Thursday, May 5

Lelaki tak berguna!

Hai.

Dulu eyfa ada seorang kawan ni. Dia dah berumahtangga. TETAPI masalahnya suami kawan eyfa ni bagi eyfa lah kan dia adalah suami yang tak berguna. sebab apa? Meh eyfa nak cerita.

SITUASI 1

Isteri : Awak nak keluar ke? Tolong belikan saya goreng pisang RM2.
Suami : Okay =)

5 minit kemudian si suami pun pulang.

Suami : Nah! Goreng pisang yang awak pesan.
Isteri : Thanks awak.
Suami : NANTI JANGAN LUPA GANTI RM2 UNTUK DUIT GORENG PISANG TU.

Dari situasi kat atas ni, apa yang ada dalam fikiran korang tentang suami dia? Bukan ke tanggungjawab suami untuk memenuhi keperluan si isteri? Bukan ke tugas suami bagi nafkah zahir & batin dekat isteri? tapi GORENG PISANG RM2 PUN NAK BERKIRA KE? Duh -.-"

SITUASI 2
Isteri : Awak, dah hujung bulan ni saya tak ada duit belanja lah nak pergi kerja.
Suami : Hm. Saya ada RM4 aje tapi nanti jangan lupa ganti balik. Saya tak ada duit ni.
Duh! Kawan, suami awak sangat annoying lah okay? Abah eyfa pun kasi duit belanja pergi sekolah dulu RM5. Ini kan nak pergi kerja bagi RM4? NAK MAKAN APA? Duit minyak kereta lagi? Adoi. Kenapa lah kawan eyfa dapat suami macam tu? Kesian betul.

Gambar Hiasan
Dah lah kawan eyfa kahwin dengan suami dia tu guna duit kawan eyfa. Kiranya suaminya berhutang duit kahwin dengan kawan eyfa ni. Kawan eyfa pun satu, ntah apa punya lelaki lah dia pilih? Hari tu kawan eyfa bercerita lagi. Lepas raya tahun lepas mereka ada bergaduh and si suami ni ada TERLAFAZ cerai dekat kawan eyfa ni. Eyfa pun nasihatkan kawan eyfa suruh pergi Mahkamah kat Taman Keramat tu untuk failkan kes ni sebab suami dh lafaz maknanya dah jatuh talak tu pada isteri. Kebetulan eyfa time tu kerja dekat pejabat peguam so, tahu lah sikit-sikit bab ni. 

Si suami punyalah menggelabah bila dapat tahu yang kawan eyfa ni pergi Mahkamah tanya pasal lafaz cerai hari tu sah ataupun tidak? Rupanya lafaz yang tak sengaja keluar dari mulut suami dia tu SAH. Dan bermakna jatuh talak. Suami dia kelum kabut nak rujuk balik dengan kawan eyfa ni. Lepas tu................eyfa dah tak tahu cerita pasal kawan eyfa ni sebab terlost contact, eyfa tukar number hp ari tu. Ngeh ngeh! =)

Sebenarnya ada lagi beberapa cerita yang kawan eyfa luahkan dekat eyfa. tapi cerita tu sangat mengaibkan. So, eyfa cerita masalah yang biasa-biasa aje. Hmm. Masa eyfa kerja dekat law firm tu pun ramai sangat perempuan minta cerai sebab suami tak bagi nafkah ZAHIR. Adoi. Sekarang memang musim ke apa? -__-"

7 comments :

BudakBosan said...

harap2 dpt suami yg tak berkire...hukhuk...nak ckp lelebey pun tkt sbb sndiri belum kawen kan..huaaaa

kc kasedah said...

kalau dulu : duit suami duit kita,duit kita duit kita la kan kan.

sekarang : duit suami duit dia,duit kita pun duit dia jugak.

nak dptkan laki yg buleh support semua da takde da semua tuu. kalau ada pun,BERSYUKUR LAH :)

EYFAalias said...

budak bosan, nak berkira boleh. tapi tak semua boleh berkira. kalau goreng pisang pn berkira. tak payah la jd suami macam tu.

EYFAalias said...

KC. memang lah. tapi ta patut la goreng pisang pn berkira. huhu

☺MissNJZ☺ said...

Haihhh parah dpt laki gitu..nseb la ekk...

btw, singgah kembali ni =D

EYFAalias said...

hehehhee. memang parah :D

Abang Stalker said...

itu da kira taik idung masin tu,bkn taik idung je,sume2 masin.puiii!

kedekut sgt,prmpn mana la nk.

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com