Friday, August 12

Peristiwa yang mencuakkan.

ASSALAMUALAIKUM <3

Korang pernah tak pernah tengok kemalangan berlaku depan mata korang? Betul-betul depan mata! Tak kisah lah kemalangan apa pun. Yang teruk ke sampai melibatkan kematian ke ataupun cedera kecil or sowhatever lah kan. Janji kemalangan lah kan. Pernah tak? Hmmm.

Eyfa ada peristiwa yang tak pernah eyfa lupakan sampai sekarang. Dulu-dulu masa eyfa Sekolah Rendah Agama (SRA) eyfa sekolah petang, eyfa selalu balik jalan kaki dengan kawan eyfa. Masa kitaorang balik sekolah tu. Memula kawan eyfa ada je kat sebelah eyfa.

Tetiba aje tengah gelak-gelak, kebaaboommm!! KAWAN EYFA HILANG! Eyfa dah cuak dah. Rupa-rupanya kawan eyfa kena langgar dengan kereta. Berdarah-darah kawan eyfa tu. Eyfa dah tak boleh fikir apa dah dalam kepala otak. Rasa takut menguasai diri.

Abang dalam kereta tu pun keluar, nak hantar kawan eyfa g hospital sebab dia pn dah cuak tapi kawan eyfa tu xnak. Padahal dah berdarah-darah dah tu. Lepas tu eyfa just kata suruh abang tu hantar kawan eyfa dekat rumah dia, sebab rumah kawan eyfa tu dah tak jauh.

Dah lepas tu, esuknya kawan-kawan eyfa kat sekolah semuanya salahkan eyfa atas kemalangan yang berlaku dekat kawan eyfa tu. Siap kena pulaukan lagi. Semua taknak kawan dengan eyfa. Masa tu kecil lagi kan, bila kena sisihkan mesti la rasa sedih siap taknak g sekolah lagi.

Huhuhu. Moral of the story berhati-hati lah di jalan raya. Tak kisah la Korang bawa kereta ke, motor ke ataupun pejalan kaki sekali pun. Malang tak berbau. Jadi sentiasa lah berhati-hati walau dimana jua anda berada. Hehe

KBAI~
*****U Mobile On Net*****
*****Toyota Vios*****
*****PROTON INSPIRA*****
*****P1 4G EXCLUSIVE*****
*****CELCOM COLUMBO*****
*****DIGI IPHONE4*****

14 comments :

Ezy Chiaki said...

byk kali kot tgok accident dpn mate..
msti ketar lutot..
huhuuu..
cian eyfa..
xpsl2 kene pulau..
huhuu

kura said...

siap kena pulau? sobs.

Nurnajwa said...

Eh diorg ni, siap nk slhkn sis ><

*ini tidak adil! hehe*

sergeant keroro said...

yeke? kesian kawan eyfa.

kesian eyfa gak. tak bersalah kot T_T

H.J said...

tak pernah tengok lagi tuh.pernah tengok yang baru lepas 2 minit berlaku kemalangan..haha

kotak bulat said...

tak ptt tu pulaukn.. bnda da nk jdi kn.. nsib baik kecik lg time tu

ArulchelseA said...

memang mencuakkan pun..kih kih..

*cam pernak dengar je "mencuakkan tu" kat mana ye..kih kih kih

Kathy Tuah said...

x penah lagi tgk accident life mcm tu..harap2 x tgk smpai bila2 -.-'

mizzkechique said...

erkk, nape eyfa lak kena slhkn.. ngeng btl la.. bnda nk jd kn..

siti kektus said...

pernah sekali. masa fm5. naseb baik member selama, cuma dahi je berjait. kesian dia. hukhuk

siti kektus said...

aih. macam mana eyfa pulak yg disalahkan ni? pelik je.

akoo pae said...

uu akoo tak penah..

siannye eyfa..tak pasal2 dipersalahkan.
huhu

Nur Farah Hani said...

setakat ni tak pernah lagi..

tapi last mont kereta y fara naik kene langgar ngan lori.. cuak kejap.. tapi sib baik semua okeyh.. :D

Tea Dno said...

ngeh3.. bebudak gitu lah alkisahnyaa.. banyak kali dah tengok eksiden depan mata.. tea sendiri eksiden pun ada.. ==,

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com