Tuesday, November 29

Buat duit secara online.

Assalamualaikum.

Aku kadang-kadang sangat pelik. Masih ada manusia yang suka join benda yang merepek-repek ni kan? Padahal aku rasa benda ni dah terang lagi bersuluh memang tak akan mendatangkan hasil.


Dulu aku pernah ada orang nak tarik aku buat keja-keja terkutuk ni. Kononnya sambil online pun boleh buat duit kan? Hamboi mewah kau tijah. Hari-hari aku online maknanya memang hari-hari lah duit masuk dalam account aku.

Aku pun layankan ajelah mamat ni. Dia handsome kan. Aku pun dah ulat bulu naik daun, aku bebuat la berminat kan. Dia kata kena bayar duit modal, kalau lagi banyak modal lagi banyak la duit masuk. Time tu memang aku banyak tanya, tapi ada aje jawapan dia. HUHU.

Aku peliks. Dia suruh aku keluarkan modal benda yang aku tak nampak. Err! Apa ayat aku ni? Okay maksud aku dia suruh aku bayar duit modal tu dulu baru dia bagi tahu aku tips macam mana nak buat duit. Dia kata benda ni macam business. Kalau business dah tentu kena ada barang and service yang kau jual. Aku kena keluar modal nak buat business tapi aku tak tahu barang or service yang aku nak buat. Tak ke aku BODOH dekat situ kalau aku percaya?

Lepas tu dia kata setiap kali online facebook or twitter ke apa boleh dapat duit dengan mudah. Mak aii. Bila dia cakap macam tu aku rasa sia-sia aku belajar pandai-pandai kalau semudah ni nak cari duit? HAHAHA. Kalau aku tahu memang dari lahir aku nak buat business ni. HAHA. Puii~

Lepas ni makcik jual nasi lemak, buruh, petani, penoreh getah, makcik kantin, promoter, manager, ceo and yang sewaktu dengannya sila lah BERHENTI KERJA. Buat business ni. Lagi kayo beb! Online sahaja duit masuk. Kau ado? HAHA.

KBAI~

P/S : Kalau betul-betul nak buat duit secara online. BACA SINI (!) Tapi macam biasa, ada usaha ada hasil. Kalau tak usaha sampai berbuih mulut kau pun belum tentu kau nampak hasil. 

6 comments :

Mr.Superman said...

HAHAHA..tipah tertipu lagi~jgn le percaya.klu le on9 je duit bole dtg berterbangan kt kita,da lama pengemis2,org susah,x masuk bersama Mu.tp sume minx bantuan laptop dan wifi je.pastu bt duit hari2.HAHAHA

Ana Farhana said...

huhu,bahaya kn kalau percaya bulat2.org skrg ramai ske menipu duit org..

Unknown said...

takyah kau percaya sangat weyh..

SoLy SoLicious said...

smua org nk jln pntas skg...hoho

ct kektus said...

aish. ini bisnes tipu namanya. kalau orang yg gila duit sangat2, mungkin senanglah di tipu dgn org2 cmni.

Unknown said...

haaa, gua setuju sgt.. mcm tu gua pn nk benti kje la..24 jam on9 jee..hahaha.. bangang btl penipu tu..

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com