Friday, February 24

Tips tambahkan followers dan pembaca blog

Assalamualaikum.


Hai hari ni aku nak bagi tips sikit macam mana nak tambahkan followers dalam blog kita. Setelah mempunyai beberapa bulan pengalaman berblogging, aku dapat rumuskan beberapa cara untuk kita tambahkan followers ataupun dengan lebih tepat menambahkan bilangan pembaca blog kita.

Cewah ayat aku. Gempak tak? HAHA. Okay kita teruskan.

1) Blogwalking : 

Korang mestilah kena rajin blogwalking ke blog lain, baca entry mereka dan tinggalkan comment di ruang yang di sediakan. Or else korang just boleh drop some words dekat shoutbox dorang. Tak tahu apa tu blogwalking? [*RUJUK SINI *]

2) Ping Entry :

Sekarang ni dah macam-macam group dekat facebook untuk ping entry untuk para blogger. Dari situ juga korang boleh lah ping dan tarik minat blogger yang lain untuk singgah dan baca entry korang sekaligus kalau mereka berminat sudah tentu mereka akan follow kan? ^^ Tak tahu nak ping dekat mana? [*RUJUK SINI*]

3) Entry :

Tulislah entry yang menarik yang dapat menarik minat pembaca seperti isu semasa, gossip artis, information atau pasal diri korang sendiri pun boleh tapi yang paling penting jangan copy paste entry orang lain without any permission or credit. Entry kalau boleh biarlah padat, dan tidak meleret-leret ataupun letak gambar yang berkaitan untuk buatkan entry lebih menarik.

4) Blog :

Ini sangat peting! Korang kena pastikan blog korang tidak berat dengan widget-widget yang boleh menggangu pembaca/follwers korang untuk baca entry korang. Cthnya seperti perkataan yang mengikut cursor, salji dalam blog, dan lain-lain lagi. If blog korang berat nanti pembaca/followers pun berat hati nak baca entry korang :)

5) Peramah & Tidak sombong

Nak tambah pembaca/followers sama aje macam kita nak tambahkan kawan. Tak perlu sombong sesama sendiri dan perlu ada sikap peramah dalam diri korang. Baru lah orang suka. Kan?

6) Button Followers

Bila widget terlampau banyak pada blog, pastikan widget followers letak di bahagian yang paling atas sekali  ataupun letak di bahagian yang senang nampak. Ianya dapat memudahkan blogger lain untuk follow blog korang.

Senang aje kan nak amalkan? Good luck ^_^

7 comments :

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com