Tuesday, October 25

Aku suka makan.

Assalamualaikum.

Aku bab makanan ni memang numb satu. Kau bagi jelah aku makanan apa semua aku sebat. Tapi tapi... Ada tapi tu. HAHA. Tapi untuk pengetahuan korang tekak aku tak boleh masuk tempoyak, cencalok, petai, jering, budu and yang sewaktu dengannya.

Maklumlah aku kan bajet-bajet america sikit kan (tolong tampar muka aku laju-laju) HAHA. Makanan-makanan yang aku sebut kat atas tadi tu memang aku tak penah rasa. Cuba rasa pun tak pernah. Tengok aje yang bagi aku kenyang setengah abad, tolong lah jangan paksa aku makan. Jawapannya memang muntah balik la. Huhu.

Fav food aku ialah benda yang pedas-pedas sampai meleleh air hidung mata kalau makan. Tak kesah la apa pun. Lagi-lagi kalau mak aku yang masak. Perghhh. Siap tambah tapi mak aku xkasi tambah beb punya lah selera macam rasaksa kan.

Tapi yang tak sedapnya aku tak tahu lah mak aku rajin benar masak lauk orang tua. Nak tahu tak lauk apa? lauk TAUCU. Aku tak tahu apa salah taucu tu pada aku sampai aku tekak aku tak boleh nak terima. Asal mak aku masak taucu aje aku pura-pura diet depan mak aku. Lepas tu malam-malam tibai meggi. Lapar punya pasal. HAHA.


Yang aku tak puas hatinya sekarang, kenapa aku makan sikit je berat aku dah naik? orang lain makan 8x ganda dari aku tak gemuk-gemuk pun? dari dulu sampai sekarang sama aje macam tiang. Aku pulak dah macam tong drum! Damn!

7 comments :

faridah nazurah said...

perghhh sodap! kalau ada sambal belacan lagi sodap! kompem meleleh air hidung+mata

abghani said...

i also like eat

Nurnajwa KZ said...

Hahaha, sme la :D

Klau mama kte masak ni, mmg tak hbis. Yg mkn abah dgn mama je --

Miss Eiza said...

den pun suko pedas2 ni...makin pedas makin ohsemmm.hahaha

emy|farid said...

sama la kita, makan ckit naik cepat gilaa

Razil Tahir said...

waaa!! gmbar tue... menyelerakan... XD

kim heeruul said...

gua juga tidak boleh menelan jering , cencalok & budu..geli..hihi

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com