Monday, October 31

Menggedik di Tutti Fruitti Wangsa Walk

Assalamualaikum.

Semalam sepatutnya aku kena mentelaah buku account sebab selasa ni ada final exam untuk subject account tapi di sebabkan kemalasan diri melanda aku pun ajak lah kawan aku lepak Tutti Frutti dekat area Wangsa Walk.

Sejak kebelakangan ni ramai orang suka ambil gambar dekat Tutti ni. Korang perasan tak? Di sebabkan dah jadi trend snap-snap gambar dekat Tutti ni, aku pun nak gak kan! HAHA. Memula macam malu sebab ramai orang kat situ kang syok sendiri pulak snap gambar sendiri. Last-last bukan main banyak lagi gambar kiteorang amek. Heeee =D

My partner in crime since 2006
Haaa. Duk jeling-jeling apa? Kawan aku ni dah ada yang punya okay. So takyah la nak ngending-ngending aku nak masuk line kawan aku eh! HAHA. Ini kawan aku masa aku study dekat Politeknik dulu. Dalam banyak-banyak kawan, dia lah yang aku masih contact sampai sekarang. Yang lain tu aku dah malas nak ambil tahu.

Okay lah aku nak study. Esuk ada exam tapi aku sebenarnya rasa macam tak ada perasaan aje nak ambil exam esuk. Arghh! Aku rasa macam nak bawa google aje duk sebelah aku masa exam nanti. Boleh tak agaknya? HAHA.

KBAI~

Voucher Chatime Publica by Nuffnang

Asalamualaikum.

Selamat pagi isnin ya kawan-kawan. Aku tahu semua orang tak suka hari Isnin. Aku pun sama juga tak suka hari isnin jugak tapi hari isnin ni aku suka pulak. Nak tahu sebab apa? sebab Nuffnang kasi aku Voucher Chatime Publica dekat aku.  HAHAHAHHAHAHA (Gelak puashati)


Hari tu penat aku bodek KAWAN BAIK aku nak suruh dia belanja aku Chatime ni. Dia dapat juga voucher dari Nuffnang. Daripada tak kenal terus jadi KAWAN BAIK semata-mata nak paw minah ni Chatime. Tapi di sebabkan aku pun dapat juga. Aku rasa dah boleh dah putuskan persahabatan kita setakat ini. HAHAHA.

Eh eh. Gurau je KAWAN BAIK. Sorry ya! Kau kan kawan baik (lupa caps lock) aku dunia akhirat. Hehehe. Nanti boleh ah kita g Chatime ni sama-sama eh! Lepas tu snap gambar buat muka mulut muncung bajet-bajet cute macam orang korea sikit en. HAHAHA. Apa-apa pun terima kasih Nuffnang sebab kasi aku voucher chatime ni.

KBAI~

P/S : Siapa HANDSOME jom teman aku pergi Chatime? Hikhik ^_^

Sunday, October 30

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog

Assalamualaikum


PERSAMAAN : 

#Rajin update blog
#URL guna nama sendiri (aku pun sama gak. HAHA)
#Mempunyai ramai followers
#Blog yang best

PENDAPAT :

#No komen sebab blog korang dah memang maju ke hadapan. HAHA.

Saturday, October 29

Jangan salahkan babi.

Assalamualaikum.

Di dalam Bahasa Melayu, perkataan babi merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam kebanyakan bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk.

"Babi lah kau ni !"

"Pergi jahanam lah, perangai masing-masing macam babi!"

"Mulut bau longkang, perangai macam babi!!"

"Bodah lah kau ni macam babi je!"

Babi atau khinzir ialah sejenis haiwan mamalia yang bermancung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.


See? Babi  salah satu binatang paling pintar. Sikit-sikit nak salahkan babi. Semua benda kau nak samakan dengan babi. Kalau kau sendiri yang bodoh kenapa nak salahkan babi pulak? Haaa. Lagi satu kau nak cakap orang lain perangai macam babi, kau pernah berkawan dengan babi ke sampai kau boleh tahu perangai babi tu macam mana?

Kadang-kadang aku kesian kat babi. Memang lah dia haram. Kotor. Tapi tak boleh lah semua nak kaitkan dengan babi. Kalau babi tu ada perasaan dah lama babi tu menangis sampai mata dia buta sebab frust korang asik salahkan dia aje. Babi tu tak buat dosa pun dengan kau. Lagi pun babi tu kan makhluk Allah juga kan?  Aku tak rasa Allah cipta babi semata-mata untuk di maki hamun oleh manusia. Setiap benda yang Allah cipta ada kebaikan and keburukkan tersendiri. So, mind your word baby ^_^

Soalan bangang #1

Assalamualaikum.


P/S : Soalan kau tak boleh lagi bangang ke? Nak cakap bodoh karang marah, pandai-pandai lah kau nilai diri kau sendiri.

Friday, October 28

Facebook Friend Requests.


HAHA. Aku rasa korang tengok gambar ni pun korang dah tahu apa yang aku nak cerita kan dekat entry kali ni. Facebook siapa aje yang tak ada zaman sekarang yang serba canggih ni? Mak? Abah? Kakak? Abang? Adik? Bapak tiri? Makcik Jeton? Pakcik Kadir? Mak Som? Nek Jah?

Semua dah ada account facebook sorang satu (tak termasuk mak abah aku). Tak ada facebook tak canggih lah kan. HAHA. Kalau boleh satu kampung semua nak add. Kalau aku, memang aku takkan approve. Nasib lah kau.

KBAI~

Credit to : takkesah.tumblr.com

Kisah Timah & Zaiton

ASSALAMUALAIKUM.


P/S : Dah nama pun nak pinjam pensil mesti lah nak menulis. Apa punya bebal kau Zaiton. Malang betul!

Thursday, October 27

I've been tagged.

Assalamualaikum.

THE RULES

1) You must post these rules
2) Each person must post 11 things about themselves in their journal
3) Answer the questions the tagger set for you in their post
4) And create 11 news questions for people you tagged to answer
5) You have to choose 11 people you tag and link them on post
6) Go to their page and tell them you have to tagged him/her
7) No tag backs
8) No stuff in their tagging section about 'you are tagged if you are reading this' you legititmately 9 [a.k.a really,trust, will all honestly] have tagged 11 people

11 THING ABOUT MYSELF

#Saya adalah peminat tegar Faizal Tahir
#Montel tapi comel HAHA
#Suka cari pasal
#Kerek
#Kuat sentap
#Kepala angin
#Cakap lepas
#Suka bahan orang
#Gelak kuat-kuat
#Boros
#Mata duitan

QUESTION FROM AYU

1. Are you a k-pop lover?
#Nope
2. Wanna be my bestfriend?
#Maybe
3. Bila kali last korang nangis?
#Yesterday
4. Boleh tak tempahkan tiket untuk saya? sebab saya nak pergi seoul :D
#Tak boleh. HAHA
5. What is your fav food?
#Semua yang berkenaan dengan AYAM
6. Pernah pergi luar negara tak?
#Tak7. Awak suka blog saya? #Okay lah =)
8. Berapa ramai orang yang datang birthday party korang tahun lepas?
#Tak pernah buat birthday party
9. Awak ada boyfriend/girlfriend?
#Biarlah rahsia
10. Awak suka main game apa?
#Galah panjang <-- game jugak kan?
11. Susah tak soalan yang ayu bagi?
#Senang macam soalan SPM :P

QUESTION FROM BLOOMSYAITUAQ

1 . Horoskop korang ialah ?
    #Cancer
2 . Warna favourite korang ialah ?
    #Hitam & Merah
3 . Bukti korang suka warna tu ialah ?
    #Kebanyakkan baju-baju aku semua color tu.
4 . Maksud kawan bagi korang ialah ?
    #Entah sebab aku xde 'kawan'. HAHA
5 . Handphone yg korang guna ialah ?
    #Samsung Galaxy Ace
6 . Gadget favourite korang ialah ?
    #Aku bukan peminat gadget
7 . Laman web yg korang paling suka ialah ?
    #Youtube
8 . Nama kartun favourite korang ialah ?
    #Dragon Ball
9 . Channel yg korang selalu tengok ialah ?
    #Tak tengok tv. HAHA
10 . Penyanyi favourite korang ialah ?
     #FAIZAL TAHIR
11 . Pelakon favourite korang ialah ?
    #FAIZAL TAHIR (aku nak dia juga tak duli)

QUESTION FROM IJATAZY

1. suka cerita hantu tak?
   #Fav kot! HAHA
2. kenal aku tak?kalau kenal,cmane kita kenal ye?
   #Tak kenal. Hehe.
3. English, Malay, which one do you prefer?
   #Both.
4. belajar kat mana?atau kerja kat mana?
   #Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur.
5. anak ke berapa?
   #Ke-LIMA dari Tujuh <3
6. birthday awok?
   # 2nd July 1988
7. saya suka maths, anda bagaimana?
   #Tak pernah suka
8. perkara apa yang buat anda paling sangat bersyukur kepada Allah
   #Masih bernafas ketika ini.
9. bestfriend anda?
   #Biarlah rahsia
10. citacita nak jadi apa?
   #Tak kesah jadi apa pun janji MASYUK
11.makanan ape paling sedap bagi korang?
   #Anything yang pedas aku rembat. HAHA

MY QUESTIONS

1. Aku tag korang, korang marah tak?
2. Korang jawab tag ni ikhlas or terpaksa?
3. For you, facebook or twitter more interested?
4. Your favorite blog?
5. Blogging since?
6. Perangai korang yang paling buruk sekali?
7. Benda apa yang korang nak tak dapat?
8. Pandai main apa-apa alat music tak?
9. Apa yang menarik tentang korang?
10. Benda yang paling berharga bagi korang?
11. Pendapat korang tentang blog aku?

THE 11 PEOPLE THAT I WANNA TAG


SELAMAT MENCUBA ^_^

Aku adalah mangsa buli.

Assalamualaikum.

Dalam banyak-banyak zaman, aku rasa zaman gajah sekolah paling best sekali. Banyak benda yang seronok sebenarnya berbanding dengan benda yang tak seronok. Kebanyakkannya masa sekolah dulu sebuk nak habis sekolah cepat, masing-masing tak sabar nak tinggalkan sekolah. Sekarang? bila dah masuk 20-an masing-masing mengada kononnya rindu zaman sekolah dulu. (#aku lah tu)


Dulu aku sekolah dekat SMK Taman Keramat. Alah takkan tak kenal sekolah ni? Ini namanya sekolah budak jahat. Termasuklah dak Hazama AF tu. Dia pun kan ex student SMK Taman Keramat. Dulu mamat tu gengster sekolah lah kononnya. Last-last gengster-gengster pun masuk AF juga. Lawak je! =P

Dulu bila kat sekolah aku sebenarnya selalu jadi mangsa buli. Bapak sadis kisah hidup aku weh. Dari rumah dah penat aku pakai tudung comel-comel siap ternganga-nganga aku betulkan tudung, sampai sekolah aje mamat belakang meja aku tu cukup rajin tarik tudung aku. Damn!

Tak cukup lagi tu, mentang-mentang lah aku ni ketot, mamat-mamat budak class aku ni tulis nama aku pakai liquid paper dekat papan hitam belah atas sekali. Tak pasal-pasal aku yang kena marah lepas tu aku pulak tu yang kena padam, memang aku sampai nak padam nama aku kat tempat tinggi macam tu. Damn!

Ini paling aku bengang sekali, aku tak tahu lah apesal dorang rajin betul menyakat aku. Kan kalau bagi salam dekat cikgu kan kena semua murid berdiri, bila time lepas bagi salam tu kan dah boleh duduk. Ada ajelah tangan yang gatal tarik kerusi aku. Tak pasal-pasal aku duduk atas angin. Berlepuk jatuh macam nangka busuk. Sumpah malu gila weh!

Banyak lagi sebenarnya aku nak share. Tapi karang dah macam karangan pulak kan so, setakat ni jelah. Yang selebihnya biarlah rahsia. Cewahh! Tapi sebenarnya seronok juga kena buli. Kalau nak tahu sekarang ni aku agak rapat dengan budak yang suka buli aku kat sekolah dulu. Padahal dulu musuh ketat. HAHA. Serious aku rindu zaman sekolah dulu. Arghh!

Wednesday, October 26

Persoalan yang bermain diminda ku.

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya dah lama nak bertanya tentang suatu perkara ni. Tapi bak kata orang tua-tua baik kita berfikir dulu sebelum bercakap or bertanya kan? masalahnya aku dah 80x fikir dah. Kalau aku mengandung agaknya dah terberanak dah, siap mengandung lagi sekali agaknya duk memikirkan persoalan yang bermain di minda aku sekarang ni.

Aku nak tanya, tapi aku malu. Tapi.....kalau tak tanya takut sesat jalan pulak kan. Kang tetiba boleh sesat sampai america pulak kan. Hehehe. Okay okay macam ni. Baca elok-elok eh. Jangan juling pulak mata korang baca soalan aku yang berputar belit ni.


Okay, korang pernah terfikir tak kenapa lelaki dengan lelaki kalau first time jumpa dorang tak akan bahasakan diri dorang saya awak. Kalau kita perempuan, kan kalau first time jumpa macam tak kenal lagi kan kite bersaya awak, i u i u lah bagai kan. tapi lelaki tidak. Dorang selalu akan ber'kau aku. KENAPA EH?

Itu baru persoalan pertama, ini yang kedua pulak. Kenapa perempuan jalan berpegang tangan dengan perempuan itu di anggap normal dan lelaki pula sebaliknya? Siap kena cop gay lah bagai. Kan muhrim tu? Salah eh kalau lelaki pegang tangan lelaki? comel apa? Hehehe.


Haaaa. ini persoalan terakhir. Perempuan bila bersayang-sayang dengan perempuan di anggap perkara biasa tapi bila lelaki bersayang-sayang dengan lelaki di anggap macam pelik. Kelaka pun ada. Kenapa eh? Kenape eh? Ada sesiapa boleh bgtau aku? Ada sesiapa yang boleh menjawab semua persoalan yang bermain dalam minda aku ni? Arghhh!~

Wordless Wednesday | Dulu, kini & selamanya

Tuesday, October 25

Aku suka makan.

Assalamualaikum.

Aku bab makanan ni memang numb satu. Kau bagi jelah aku makanan apa semua aku sebat. Tapi tapi... Ada tapi tu. HAHA. Tapi untuk pengetahuan korang tekak aku tak boleh masuk tempoyak, cencalok, petai, jering, budu and yang sewaktu dengannya.

Maklumlah aku kan bajet-bajet america sikit kan (tolong tampar muka aku laju-laju) HAHA. Makanan-makanan yang aku sebut kat atas tadi tu memang aku tak penah rasa. Cuba rasa pun tak pernah. Tengok aje yang bagi aku kenyang setengah abad, tolong lah jangan paksa aku makan. Jawapannya memang muntah balik la. Huhu.

Fav food aku ialah benda yang pedas-pedas sampai meleleh air hidung mata kalau makan. Tak kesah la apa pun. Lagi-lagi kalau mak aku yang masak. Perghhh. Siap tambah tapi mak aku xkasi tambah beb punya lah selera macam rasaksa kan.

Tapi yang tak sedapnya aku tak tahu lah mak aku rajin benar masak lauk orang tua. Nak tahu tak lauk apa? lauk TAUCU. Aku tak tahu apa salah taucu tu pada aku sampai aku tekak aku tak boleh nak terima. Asal mak aku masak taucu aje aku pura-pura diet depan mak aku. Lepas tu malam-malam tibai meggi. Lapar punya pasal. HAHA.


Yang aku tak puas hatinya sekarang, kenapa aku makan sikit je berat aku dah naik? orang lain makan 8x ganda dari aku tak gemuk-gemuk pun? dari dulu sampai sekarang sama aje macam tiang. Aku pulak dah macam tong drum! Damn!

Gula-gula hantu.

Assalamualaikum.

Dulu masa zaman sekolah dulu kan, tak kisah la sekolah menengah ke sekolah menengah ke? korang selalu tak makan gula-gula? and dalam banyak-banyak gula-gula, gula-gula apa fav korang? hehe. Tolong jangan cakap gula-gula fav korang gula-gula hacks! Ketuk kepala korang kang apa tak dapat! Huhu.

Ehem nak tahu tak apa gula-gula fav aku zaman sekolah dulu? Nak tahu tak? nak tahu tak? Ala kalau korang xnak tahu aku nak bagitahu juga. Peduli ah! HAHA.


Haaa. yang atas ni bukan dalam ketegori gula-gula ya. Ini namanya gula-gula mintak ludah. Puiiii~ HAHA. Okay okay, masa zaman sekolah dulu eyfa suka makan GULA-GULA HANTU. Alaaa tak tahu ke apa gula-gula hantu tu? isk. tak remaja betul lah korang ni.

Gula-gula hantu tu yang bila kita makan gula-gula tu lidah kita akan berwarna. Pernah makan tak? Kalau tak pernah makan pergi beli sekarang. HAHA. Kalau kat sekolah aku dulu, kalau makan gula-gula ni lepas tu mesti tanya kawan-kawan "Weh! Lidah kau warna apa weh? aku warna hijau. nampak x?


Haaa. Lepas tu masing-masing terjelir lidah nak tunjuk warna lidah masing-masing. HAHA. Sekarang ni dah tak jumpa dah gula-gula hantu tu. Kalau ada pun yang packet baru. Yang tu tak sedap sangat. Rasanya brand gula-gula tu pun lain. Huhu. Okay la tu je nak borak. Hehe.

KBAI~

Monday, October 24

Cemburu

Assalamualaikum.

Cemburu tu apa ya sebenarnya? HAHA. Best ke rasa cemburu tu? Rasa apa? Manis ke masam ke? Hehehe. Cemburu ni sebenarnya baik untuk diri kita or tidak? Hmm. Tapi setiap benda memang ada kebaikan and keburukan tersendiri. Cuma terpulang pada individu tu sendiri.

Yang pasti aku selalu cemburu dengan orang sekeliling aku. Apa yang aku tiada semua dorang ada. Apa yang aku tak dapat mesti dorang dapat. Apa yang aku suka semuanya milik orang. Kadang-kadang rasa macam loser pun ada.

Kadang-kadang aku cemburu tengok orang ramai kawan. Sana sini ada kawan. Aku? tak ada kawan pun. Boleh di kira pakai jari. Nak keluar jalan-jalan xde orang nak teman, kalau rasa sedih xde tempat nak luah, rasa happy xde siapa nak ajak di kongsi.


Kadang-kadang aku rasa macam nak cabut wayar cemburu dalam diri aku. Arghhh ! Ada sesiapa tak yang ada tips untuk hilangkan perasaan cemburu ni? Huhuhu.

Sunday, October 23

Oh lelaki

Assalamualaikum.



P/S : Pernah tak anda alami situasi seperti ini? =D

    Saturday, October 22

    I love Bo Amir Iqram

    Assalamualaikum.


    Hai pernah dengar tak lagu dekat atas ni? Serius sejak boyfriend aku kasi lagu ni dekat aku tetiba aku jatuh cinta. Bukan jatuh cinta dengan boyfriend aku tapi dengan si BO AMIR IQRAM ni. Hahahaha. Serius muka dia comel sangat-sangat! Mulut dia. Erghhh! Aku tak boleh tengok lelaki mulut macam tu. Arghhhh!

    Suara dia tak payah cerita lah kan. Memang terbaik. Itu bagi aku lah tak tahu la bagi korang kan. Kot-kot korang lupa korek telinga tu yang  dengar macam tak best aje. Video clip dia pun comel aje.  HAHA. Itu je motif aku tulis entry ni. Haha.

    Lastly jom dengar dan lihat dengan teliti lagu fav aku ni:) and lepas tu drop lah comment apa yang patut. K LAYANNN~



    Lirik LAGU

    hariku
    harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
    fikiranku
    hanya dipenuhi dengan senyumanmu
    alangkah indah
    jika dirimu sentiasa
    disisiku sayangku
    berikanku hanya satu
    hanya satu
    lagu
    hariku
    harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
    fikiranku
    hanya dipenuhi dengan suaramu divaku
    alangkah indah (2x)
    jika dirimu sentiasa
    disisiku sayangku
    berikanku hanya satu
    hanya satu
    lagu

    Harapan untuk sem ini.

    Assalamualaikum.

    Tadi aku baru lepas balik dari ambil test economic. Ternyata aku masih lembab bab kira-kira ni. Fomula taknak lagi banyak pula kena hafal kan? HAHA. Aku harap resultnya nanti memberansangkan. Kalau tak lemah la semangat aku nak ambil final exam tak lama lagi ni.

    [01/11/2011 | 2.30 pm - 5.30 pm | Tue] : PAC 1072
    [03/11/2011 | 2.30 pm - 5.30 pm | Thu] : PEC 1043
    [10/11/2011 | 9.00 am - 12.00 pm | Thu] : HIM 2033
    [14/11/2011 | 9.00 am - 12.00 pm | Mon] : PMG 2063
    [16/11/2011 | 9.00 am - 12.00 pm | Wed] : PHR 2033

    Atas ni pulak jadual final exam, bermakna aku merdeka 16/11/2011. Perghhh! Tak sabar nak habis final sebab nak cari kerja part time. Duit aku dah kering kontang dah ni. Nak makan pun kemut-kemut duk kira duit cukup ke tidak. Sadisnya hidup! huhu.



    Next week dapat carry mark untuk semua subject. Harap-harap sangat carry mark aku tinggi. Aku nk skor semua A. Kalau boleh taknak ada B. Nanti CGPA aku jatuhhh. Hmmm. Doakan aku ya kawan-kawan. Dah dekat sangat dah final ni. Makin hari makin berdebar jantung aku ni.

    Okay lah nak sambung study. Errr. Silap. Nak sambung tidur. Aku nak study hari sabtu? menang tak lah kan. HAHA. Bye semua. Sayang sikit. Muahhh! >.<

    Jaga diri tauu. Jangan mati =D

    Friday, October 21

    Before & After

    Assalamualaikum.

    Bila tengok orang cantik kita pun nak cantik gak. Tapi masalahnya kita tak reti make up! Sob sob. Bestnya bila tengok orang perempuan cantik bila make up. Kite pulak pakai bedak pun xpandai. Sadisnya hidup. HAHA. Nasib sekarang dah boleh edit make up bajet-bajet barbie doll sikit kan. 


    Haaaa ni lah hasilnya bila gambar dah di make up kan. Main taram aje ni. Hehehe. Ngeri pulak tengok muka sendiri bila dah make up. Mata bukan main biru lagi, taknak kalah tu. Pipi pulak dah macam kena sepak! Merah semacam jee. HAHAHAHA. Lawak pulak bila tengok gambar ni. Rasanya macam lagi comel bila tak make up. HAHA.

    Okay la malas nk borak lama-lama. Jem kepala otak nanti. Hehe. Jaga diri. Jangan mati. Kbai~

    Wednesday, October 19

    Untuk renungan bersama.

    Wikipedia : I know everything !
    Google : But i have everything !
    Facebook : So what?, i know everybody !
    Internet : Hey without me,, you all are nothing !
    Electricity : Silent ! Who's The Boss now ?!!
    Benjamin Franklin: Ehem..ehem..Who's discover Electricity?
    ALLAH : Well, well. I created all of you...



    Love ALLAH, will you? (:

    Monday, October 17

    Watak Pengguna facebook.

    Assalamualaikum.

    MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA DALAM FACEBOOK :-



    1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

    2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari.

    3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

    4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

    5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

    6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

    7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

    8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

    9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

    10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? :DD

    HAHAHA ada yang terasa tak ? which category are you ?

    SUMBER : Facebook

    Sunday, October 16

    Tunangan orang.

    Assalamualaikum.

    Hari ni selamat sudah seorang classmate aku jadi tunangan orang. Orangnya muda lagi baru 19tahun. Tapi nak buat macam mana dah sampai seru ya dak? Hehehe. Apa-apa pun dia nampak lain and cantik sangat-sangat! Huhuhu.

    Aku pulak yang rasa berdebar bila bakal mak mertua dia datang sarung cincin. HAHA. Bila dah make up muka dia nampak macam Tiz Zakiah pun ada sikit-sikit. Huhuhu. Aishh. Muda-muda dah bertunang. Banyak cabaran orang kata bila bertunang ni.

    Hope tak akan ada apa-apa berlaku la sepanjang dua tahun ikatan pertunangan korang ni. Aku akan doakan yang terbaik untuk korang k. 




















    Aku ni ntah bila lah pulak ya? Umur dah 23 tahun. Next year umur makin lama makin lanjut bukan makin muda ya dak? HAHA. Nak buat ce mana xde orang nak kat aku. Hahahaa. Sentap kejap. KBAI~

    Saturday, October 15

    Kes curang semakin berleluasa.

    Assalamualaikum.

    Bila sebut pasal curang aje, mesti yang lelaki kata perempuan yang perempuan pula kata lelaki yang curang. Pendapat korang apa? Lelaki atau perempuan? >.<

    Sebenarnya semuanya sama bagi aku. Baik laki baik perempuan. Bila masing-masing tak pandai bersyukur tu pasal la berlakunya kes curang ni. Bila lelaki dah baik, perempuan pula buat hal. Bila perempuan dah baik lelaki pulak yang buat hal.


    Contohnya : Bila si lelaki dah baik, setia and sanggup korban apa sahaja untuk si perempuan, si perempuan ni pula rasa terlampau selesa di manjakan begitu. Kononnya "Alah aku buat hal macam mana pun dia xakan tinggalkan aku. Dia mana boleh hidup tanpa aku" So, thats why lah terjadinya hal macam ni.

    Dan lelaki juga sama. Bila dapat perempuan baik mula lah fikir "Ah perempuan ni sayang aku, aku buat apa pun mesti dia tak akan tinggalkan aku" so sama ajelah. Kebanyakkannya semua macam ni. Tak tahu bersyukur bila dah dapat yang baik.

    Aku cakap macam ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kawan-kawan aku banyak yang macam ni, so aku assume semua lebih kurang aje kan? Tak reti nak appreciate apa yang ada depan mata. Bila dah tak ada baru nak terpekik terlolong macam orang mati anak.

    So, hargailah mereka yang menyayangi kita. No curang-curang okay? Hehe. KBAI~

    Keinginan untuk memiliki Varsity Jacket

    Assalamualaikum.

    Sebenarnya nak bagitahu, aku dah lama teringin nak beli VARSITY JACKET. Tapi tak tahu nak cari dekat mana. Hari tu Brand Pull and Bear ada keluarkan varsity jacket ni but biasa lah kan size nya kecil-kecil aje kan. HAHA. Kecewa di situ. 

    Pull n Bear varsity jacket
    Last-last adik aku yang beli dulu varsity jacket ni. Arghhhh! Jeles gila weh! Aku pun berusaha lah try cari dekat online shop and alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Seronok bukan main aku. Tak sabar nak tunggu varsity jacket aku sampai dekat rumah.

    Will be mine soon.
    Ini gambar varsity jacket yang aku order tu. Harga tak mahal pun RM110 aje. Berbanding dengan adik aku punya RM190 kalau aku tak silap. Harap sesuai lah dengan badan aku yang cute ni kan. Boleh lah aku bajet-bajet cute depan adik aku sebab aku pun ada varsity jacket jugak! HAHAHA. Tak sabarnya.

    KBAI~

    Thursday, October 13

    Kentang masak sambal

    Assalamualaikum.

    Kalau korang ada baca entry sebelum-sebelum ni. Aku ada bagitahu yang aku ni bila bab memasak aje memang failed. Tapi hari ni aku tak tahu kenapa tetiba aje tergerak hati dan mucul perasaan rajin di dalam diri aku nak belajar masak dengan mak aku.

    Then aku suruh lah mak aku belikan bahan-bahannya sebab aku kena pergi class. Balik daripada class aje aku tukar-tukar baju mak aku pun ajar la cara-cara masak makanan yang aku nak masak tu iaitu kentang masak sambal. Aummmm~

    Kalau korang semua nak tahu kentang masak sambal ni adalah salah satu lauk fav aku. Lagi pun benda ni cara memasaknya sangat simple as nipple. Opssss! HAHA. 

    Cara-cara masak tak yah bagi tahu lah kan? sebab aku tak pandai nak explain step-step dia. Kalau korang nak resipinya mintak pada GOOGLE. Hahaha~ Okay sekarang aku nak tunjuk hasil percubaan pertama aku memasak selama aku hidup 24tahun ni. HEHE.


    Tetiba aku rasa kagum sebab aku berjaya masak lauk kegemaran aku tanpa cacat cela. Maksud cacat cela tu tak la hangus ke tawar ke cuma manis sikit jeee. HAHA :P Sekarang ni aku dah tak boleh berhenti senyum bila pandang dapur.

    Aku rasa dalam minggu depan sesiapa yang berkenan dengan aku boleh lah masuk meminang okay? sebab AKU DAH PANDAI MASAK WEH! hahaha. Aku rasa macam tak percaya aje. Maklum lah sebelum ni masak meggi pun kembang. Mana aku tak excited. Hehehehe.

    Okay lah. Jaga diri. Jangan mati.

    Wednesday, October 12

    Kenapa semua nak jadi artis?

    Assalamualaikum.

    Sekarang ni semua berlumba-lumba nak masuk dunia hiburan. Baik lelaki dan baik juga perempuan. Baik yang tua,apa ntah lagi yang muda kan. Semuanya sama aje.

    Apa lah yang seronok sangat jadi artis? Nak kata pasal bakat? kalau tak, takkan lah aku gelak separuh mati sampai terkeluar air mata aku duk gelak kan mereka bila tengok mana-mana ujibakat nak jadi artis tu. Tengok Maharaja lawak pun aku tak gelak macam ni.

    Kalau takat nak kejar harta? berapa sen lah sangat duit yang kau boleh dapat? kalau konon jadi artis kaya raya, cuba fikir takkan la bila dorang jatuh sakit sampai perlu minta pertolongan dan sumbangan orang lain untuk settle kan bil-bil perubatan tu? Come on lah!


    Nak jadi terkenal? Apa sangat lah kau kejar glamour tu. Setakat kau keluar then semua orang nak pandang kau dengan rasa kagum and teruja? Kononnya bila kau keluar ramai orang akan kenal kau? Macam tu ke? Oh please lah.

    Memang minat jadi pelakon/penyanyi/pelawak? Mak aii. Kononnya memang dari kecil dah timbul minat tu. Itu statement lapuk lah weh. Kecil-kecil orang suruh baca buku kau tengok tv tu pasal lah minat kau ke lain! Aku makin tak paham dunia sekarang. Ada sesiapa yang nak kasi aku faham tak? HAHA.

    Apa-apa pun tolong jaga diri dan jangan mati.

    Wordless Wednesday | Foursquare

    Assalamualaikum.

    Tuesday, October 11

    Aku tak cerdik tapi tak bermaksud aku bodoh.

    Assalamualaikum.

    "Eyfa, kalau kau kurus mesti lagi comel, cuba kau ambil K sure kurus!" - Ahmad

    "Oh really? K tu apa? pil kurus ke?" - Eyfa

    "Drugs lah ngok. Itu pun tak tahu." - Ahmad

    "Errrr." - Eyfa

    "Ala nanti kau dah kurus kau stop lah" - Ahmad

    "Taknak aku" - Eyfa

    "Kau fikir lah dulu, aku cuma nak tolong kau aje. Kalau nak roger aku." - Ahmad


    Meh aku kasi tahu sikit. Aku bukan bodoh macam orang lain nak ambil drugs semata-mata nak kurus. Aku juga bukan bodoh senang-senang aje aku nak kecewa kan ibu bapa aku. Dan aku juga bukan lah bodoh nak hancurkan hidup aku sendiri dengan benda kotor tu. Sejahat-jahat aku, aku tak pernah sentuh benda-benda kotor macam tu. Aku mintak maaf, kau offer ajelah dekat budak gemuk yang lain. Aku tak berminat.

    Sila jaga diri dan jangan mati.

    Thursday, October 6

    Diam seribu bahasa.

    Assalamualaikum.

    Rasanya dah lama tak update blog. Kalau update pun setakat "melepaskan batuk di tangga". Cewahhh. Siap peribahasa bagai eyfa ni. Hehehe.

    Rasanya dah lama juga tak menjenguk blog kawan-kawan juga. Mesti dorang dah lupa dekat eyfa agaknya. Sob sobs. Sedihnyaa! =.=" Huhu. Padan la muka eyfa siapa suruh jarang online. Hehehe.

    Dalam dua minggu lagi eyfa dah nak start final exam. Lepas tu dah habis exam boleh lah berblogging seperti biasa. Rasa macam dah lama sangat dah tinggalkan blog kesayangan ni. Sampaikan rank alexa pun dah makin meningkat. Adoi~


    Tak apa. Tak lari gunung di kejar ye dak? Huhu. Okay lah. Nak bersiap pergi ke class ni. Have a nice day ya kawan-kawan ku =D

    KBAI~

    Wednesday, October 5

    Wordless Wednessday | Gambang, Kuantan


    Monday, October 3

    Handsome aje tak guna.



    Handsome aje tak guna kalau sembahyang lima waktu pun tak cukup.

    Handsome aje tak guna kalau baca Al-Quran pun tak pandai.

    Handsome aje tak guna kalau kerja pun tak ada.

    Handsome pun tak guna kalau poket pun kosong.

    Handsome aje tak guna kalau hidup pun menyusahkan orang lain.

    Handsome aje tak guna kalau tak reti hormat ibubapa.

    Handsome pun tak guna kalau dah besar panjang pun makan minum mak ayah tanggung.

    Handsome aje tak guna kalau mulut pun bau longkang.

    Handsome pun tak guna kalau suka permainkan hati perempuan.

    Handsome aje tak guna kalau tak reti pikul tanggungjawab.

    Handsome aje tak guna kalau perangai tak semenggah.

    Handsome aje tak guna kalau ................................. (korang sambung lah sendiri.)

    KBAI~
     
    \\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
    Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com