! Eyfa eyfa. Patut lah lelaki cepat bosan dengan kau eyfa. Macam ni rupanya perangai. Cissss ! HAHA. Okay okay. JANJI LEPAS NI TAK BUAT LAGI. Hehe. "Eleh. Hari ni janji esuk buat lagi. Saya kenal awak" Hahaha. Kali ni janji betul-betul. Tak tipu =D

Eh! Dah dah. TERjiwang pulak kat sini. HAHA. Mesti korang meluat baca kan? Haha. Ala jiwang-jiwang pn ada pengajaran jugak. Moral of the story JANGAN SESEKALI ABAIKAN ORANG YANG KITA SAYANG SEMATA-MATA UTK MAIN GAME. Heeee. Errr! itu kira pengajaran jugak kan? Oh! Bukan eh? Haha. Apa-apa ajelah.

KBAI~
Thanks for reading =)

Tuesday, May 24

Ini ke yang di namakan kawan?

Assalamualaikum.


Korang ramai kawan tak? mesti best kan sebab ramai kawan. Eyfa dulu pun ramai kawan. TAPI KAWAN YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN yang banyak. Kawan yang boleh di buat kawan tak banyak. Hmmm.

BFF ? Best Friend Forever? Hakkk tuihh! Tak pernah wujud istilah BFF dalam kamus hidup eyfa. Mati kubur lain-lain jugak. Huhuhu. Kawan yang baik patut ada di samping kita waktu susah dan senang tak kira apa yang jadi. Tapi kebanyakkan kawan sekarang semua kawan time senang aje. Kan?


Bila kita senang, berduyun-duyun kawan. Sampai tak terlayan. Bila time susah? Mintak tolong sikit je dah seribu alasan. Tapi bila dorang susah, pandai pulak cari eyfa? Lagi-lagi bab duit. Agaknya duit yang mak abah kasi eyfa memang untuk tolong kawan-kawan je. Hmm. Kadang-kadang dah muak dengan perangai kawan-kawan macam ni. Nak tegur, kawan. Tak tegur pun kawan. Karang sound kecik hati pulak kan. Iskk. Tak tahu lah nak buat macam mana.

Bila dah tolong, kasi pinjam duit. TAK RETI NAK BAYAR. Eyfa nak mintak banyak kali pun dah naik segan. Keluar dengan gf/bf berjoli sana sini ada duit? Nak bayar hutang takde duit? Takpe. Eyfa malas nak cakap banyak. Korang tunggu aje kat akhirat nanti okay?

Nak suruh halalkan? Perghh. Kalau dah sorang hutang rm50 kalau 8 orang dah berapa? Itu kalau pinjam rm50, kalau lebih? HAHA. Sorry lah kalau nak halal. Terus terang eyfa cakap JANGAN HARAP! Time eyfa susah, mintak hutang semua taknak tolong. Padahal mintak tolong bayar hutang je pun. Perangai macam taik!


Tak apa. Korang semua jawab kat akhirat nanti. Kalau hutang satu sen pun dh boleh melambatkan kita masuk syurga. Ni kan hutan rm50 dan ke atas. Haaa. Padan lah muka korang. Bila buat baik korang pijak kepala. Haaa. Rasa kan kat akhirat nanti!!!

FUHHH! -.-" Lega dapat luahkan.

Monday, May 23

MEATBALL IKEA 'TAK HALAL'?

Assalamualaikum.


Siapa sini suka makan meatball dekat Ikea? Dengar cerita tak halal. Betul ke? Eyfa baru tahu. Itu pun lepas baca blog RARA. Err. Korang semua dah tahu eh? Eyfa ajelah yang tak tahu lagi ni? Cisss! Bedebah punya Ikea. Dah pelahab eyfa duk melantak meatball tu baru nak cakap tak halal ! Eee aii. Geram sungguh ! Tapi tak apa sebab dulu nenek eyfa pernah cakap KALAU KITA TAK TAHU MAKANAN TU HARAM, KITA TAK BERDOSA. Fuhh! Naib baik.

Tapi lepas ni kena berhati-hati lah sebab kat Malaysia ni dah terlampau banyak kes macam ni. Hmm. Lepas ni makan nasi lauk ikan masin ajelah. Tak payah nak bajet mat salleh makan meatball dah. HAHA.

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Untuk maklumat lanjut KLIK SINI =)
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com