Monday, May 23

Risiko menjadi seorang blogger !!!

Assalamualaikum.

Tadi eyfa ada baca satu entry dari BEN ASHAARI and ADAM ROSLAN tentang BAHAYA MENJADI SEORANG BLOGGER. Sebenarnya masa hari tu dalam class IT lecturere eyfa juga ada katakan benda yang sama. I think benda ni pengguna internet ataupun para blogger perlu tahu hal ni sebab banyak undang-undang yang telah diperuntukan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah media.

Banyal benda yang korang tak sedar sebenarnya. Salah satu contoh yang eyfa tahu, if dekat facebook or any social network kita tak boleh upload and download gambar seseorang tanpa kebenaran daripada mereka. Lagi-lagi gambar yang boleh mengaibkan tuan punya gambar. Tuan punya gambar boleh membuat tindakan undang-undang pada mereka yang upload atau download gambar tersebut.

Ada banyak lagi sebenarnya tapi lecturer eyfa tak terangkan detail. So, karang takut bagi salah maklumat pulak. Hehe. Okay. Ini penting pada para blogger khususnya, eyfa dapat sumber dari ADAM ROSLAN. Sila baca jika anda tak nak terlibat menjadi salah seorang penjenayah cyber =)


Suka untuk sy kongsikan sebuah jurnal akademik bertajuk “BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES?” yang ditulis oleh Sabrina Mohamed Hashim, Peguambela dan Peguamcara di Abdul Raman Saad & Associates.

Menurut beliau, perkembangan Internet di Malaysia telah menyebabkan penulis blog (blogger) bertambah dan mereka ini terdedah kepada risiko perundangan sivil dan criminal seperti:

Hak Cipta (Copyright)
Tanda Dagangan (Trademark)
Fitnah (Defamation)
Hasutan (Sedition)

1. Hak Cipta

Hak cipta digunakan untuk melindungi hasil kerja seseorang sama ada bertulis, lisan atau visual dan bertujuan untuk mengekalkan keaslian daripada disalin tanpa kebenaran. Perlindungan hak cipta merangkumi kerja-kerja yang berikut:
(A) karya sastera, seperti karya tulis, novel, kod sumber dalam program komputer dan laman web dan kandungan dalam pengeluaran multimedia;
(B) karya muzik dan dramatik, seperti skor muzik, drama, dan skrip televisyen;
(C) karya seni, seperti gambar, patung dan imej, dan
(D) rakaman suara dan filem, seperti filem (seluloid tradisional dan pelbagai format video), nota, kaset dan CD muzik, drama atau ceramah.

Beliau menegaskan bahawa membuat posting berkaitan gambar, rekabentuk, gambar produk yang dilindungi oleh hak cipta adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara yang sama berlaku apabila pemilik blog menawarkan rakaman suara dan fail audio yang boleh dimuat turun, pastikan tidak melanggar hak cipta fail tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa syarat untuk menulis posting agar tidak melanggar hak cipta.
Cipta gambar, grafik, kod dan perkataan sendiri.
Gunakan lesen hak cipta yang dibenarkan dalam skop yang telah dipersetujui
Gunakan gambar percuma di Internet selagi tidak melanggar terma yang digariskan oleh pemilik asal.

2. Tanda Dagangan

Tanda dagangan memberi hak kepada pemilik cap dagangan untuk mengelakkan orang lain menggunakan logo, slogan atau identiti mereka untuk tujuan lain atau mengelirukan pengguna.

Para blogger dikira menyalahgunakan tanda dagangan apabila menggunakan logo atau identiti pemilik tanda dagangan lalu dibawa ke laman web lain, bukannya laman web rasmi pemilik tandan dagangan. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan pengguna. Oleh yang demikian, pemilik blog mestilah menulis penafian bahawa laman blog mereka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan identiti yang dibawa oleh penulis dalam tulisan mereka.

3. Fitnah

Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) diperkenalkan untuk membendung bahan cetak dan penyiaran daripada melakukan fitnah dalam penerbitan mereka. Fitnah yang dibuat oleh penulis terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Dalam penulisan blog, akta ini tidak boleh disesuaikan kerana hanya digubal untuk penerbitan buku dan penyiaran. Namun para penulis blog haruslahberhati-hati ketika menulis berita agar tidak memfitnah pihak lain.

4. Hasutan

Penulisan blog yang menjurus kepada penyebaran maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau mengelirukan mengenai perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan keagamaan atau kandungan yang boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap kerajaan atau penguasa adalah dilarang. Penulis boleh dikenakan tindakan dalam Akta Hasutan 1948 sekiranya tulisan mereka di’quote’ di dalam akhbar atau buku seperti yang berlaku kepada Raja Petra.

Sebagai kesimpulan, saya memberi pesanan kepada semua penulis blog di Malaysia agar lebih bertanggungjawab ketika menulis kerana kebebasan bersuara yang dibenarkan di Malaysia adalah tidak mutlak.

RUJUKAN :

BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES?
oleh Sabrina Mohamed Hashim

Sumber ini dari ADAM ROSLAN =)

11 comments :

Unknown said...

Semua fakta tu memang benar belaka. Jadi, sebagai seorang blogger. Kita kena la peka dan berhati-hati setiap masa. :D

anastasyea's latest post .. Kotak Hantaran Perkahwinan | Putih Silver Tema Pilihan?

Unknown said...

yea. lepas ni kena lebih hati-hati =)

amal_fc1303 said...

blogging buat cerita pasal diri sndri sdah..

Unknown said...

buat pasal diri snediri pon kadang2 melibatkan orang lain kan? so, kalau kite marah pada someone kite maki2 dia dalam blog. dia boleh dakwa kita juga. So, sama aje semua. peribadi ke ta peribadi ke semua kena hati2.

myzziema said...

banyak gila rupanya yang kita tak tau pasal alam cyber ni. tapi kan yang pasal download picture kat fb tu, mana kita nak tau ada orang download ke tak?

Unknown said...

haa. yang itu kite tak tahu. yelah. kan kadang2 ada secret admire lah apa lah. dorg kan suka download gambar gambar sesuka hati. patutnya tak boleh. TAPI KALAU KITA DAPAT TAHU and kita xsuka. boleh buat report. ehhe

Aifa Afiqah Sulaiman said...

cam takot..hahaha!

Unknown said...

takyah takut. chill je. just hati2 je la :)

Teruskan Hidup said...

nice info..=)

Unknown said...

sebab tu la jangan dok ctrl+c & ctrl+v je

Unknown said...

btl btl :D

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com