Tuesday, May 3

Tahukah anda tentang KEBURUKAN dan KEBAIKAN blog?

Assalamualaikum bagi yang Muslim, and salam sejahtera untuk yang Non-Muslim okay? =)


Firstly, korang tahu kan blog ni ada kebaikan dan ada keburukannya? Blog ni berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris dan berbahasa Melayu di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari. 

Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:

• Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
• Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
• Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’.
• Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru.


Namun, blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau buruk sesebuah blog sebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog tu, cemana orangnya, cemana attitudenya, perangainya dan kawalan emosinya.

Keburukan blog yang utama adalah:

• Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah.
• Blog Di gunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti.
• Menyebarkan SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog.
• Sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan  
  wajah sebenar.
• Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang bersangkut-paut dengannya

Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat. Akhir kata, happy blogging to all friends :)

Sumber dari http://www.scribd.com



MUCH LOVE BY :  EYFAALIAS

3 comments :

myzziema said...

tapi kan, ziema ada dapat komen berbentuk spam. tapi daripada kawan sendiri. takkan lah dia nak bagi spam pulak kat kita kan. kak eyfa tau tak effect kalau kita approve comment berbentuk spam? pada masa yang sama komen tu komen pasal entry. bukan ada apa2 pun. camne erk?

Unknown said...

entah. eyfa pn ada sekali dapat comment spam tapi approve xde pape pn. huhu.

Mr.Superman said...

kebaikan blog:

dpt kenal aweks2 seantero dunia. :P hahaha


keburukan:
patah hati dgn aweks2 seantero dunia. ;(

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com