Friday, September 28

Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu


Assalamualaikum.

Siapa nak kurangkan berat badan seperti aku? Aku ada terjumpa page Kevin dekat facebook and baru aja beli Ebook ni. Tapi belum baca lagi. Kejap lagi baru baca. Siapa nak diet juga moh la beli Ebook ni. Aku tengok comment and feedback semuanya memuaskan. 

Untuk maklumat lanjut tengok video bawah ni :



Wednesday, September 19

Party Sampai Pagi with friends.


Assalamualaikum.

Semalam habis sahaja dari Zumba aku pun follow lah kawan-kawan aku pergi melepak. Actually tak lah melepak sangat pun. Keluar sebab nak sambut birthday kawan aku punya kawan, Sya namanya tapi dah kira kawan aku lah sekarang kan sebab dah banyak kali lepak bersama. Hihi.

Kami tak rancang sebenarnya nak beli kek bagai sebab memula nak pergi belanja dia karoke aje sambut birthday dia kat situ lepas tu pergi makan-makan then entah macam mana tertimbul pula idea nak beli kek. Padahal yang bawa pergi beli kek birthday girl nya. HAHA. Sakai x?

Tapi kita orang kelentong dia kata nak beli barang. Padahal pergi beli kek. Acah-acah aje berlakon depan dia. Masuk masuk kerata dia tak perasan pun kami bawa masuk kek. Hehe. Kek tu kek ala kadar je sebab time tu dah pukul 10 malam nak singgah kedai mana-mana memang kebanyakkan dah tutup. Kami tibai aje kek apa yang ada. Tapi sedap juga rasanya.

Selebihnya biar lah gambar yang mencarita kan segalanya. Bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu. Ini aku nak tukar versi aku pulak. Setiap gambar ada cerita. Hikhiks.


HAPPY BIRTHDAY TO SYA, HAPPY BIRTHDAY TO SYA, HAPPY BIRTHDAY TO SYAAA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOUUUUU :*







Thanks for reading, ahaks. Hik hik hiks hmmm byeee byyeee hmm...byeeee *duck face* hmm byee... HAHAHAHAHAHA~ Tolong jangan tumbuk muka aku =P~

Thursday, September 13

Kurus sebelum 2013.


Assalamualaikum.

Sedar tak sedar sekarang dah masuk bulan September dah kan? Cepat betul masa berlalu. Aku rasa masa aku banyak terbuang dekat benda-benda yang tak berfaedah. Contohnya? Ala takkan nak kena bagi contoh. Faham-faham sendiri lah kan.

Seperti yang korang semua tahu aku sekarang tengah on diet starting on birthday aku 02 July 2012, dan masih di teruskan sehingga sekarang. Berat asal sebelum aku diet adalah 102KG dan sekarang berat aku dah turun kepada 89KG. Alhamdulillah~

Sebelum ni memang aku ambil Herbalife untuk membantu aku dalam pemakanan but now aku dah tak ambil herbalife sepenuhnya aku cuma ambil tea mix aja yang lain aku tak ambil. So far berat aku still turun di sebabkan aku jaga pemakanan and juga senaman aku.

Orang kata kalau diet kena 70% dari pemakanan kita and 30% dari senaman kita. But bagi aku kalau diet sahaja tanpa senaman effect dia lambat. But if buat both insya'allah akan dapat hasil yang cepat, cekap, dan pantas. Cewah! Haha.

Sekarang aku dapat cabaran baru iaitu turun 20KG within 2 months. Cabaran sudah pun bermula dan akan tamat pada 19/11/2012 dan peserta yang dapat turun 20kg akan dapat RM1000 sebagai ganjaran. Wow! $_$


Sekarang aku dah mula kawal makanan dan senaman yang aku lakukan supaya aku boleh menang RM1000 dan buktikan pada semua yang aku mampu ubah diri aku and aku nak buktikan dekat semua orang yang ejek-ejek aku tu yang aku boleh kurus dan cantik macam orang lain juga. Jyeah!

KURUS SEBELUM 2013. Caiyok~ Caiyok~!

Wednesday, September 12

Sesuatu untuk di kongsi.



Assalamualaikum.

Setelah baca status facebook di atas korang rasa tak ada kebenarannya tentang apa yang cuba tuan empunya status sampai kan? Aku setuju dengan status dia ni. Ada juga betulnya.

Berapa ramai orang yang baca status atau tweet mengenai kematian selepas taip comment "Al-Fatihah" kemudian mengangkat tangan sedekahkan Al-Fatihah untuk si mati? Aku rasa memang ada yang buat macam tu tapi tak ramai. Kan? Aku pun tergolong juga.

Bila aku baca status ni, aku tersedar. Bila aku taip "Al-Fatihah" tak bermakna aku dah berjaya sedekahkan surah tersebut untuk si mati. Ya! Ramai orang anggap benda ni perkara remeh tapi bagi aku tidak. Betul lah orang kata internet ni ada yang bagus nya and ada yang tak bagusnya :)


Berdoa juga sama. Kita selalu buat facebook or twitter sebagai tempat kita luah perasaan atau pun kadang-kadang kita nak berdoa pn kita taip kat facebook. Rasa-rasa cara tu boleh di terima ke? Memang betul lah sosial network ni memudahkan urusan kita tapi takkan urusan kita dengan Allah pun nak menggunakan facebook seperti tuan empunya status ni katakan?



Ini peringatan untuk semua termasuk diri aku sendiri. Renung-renungkan lah :)

Wordless Wednesday | Sama tapi tak serupa

 KEH KEH KEH!

Majlis Anugerah Dekan KPTM, Megaview Banquet Deck KL Tower

Assalamualaikum.

Semalam 10 September, 2012 Kolej Poly-Tech Mara telah mengadakan Majlis Anugerah Dekan di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur.

Actually pada permulaannya aku bercadang tak mau turut serta tapi fikir balik aku dah nak habus sem so, bila masa lagi aku nak ambil pengalaman macam ni lagi kan? So aku pun menghadirkan diri dengan berjubah biru kepunyaan emak aku sebab jubah aku beli sebelum raya hari tu dah gedabak besar. Huhu.


Amboi bukan main seronok aku dapat naik pentas, rasa macam nak naik lagi aje. Kena belajar sungguh-sungguh lagi sem ni baru boleh naik pentas lagi sem depan. HAHA. Aku tak banyak sangat ambil gambar. Ada lah dua tiga empat lima enam keping. Hikhiks.


Haziq Hamid // EA


EA // Hayati Bahudor // Madam Azwana Abd Rahman // Nurfadzlina Fadzlin // Raihatul Jannah


Atirah // Puty Nur Liyana Amira // Rina // EA // Nurul Ain



Nurfadzlina Fadzlin // Raihatul Jannah // Shahrul Nizam // EA


Human Resources Management Dean list's, KPTM KL

Ini ajelah gambar yang ada dalam bekalan aku. Nanti ada masa aku nak print out semua gambar-gambar ni. Lepas ni dah tak ada lagi macam ni. Kalau ada pun tak sama macam yang ini kan. Hehe.

Btw, tahniah pada semua kawan-kawan aku yang berjaya merembat dua anugerah. Semua ketemu lagi :D

Sunday, September 9

Peserta Bertuah Bloglist September 2012 by EYFAalias

Assalamualaikum.

Sorry sebab korang tunggu lama nak tahu siapa blogger bertuah untuk segmen hari tu. Disebabkan aku exam mid term dengan kesihatan tak berapa okay aku pun terlewat sikit update entry. Mohon maaf.

So here we go.



Kepada blogger bertuah ni. Sila inbox inbox aku di facebook (https://www.facebook.com/EYFAalias) berserta detail seperti di bawah.

Nama Penuh :
Alamat Penuh :
No. Telephone :

Sunday, September 2

Membuang masa di hujung minggu.


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Bagaimana hari minggu korang semua? Seronok ke? Mesti banyak yang dapat jemputan open house kan kan? Aku pun ada juga dapat jemputan tapi masa tak mengizinkan nak pergi kan. So, kirim salam aja lah. Tak ada rezeki.


By the way tadi aku ada pergi Wangsa Walk dengan siblings aku untuk teman adik bongsu aku beli Ipod Touch. Dia ni memang kaya sikit, mana ntah dapat duit aku pun tak tahu. Ni buat aku cemburu rabun ni. Aku pun nak juga Ipoh Touch. Ada sesiapa ada duit lebih nak? kot-kot tak tahu nak buat apa bak meh la belikan aku satu Ipod. Hikhiks~


Adik aku beli Ipod aku pun beli lah baju untu baby berry aku ni ha, dah lama tak berbaju baby aku ni. Kesian dia. Ini kira baju raya dia lah ni. Comel tak? Kuning menyala, kalah gigi korang yang tak gosok 8 hari tu. Hekhek.

Setelah puas berjalan di Wangsa Walk kami sekeluarga pun bergerak ke Empire Shopping Gallery kononnya heboh nak main gelongsor dalam mall tu. Punya lah excited nak main, last-last tengok tak ada lah panjang mana pun gelongsor tu tapi yang hebatnya aku yang debab ni pun boleh main gelongsor tu. Aku bukan apa, aku cuak kot-kot roboh pulak gelongsor tu kang aku naik.


Satu set RM10 kalau 2set RM15. 1 set tu kira satu kali turun lah. Orang tak ramai sangat tadi sebab kami sampai pun dah nak pukul 8 lebih tadi. Perasaan masa nak turun gelongsor tu bukan main berdebar jantung aku. Bila dah tengah-tengah aku dah tak ada perasaan. HAHA. Bak kata adik aku "BORING!!!"

Dah habis main gelongsor kami pun balik dalam keadaan kepenatan yang terlampau. Aku updated dulu satu entry. Lepas ni nak masuk tidur. Mengantuk dan penag teramat. Hikhik~

Bye bye!

Senarai Peserta Bloglist September 2012 by EYFAalias


Assalamualaikum.

Berikut ialah senarai peserta yang terawal join segmen Bloglist September 2012 :
  1. http://mujadafewa.blogspot.com/ 
  2. http://tidakkalah.blogspot.com/ 
  3. http://kalamkasih.blogspot.com/ 
  4. http://diarionlinenurul.blogspot.com/ 
  5. http://funnyvelove.blogspot.com/ 
  6. http://guliboolat.blogspot.com/ 
  7. http://gadiz-coklat.blogspot.com/ 
  8. http://gscblogger.blogspot.com/ 
  9. http://through-my-view.blogspot.com/ 
  10. http://www.miramashimaaru.com/ 
  11. http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/ 
  12. http://esmeda.blogspot.com/
  13. http://myzamichiko.blogspot.com/
  14. http://miszevyceritacit0t.blogspot.com/
  15. http://fatinnabilazulhilmi.blogspot.com/
  16. http://bibie-mumui.blogspot.com/
  17. http://smilewashere.blogspot.com/
  18. http://cadburylovescontest.blogspot.com/
  19. http://zonsenyap.blogspot.com/
  20. http://fromthedeeper.blogspot.com/
No berikut mewakili number bertuah korang ya. Sila ingat number masing-masing. Cabutan bertuah akan di lakukan oleh Random.Org. So, nanti kan keputusan pada next entry. Stay tuned~

P/S : Siapa yang masih belum join, anda semua masih belum terlambat kerana ada 1 lagi tempat kosong untuk di isi. Maklumat lanjut mengenai segmen ini CLICK HERE!!

Saturday, September 1

Mid Term Exam.


Assalamualaikum.

Esuk dah hari ahad bermakna dah dekat sangat dah exam mid term aku. Bukan dekat, sipi-sipi dah! Aku langsung tak buka buku lagi.

Aku tak faham kenapa aku tak berdebar pun nak exam next week ni. Hati aku dah rosak ke apa ni macam tak ada function aje? Hikhik! Selalunya bukan main laju lagi jantung aku bergerak rasa macam jantung aku tengah main kejar-kejar dalam badan aku ni ha. Tapi kali ni aku tak rasa apa-apa.

Sem ni dah lah last sem. Aku ni dah kenapa? Kemon! Mana semangat kau ni eyfa? Bangun bangunnn! Kasi pulun sampai habis. Semangat sikit! Go eyfa go !!!~
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com