Saturday, May 14

Dari tak suka terus jadi SUKAAA !


Hai. Apa khabar semua? Nak tanya ni, korang semua suka math tak ? Hehe. Dulu masa eyfa SPM math eyfa sumpah kantoi. Tapi tak la kantoi sangat. Sipi-sipi aje dah nak kantoi. Huuuuu. sebab eyfa dulu memang bebal gila math ni. Sebab banyak sangat formula kan? So, tak tahu nak guna yang mana. HAHA.

Kawan-kawan eyfa pun banyak yang tak suka math. Ada yang kata math ni susah, math ni payah, math ni tak best and so on. Eyfa pun dulu selalu membebel pasal math ni susah. HAHA. Betul ke? Sesetengah orang dia memang pakar dalam nombor-nombor ni. Tetapi cuba bagi orang yang pandai math ni menghafal note. MEMANG HANCUR. Macam budak class eyfa, dia memang pandai math tapi bila subject lain aje dia lah yang paling bebal. HAHA. Opsss. sorry, bukan bebal. Cuma tak berapa pandai. Maaf ! Maaf ! Tersilap menggunakan bahasa :p

Tapi sekarang ni eyfa tak tahu lah kenapa eyfa suka sangat math ni. SUKA SANGAT? Err. Tak lah suka sangat tapi sekurang-kurangnya xde lah membebel yang math tu susah, tak best ke apa. Sekarang ni eyfa dah masuk Kolej Poly-Tech MARA ni eyfa rasa macam best aje belajar math. Sebab apa best? Sebab dalam exam lect bagi formula and kite tak perlu serabut sangat nak menghafal. 


One more thing, lect yang mengajar eyfa tu pun bagus orangnya. Dia ada cakap masa mula-mula class dulu "SIAPA YANG TAK SUKA MATH, SAYA AKAN BAGI AWAK SUKA MATH BILA DAH BELAJAR DENGAN SAYA" lebih kurang macam tu lah ayat dia. Mula-mula eyfa rasa macam "Eleh. Dah dari azali aku tak suka math, belajar macam mana pun aku tetap ntak suka math" Haaaaa. Lain kali jangan cakap tak suka, kan sekarang dah sukaaa ! Korang tengok skrg? Eyfa dah suka math! HAHAHA. Ni semua lect tu punya pasal lah ni! Thanks Madam Emi =)

Alhamdulillah sekarang kalau ada kuiz, or exam markah math eyfa semua boleh di ketegorikan dalam ketegori MEMUASKAN. Ngeh ngeh ngeh ! By the way, esuk eyfa ada final exam untuk MATH, eyfa harap semuanya akan berjalan lancar. Tak macam semalam, boleh pulak 'BOCOR' time tengah jawab exam dalam dewan. Peghhh! Terpaksa la tunggu semua orang balik dulu untuk cover line -.-"

SEKIAN =)

8 comments :

Abang Stalker said...

hi eyfa..:) thanks dtg blog abg.Abg follow adik jg.apa2 pun abg ske math. ;) suka sgt!subjek plg senang nk score.

rara pinkmafia said...

rara suke math,add math.masa kt poly math mst A,suke bile dpt settle prob tu =)

EYFAalias said...

thanks sebab sudi follow eyfa. hehe. tahu xpe. memang senang nak score kalau tahu guna formula :D

EYFAalias said...

RARA si mafia, hehehe. WAH! bagusnya masa dulu eyfa pn stdy kat poli. math eyfa selalu dapat B je :( skrg kat kptm selalu dapat A. Seronokkkk :)

cik ayin said...

tak suka math...pening tengok nombor

EYFAalias said...

hahahaaa. memang ramai yg xsuka math :D

.m y z. said...

ziema suka math since azali lagi. hehe. otak ni ntah camne ntah boleh deal dgn nombor. password ziema pun semua pakai nombor. panjang lagi tapi boleh hafal. ahha.

ada kawan ziema, dia terer bio tapi dia tak minat math. dia cakap bab nombor2 ni mmg susah nak lekat ah. tapi dia complaint2 macam mne pun, math dia ttap mantap. geram je. dah tau terer, still nak cakap mcm tu =.=

EYFAalias said...

hahahahaa. dia rendah diri lah tu. ehehe. eyfa dulu tak suka math langsung. asal jumpa math je rasa macam nak pitam. ahaahhaa

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com