Assalamualaikum.
Setelah baca status facebook di atas korang rasa tak ada kebenarannya tentang apa yang cuba tuan empunya status sampai kan? Aku setuju dengan status dia ni. Ada juga betulnya.
Berapa ramai orang yang baca status atau tweet mengenai kematian selepas taip comment "Al-Fatihah" kemudian mengangkat tangan sedekahkan Al-Fatihah untuk si mati? Aku rasa memang ada yang buat macam tu tapi tak ramai. Kan? Aku pun tergolong juga.
Bila aku baca status ni, aku tersedar. Bila aku taip "Al-Fatihah" tak bermakna aku dah berjaya sedekahkan surah tersebut untuk si mati. Ya! Ramai orang anggap benda ni perkara remeh tapi bagi aku tidak. Betul lah orang kata internet ni ada yang bagus nya and ada yang tak bagusnya :)
Berdoa juga sama. Kita selalu buat facebook or twitter sebagai tempat kita luah perasaan atau pun kadang-kadang kita nak berdoa pn kita taip kat facebook. Rasa-rasa cara tu boleh di terima ke? Memang betul lah sosial network ni memudahkan urusan kita tapi takkan urusan kita dengan Allah pun nak menggunakan facebook seperti tuan empunya status ni katakan?
Ini peringatan untuk semua termasuk diri aku sendiri. Renung-renungkan lah :)
8 comments :
bila baca baru tersedar. Terima kasih ye :)
assalamualaikum eyfa..mudah2an semuanya itu dpt dilakukan insyaAllah....:)
Betul2..
Nice sharing. Peringatan untuk kita semua. :)
Aduhh tersentapp. Setuju sgt sgt. Entry ni memberikan kesedaran kpd smua.
tuhan skang dah main fesbuk agak nya..
jangan sekadar menaip sahaja, tapi bibir diam membisu saja...peringatan untuk diri sendiri..
secara tak langsung boleh buat orang lain baca and berdoa jugak untuk dirinya sendiri..kan?
byk generasi bru lebih suka meluahkn perasaan pada facebook and twitter. tapi sometimes it's nice...troll
Post a Comment