Wednesday, May 4

Kategori Blog

Boleh dikatakan , sekarang ini terdapat berjuta-juta blog di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai kategori. Setiap blog tersebut mempunyai niche masing-masing. Namun begitu, niche blog tersebut pasti akan tergolong di dalam satu kategori tertentu. Bagaimana seseorang blogger itu menentukan kategori blog pilihan yang sesuai ? Adakah seseorang blogger memilih kategori blog tersebut mengikuti permintaan ramai atau hanya sekadar memenuhi citarasa diri mereka sendiri ? Terpulanglah ya, kedua-dua faktor itu ada keburukan dan kebaikan masing-masing. Mari kita kaji serba sedikit mengenai pemilihan kategori blog. 



Blog Peribadi 

Ya tidak dinafikan ada juga blogger yang membina blog hanya untuk diri mereka sendiri. Blog tersebut telah dijadikan bagai sebuah diari oleh blogger tersebut. Ada yang menceritakan mengenai kehidupan seharian mereka dan ada juga yang mengeluarkan sebarang pendapat mengenai isu semasa di blog mereka. Sebuah blog peribadi selalunya kurang mendapat trafik tetapi bila kredibiliti diri mereka telah terbina maka tidak hairan sebuah blog peribadi juga mampu mendapat trafik yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika blogger tersebut merupakan seorang yang terkenal seperti seorang selebriti ataupun seorang usahawan yang berjaya.

Blog Perniagaan

Zaman sekarang ni heboh orang memperkatakan mengenai penjualan produk fizikal ataupun digital secara online. Sistem penjualan secara online ini amat memudahkan pelanggan kerana mereka boleh mendapatkan barangan yang dikehendaki tanpa perlu pergi sendiri ke kedai. Oleh kerana itu, ramai peniaga yang telah mengambil kesempatan ini untuk menggunakan blog sebagai medium pengantaraan mereka dengan pelanggan. Sudah ramai peniaga yang menjana keuntungan menjual produk mereka hanya melalui blog sahaja walaupun ketika itu peniaga tersebut berurusan dengan pelanggan hanya berkain pelikat sahaja. Ramai pengguna internet mencari barangan keperluan mereka di internet sahaja .

MUCH LOVE BY :  EYFAALIAS

11 comments :

Unknown said...

tia jawab dulu soalan eyfa oke !
boleh pasang nuffnang dengan advertlets , tapi eyfa mesti tau kan nuffnang ada status gliteratti ? so , kalau eyfa curang dengan nuffnang status tu akan hilang ..

Unknown said...

oh oh, baru eyfa tahu. ehehhehehee. thanks tia :)

Unknown said...

memang gile ah eyfa advertlets ni . kejap kejap naik RM0.01 . banyak tuuuu . kalau nuffnang, mak aihhh . lame bebeno ..

aik , ada 2 jenis blog aje ? hehee . Tia tak tergolong pun dalam dua2 tu . hehee ~ Tia bagi maklumat ajee . hik3x !

Unknown said...

yup . apakata fokuskan pada satu iklan dulu . Tia guna advertlets aje dan alhamdulillah , kejap aje naik ..

Unknown said...

Tia, ni aje info yang eyfa tahu. So, taruk aje mana yang tahu. hahaha. Karang salah teruk info kena saman plak :p

Unknown said...

eyfa pun nak try advertlets dulu. sbb nuffnang bg eyfa 50sen je ta naik2 :(

Unknown said...

blog serba-serbi yang banyak skg ni. haha

Unknown said...

blog serba serbi ? blog carca merba ada x? ahaha

myzziema said...

ziema punya blog kategori peribadi. suka hati je nak cakap apa yang ziema suka. hakhak. kadang2 entry mengarut pun ada =.=

Unknown said...

hahahaha. sama lah kite. entry peribadi., hehhee

Mr.Superman said...

abg entri gle2 :D blog gila.

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com