Monday, November 28

Garrett Popcorn Shops at KLCC

Assalamualaikum.

Garrett Popcorn Shop ni baru aje buka dekat KLCC depan Maybank tu. Serius memang sangat ramai okay orang beli popcorn ni. Aku kerja dekat KLCC tu memang setiap minit ada aje orang lalu dekat counter aku bawa paper beg Garrett Popcorn ni.

Memula aku macam pelik lah ape kebenda lah semua orang duk makan popcorn ni. Sedap sangat ke kan? aku pun time break usha la line tengok kedai popcorn ni. Perghhh! Beratur nak beli punya lah panjang. Terus aku tak jadi nak beli.

And then kebetulan hari ni aku kerja morning. Aku pun nak lah cuba kan popcorn yang ramai gila orang Q ni kan. Nak tahu aku beratur selama berapa jam untuk dapatkan popcorn ni? 1 JAM & 15 MINIT babe! Memang dah kejung aku tunggu doe.

Korang bayangkan lah sendiri betapa lamanya aku beratur. Grrrr~ Aku beli Popcorn Caramel Crisp and Cheese Corn. Caramel Crisp sangat sedap daripada popcorn caramel biasa yang lain and yang Cheese Corn tu macam muak sedikit.

But if suka dua-dua baik ambil Chicago Mix sebab Chicago mix ni combine Popcorn Caramel Crisp & Cheese Corn. Bila makan baru rasa macam sedap sikit kan bila mix and cheese nya pun tak berapa muak sebab dah campur dengan Caramel.



Harga? Nod bad lah mahalnya tapi tak lah mahal sangat sampai tak mampu nak beli kan. Yang Small RM16, Medium RM21 and Large RM26. Yang lagi besar pun ada tapi dah sure lah lagi mahal kan. HEHE. So, siapa yang belum cuba korang kena cuba sebab memang sedap popcorn ni =D

KBAI~

6 comments :

Ezy Chiaki said...

saye bukan penggemar popcorn..
hihikk

Azzah said...

selalu beli pop corn kat panggung wayang sebab sedap

sarah mohamad said...

Eh ada jugak jual popcorn selain dari dekat paanggung. HEHEH tak tahu punggg! Nanti nak pergi KLCC nak beli lah :D

kura said...

mahal gila.... xmampuu. sobs. tolong belikan? haha

Abg Stalker said...

aduh..macam2 mende la skrg ni.nmpk cm menarik.tin je la..hahaha

siti kektus said...

maai. mcm2 perisa ada ek. kalau kite, mmg kite makan popcorn kat pasar malam tu je ha. hehehe :p

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com