HAI.
Ramai orang-orang sekarang suka pakai braces or pendakap gigi kata melayu nya, tak kira lah kanak-kanak, org dewasa, remaja and etc. Sekarang macam dah trend remaja zaman sekarang kan? Yang gigi cantik pun sebuk juga nak pakai braces. Huhu. Tahu tak korang yang hukum memakai Braces adalah haram di sisi Islam? Eyfa baru tahu pasal ni masa tengok Soal Asyraf dekat Astro hari tu. Eyfa just nak share info pasal hukum memakai braces a.k.a pendakap gigi.
Jom kite tengok......
Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam,Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)
Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).
Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.
8 comments :
yeke doh? ramai jugak wkn aku buat braces. mahal kan? aku tak mampu :)
buat lah kat kerajaan, murah je ! ahhahaa. eh. aku ni. makin galakkan plak. hehehee
nak buat mende ni, kena la menabung 2 3 tahun..huhu
hahaha. kalau selalu anak orang kaya. merengek sikit kat mak ayah. dapat la :D
THANKS FOR INFO :)
tapi kalau pakai untuk tutup aib, daripada org duk mengata takpe kann. yang peliknya, ada yang gigi dah cantik dah, duk gatai2 jugak nak pakai braces.
p/s : ziema pun pernah terpikir nak pakai jugak dulu. nak betulkan struktur gigi. hehe. ziema nak buang ada lebihan daging kat gigi tapi bila tengok kos and azab orang yang pakai, rasanya baik KIV dulu. tengok lah macam mana nanti.
kalau sampai mengaibkan BOLEH PAKAI. tapi kalau saje2 pakai. gigi tak teruk mana pn senget sikit pn nak pakai memang la berdosa. huhu
owh..x jd la nk pki.bru ingat nk pki bwh je da cantik nk cantik lg :P
x bole le lg..batalkn niat dibulan puasa ni.hurm..:)
Post a Comment