Sunday, September 2

Membuang masa di hujung minggu.


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Bagaimana hari minggu korang semua? Seronok ke? Mesti banyak yang dapat jemputan open house kan kan? Aku pun ada juga dapat jemputan tapi masa tak mengizinkan nak pergi kan. So, kirim salam aja lah. Tak ada rezeki.


By the way tadi aku ada pergi Wangsa Walk dengan siblings aku untuk teman adik bongsu aku beli Ipod Touch. Dia ni memang kaya sikit, mana ntah dapat duit aku pun tak tahu. Ni buat aku cemburu rabun ni. Aku pun nak juga Ipoh Touch. Ada sesiapa ada duit lebih nak? kot-kot tak tahu nak buat apa bak meh la belikan aku satu Ipod. Hikhiks~


Adik aku beli Ipod aku pun beli lah baju untu baby berry aku ni ha, dah lama tak berbaju baby aku ni. Kesian dia. Ini kira baju raya dia lah ni. Comel tak? Kuning menyala, kalah gigi korang yang tak gosok 8 hari tu. Hekhek.

Setelah puas berjalan di Wangsa Walk kami sekeluarga pun bergerak ke Empire Shopping Gallery kononnya heboh nak main gelongsor dalam mall tu. Punya lah excited nak main, last-last tengok tak ada lah panjang mana pun gelongsor tu tapi yang hebatnya aku yang debab ni pun boleh main gelongsor tu. Aku bukan apa, aku cuak kot-kot roboh pulak gelongsor tu kang aku naik.


Satu set RM10 kalau 2set RM15. 1 set tu kira satu kali turun lah. Orang tak ramai sangat tadi sebab kami sampai pun dah nak pukul 8 lebih tadi. Perasaan masa nak turun gelongsor tu bukan main berdebar jantung aku. Bila dah tengah-tengah aku dah tak ada perasaan. HAHA. Bak kata adik aku "BORING!!!"

Dah habis main gelongsor kami pun balik dalam keadaan kepenatan yang terlampau. Aku updated dulu satu entry. Lepas ni nak masuk tidur. Mengantuk dan penag teramat. Hikhik~

Bye bye!

6 comments :

Crew Fathi said...

Best kan kalau hujung minggu jalan2... Tapi kat area kl nieh.. Hujung minggu wa hanya dirumah aja... Nak keluar.. Semak kepala jadinya.. Hohoho

♥ Cik Zack ♥ said...

huhuhu adik kaya dri akk ni. cemano tuh ? wkwkwkwk :DD

Amanina said...

bestnyaaaaa ipod touch. hihi :>

faridah nazurah said...

wahh beli ipod touch tu.. aku pun tak terbeli lagi benda alah tu

bhrain90 said...

fuyooo.. ada ipod touch..
hahaha

ct kektus said...

syoknya dapat jalan2 kan. dapat release tension.


sekali naik gelongsor rm10 ? uih, macam mahal je eyfa.


 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com