Saturday, May 28

Tanya Fahmi: Buli, Buli Dan Buli!!!!


1) Buat entry tajuk macam entry ni.


#DONE!


2) Linkkan entry anda ke entry ini.


#DONE!


3) Kalau nak indah sikit entry korang tu, boleh la letak header baru aku kat entry korang. Tak ada paksaan. Haha..


#DONE!



4) Jawab soalan-soalan berikut

-Apa yang anda faham dengan perkataan buli?

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan dan kehebatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati dan takut pada mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang sangat tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.


-Anda ada pengalaman dibuli ataupun membuli? Kongsikan..

Alhamdulillah setakat ni tiada pengalaman di buli ataupun membuli. Setakat kena ejek and bahan tu ada lah masa zaman sekolah dulu. HEHE



-Kalau anda dibuli disekolah, apa anda akan lakukan?

Okay seriously eyfa rasa eyfa tak akan kena buli dekat sekolah dulu sebab abang-abang eyfa dulu "kaki buli" so, takkan ada orang berani usik adik pembuli kan? HAHA. but tak ada lah buli sampai ada yang tercedera cuma buli-buli biasa je.

TAPI seandainya eyfa kena buli, eyfa akan melawan balik sebab eyfa bukan jenis yang mudah patuh and turut perintah orang lain.


-Hayati situasi ini...Anda seorang yang sangat nakal dan pada suatu hari senior anda telah pukul anda untuk memberi pengajaran. Apakah tindakan anda? Mengadu kepada ibu bapa dan serang sekolah atau terima ia sebagai satu pengajaran?

Eyfa dulu kat sekolah memang nakal sikit. Hehehe. Kalau eyfa kena pukul eyfa akan mengadu dekat abang and abah eyfa lepas tu eyfa akan pastikan 'perkara' ni sampai ke ibubapa orang yang pukul eyfa tu biar dia tahu dengan siapa dia cari penyakit. HAHA.


-Hayati situasi ini...Anda mempunyai seorang anak yang sangat nakal dan perangai macam tutt..Tiba-tiba suatu hari dia mengadu ada senior pukul dia. Apa yang akan anda lakukan sebagai seorang ibu ataupun ayah??

Eyfa cari budak yang pukul anak eyfa tu sampai dapat. Kalau boleh jumpa parents dia settle elok-elok. Kalau teruk anak eyfa kena pukul eyfa akan report polis perkara ni sebab budak-budak sekarang perangai makin buas. Hari ni dia pukul esuk lusa entah apa pulak kan? :)


-Apa pengajaran anda dapat dari segmen ini?

Pengajarannya kita sebenarnya tak perlu nak tunjuk 'samseng' and perasan hebat dengan membuli orang-orang yang lemah. Perkara ni akan jadi serius macam sekarang sampai ada yang terbunuh dan terlantar di hospital akibat di buli dan di pukul oleh kaki buli kat sekolah tu. Jadi ini adalah sesuatu yang tak elok dan pengaruh yang tak baik utk remaja.


5) Tag 2 orang kawan anda yang rasa-rasa mereka itu mangsa buli ataupun kaki buli.

6) Letak link entry anda ke ruangan komen entry ini.

#DONE!


BERMINAT NAK JOIN ? CLICK HERE FOR MORE INFO =)

8 comments :

Cik Ezy said...

cik ezy prnh jdk kakibuli kat satu tmpt utk chatting..
pembuli di alam maya jela..
hahakkk..

EYFAalias said...

ceh ! nakal dia ni :D

.m y z. said...

wahh masa baca definition perkataan buli tu ziema rasa macam baca kamus dewan bahasa dan pustaka. tak pun baca wikipedia bahasa melayu. ahaks.

eh jap japppp chopp choppp. ZIEMA MANGSA BULI KE KAKI BULI? HAHAHAHAHA. kejammm :PP

EYFAalias said...

itu eyfa curik definition kat google sbnrnya. hak hak hak ! diam diamm. jangan bgtau org. rah sia kite jeee :P

ZIEMA KAKI BULI. hahahhaa

tia @ Ini Kisah Tia said...

oh adakah Tia mangsa buli atau kaki buli ? hahaa . thanks untuk tag ini dear .. sangat menghargai ;)

EYFAalias said...

tia mangsa buli sebab tia cm lembut2 je. ehehhee

run aziluz said...

singgah baca pasal buli. cute blog btw :)

EYFAalias said...

thankss :D

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com