Monday, May 16

16 Mei : Selamat Hari Guru


Assalamualaikum dan Sekamat Pagi. Today hari guru kan? Sebut pasal cikgu ni. Eyfa teringat masa kat sekolah SMK TAMAN KERAMAT. Selalu aje jadi buruan cikgu sebab eyfa selalu bising dalam class. Lepas tu gelak bukan main kuat  jangan cerita lah kan sampai cikgu disiplin pun datang class bawak rotan. Lepas tu dia cakap "KAMU TAHU TAK CLASS KAMU NI TERUK? CIKGU BANYAK COMPLAIN. SIAPA YANG PALING BISING DALAM CLASS NI?" Eyfa pun buat muka tak tahu bajet-bajet eyfalah yang paling pendiam. Haha. Tup tup tup! "AFIFAH. ZUBAIDAH. EMA. BERDIRI SEKARANG" Eyfa dah pelik nama tu macam kenal je. Hahaha. Pastu dari duduk belakang kena pindah depan sekali depan meja cikgu. Kah kah kah!

Itu masa form2. Masa form5 cikgu sains eyfa siap sumpah seranah kat geng-geng eyfa sebab selalu bising. "kamu..kamu..kamu.. kalau taknak belajar keluar sekarang" lepas tu kiteorang pun buat muka selumber la keluar. Then dia tanya "Eh! nak pergi mana tu?" Kiteorang pn jawab la "Nk keluar lah cikgu. Tadi cikgu juga yang suruh" Pastu cikgu tu buat muka blur. HAHA. 

Apa-apa pun walaupun eyfa degil tapi subject sains eyfa dapat 4 tau! Jangan main gila. Padahal menyampah kat sains ni.. HAHA. Cikgu tu pun dah pelik macam mana eyfa boleh dapat 4. Padahal exam kat sekolah selalu aje MERAH. Perghh! Ingat eyfa nakal-nakal otak tak bijak ke? Please laaa. Cewah belagak pulak. HAHA.


Okay, pada cikgu dekat SMK TAMAN KERAMAT eyfa ucapkan SELAMAT HARI GURU okay? Thanks sebab sudi melayan keranah anak-anak murid yang otaknya tak berapa nak betul ni. Tahu-tahu ajelah sekolah keramat tu. Semua wanted-wanted je. Haha. and tak lupa pada Lect kesayangan sepanjang zaman MADAM AZWANA ABD.RAHMAN, happy teachers day Madam! i love you. Ngeh Ngeh! Lect pun cikgu juga kan ? :)


2 comments :

Ujang9897 said...

hahaha..dah halau keluar lps tu blur..=)

tp pernah gak dpt situasi mcm tu..=)

EYFAalias said...

hahahaha. tau xpe. dah halau pastu bila keluar dia buat muka blur.

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com