Sunday, August 7

Jenis pembaziran yang menjadi amalan umat Islam

Assalamualaikum.

Dah genap seminggu kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah, everything berjalan dengan lancar. Bila tiba bulan Ramadhan aje, walaupun syaitan sudah di kurung, namun godaan nafsu yang kuat bulan puasa ini, dikatakan bulan yang mencabar.


Ramai antara kita tak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Manakala nafsu manusia memain peranan penting merangsang keinginan dalam belanja seharian terutama bulan puasa. Membazir ialah amalan syaitan.

Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya”. - Surah Al-Isra’ ayat 26 dan 27

Jenis pembaziran yang menjadi amalan umat Islam ialah:

  • MAKANAN BERBUKA. Penyediaan juadah berbuka atau pembelian juadah yang melampau dan melebihi keperluan sesaorang ialah jenis pembaziran ketara dalam masyarakat kita. Mereka membeli dan belanja ikut nafsu, bila lebih makanan itu akan di buang.
  • MAKANAN BERLEBIHAN SEMASA BERSEDEKAH ATAU KENDURI DI MASJID : Niat buat kenduri atau sedekah itu amat baik, tetapi apabila makanan yang di sedekah itu terlalu banyak, maka jemaah yang datang tak mampu makan, malah setengah makanan itu terbuang dan ia amat membazir. Perkara yang sedih ialah pembaziran dilakukan di rumah Allah. Setengah makanan itu rosak dan basi. Ini juga mendukacita dan tidak tercapat matlamat puasa dan sedekah di bulan Ramadhan ini.
  • MEMBAZIR MEMBELI PERSIAPAN RAYA: Ramai yang menukar peralatan rumah, pakaian, perabot dan sebagainya kerana alasan kita nak raya. Tapi ramai yang tak sedar setengahnya boleh menjurus kepada pembaziran, jika kita belanja mengikut nafsu dan berlebihan. Setengah dari kita ada perasaan menunjuk-nunjuk dengan jiran, ini yang parah.
  • MEMBAZIR BELANJA MEMBELI MERCUN DAN BUNGA API : Ini adalah amalan yang perlu di elakkan. Latih anak kita supaya jauh dari permainan ini, kerana ia membazir wang, membahaya dan salah di sisi undang-undang
  • MEMBAZIR MASA : Membazir masa yang tak sedar. Tetapi ramai yang buang masa dengan borak kosong, lepak dan buat aktiviti tak faedah. Ini bulan yang perlu diisi dengan amalan baik, kebajikan dan ibadat.
  • BUKA DI TEMPAT MEWAH ? : Adakah ini keperluan atau kehendak, saya tak mahu ulas, nanti orang kaya marah, tapi kita boleh fikir sendiri, kadang makanan di hotel sama dengan di pasar ramadhan, cuma di hotel lebih selesa, itulah bezanya!. Namun harga di hotel kadang 10x ganda? membazir atau tidak.

22 comments :

eijann said...

aku buka dengan maggie je pah. sebungkus. nak buat mcm mana. mak jauh di kota Makkah.

kura said...

berbuka di tempat mewah paling i dont like.. mcm meraikan puasa je bila berbuka kat tempat mewah kan. sedangkan puasa itu adalah sesuatu yg suci. igt puasa tu mcm parti apa nk sambut ditempat yg mewah2 mcm hotel bagai semua? -kawan kura yg ckp. heheh

Anonymous said...

btol3
buln puasa cmnie la ramai yg suke mebazir..ikut suke nafsu beli macm2
hehe

Nasz said...

betul tu. kena la bezakan keperluan dan nafsu semata2.

MOHD NASER.com

Akulah Pak Lan said...

Aku berazam nak berbuka sambil paw orang ja..insya-Allah tak membazir..

arituarini said...

jgn membazir..aku g bazar beli kuih je pas tu air..dah cukup..beli bnyk2 mcm 1st pose ari tu tk abis

K said...

hehe, tak pergi bazar, masak dan buat sendiri. mercun dan bunga api dapat free,

best nya~ XD

Faez Rusni said...

tula pasal..saye cube elakkan pembaziran tu berlaku dengan berbuke dekat masjid je..
jimat segalanya,masa dan duit..samping tambhkan mase tu beribadah
Insyaallah..

Akunyer said...

sebelum berbuka memang rasa nak makan segala makanan yang ada kat bazaar tapi tula bila dah berbuka kekadang kena kurma pun dah kenyang... teringat satu ayat yang Ticer dengar dari sorang penceramah.. ramai antara kita yang tak pandai ilmu berbelanja sebab kita tak tau bezakan antara kehendak dan keperluan..lebih kurang cenggitu la ayatnya.. wahh panjangnya komen... t berpinau mata Eyfaa baca :D

Rean said...

manusia ni mmg suka membazir..termasuklah diri ni sendiri haih.. tu lah, kita terlalu mengikut hawa nafsu masa membeli, semua benda nak rasa..

Unknown said...

kiri kanan bazir. bulan puasa namanya laa ni bulan bazir

Addin said...

kadang kadang berbuka ikutkan nafsu . beli banyak banyak then tak terhabis. huhu

ct kektus said...

kite rasa kalau sekali sekala nak merasa tempat selesa bagi yang mampu, tu ok kot. tapi kalau hari-hari, memang membazir lah. ;)

ct kektus said...

bagi kite baik beli yang murah, taqpi dapat byk, hehe

Tea Dno said...

jangan membazir, tak elok.. :)

Tea Dno said...

tea slalu je lapar sebelum buka puasa.. tapi dah buka taknak makan banyak pun.. so, dah amik pre-caution dah.. taknak lagi masak, beli makanan banyak2.. hoho..

p/s: ayam golek sedap

abglan said...

InsyaAllah, cuba memperbaiki diri...

red gitarputeh said...

well, memang tak ramai yang dapat kawal nafsu.. nak nak bila bulan puasa..

Kawan Dalam Musibah. Kita Buat Apa?

Hafizin Jamil said...

membazir itu amalan syaitannnnn..

ieza ashaari said...

godaan sebelum berbuka mmg melampau.. tp bila buka, makan 2-3 suap dh kenyang..

Anonymous said...

Tp kte ske bunga api T^T

*ehehehe, ok tak mmbzir ;P*

iPai said...

ala eyfa .. kadang2 nak kelebihan .. kalau kat hotel mahal, saya makan sampai cukup dengan apa yg saya bayar .. haa, amacam, ok x ?

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com