Sunday, August 7

Berapa banyak kali kau nak sambungkan?

Assalamualaikum.

Sila teliti situasi di bawah ini =)

Kita : Assalamualaikum Encik/Cik.
Dia : Waalaikummusalam. Boleh saya bantu?
Kita : Boleh. Saya Afifah Alias, saya nak tanya pasal "bla bla bla...." dah siap ke belum ya?
Dia : Oh sebentar ya saya sambungkan.....
Kita : Okay.

Dengar lagu dalam 3-4minit..

Dia : Hello, boleh saya bantu?
Kita : Boleh. Saya Afifah Alias, saya nak tanya pasal "bla bla bla...." dah siap ke belum ya?
Dia : Oh itu jabatan "tettt" yang sediakan. Nanti saya sambungkan....

Dengar lagu lagi..

Kita : Hello.  Saya Afifah Alias, saya nak tanya pasal "bla bla bla...." dah siap ke belum ya?
Dia : Oh okay. Boleh bagi saya no. rujukan?
Kita : Abcdef
Dia. Tunggu sebentar ya saya sambungkan pada person in charge.

Dengar lagu lagi..

Dia : Hello..Sukarjo here. Can i help you?
Kita : Saya Afifah Alias, saya nak tanya pasal "bla bla bla...." dah siap ke belum ya?
Dia : Sorry cik. Perkara ni bukan dalam bidang kami. Ini jabatan "bla bla bla.." yang uruskan.
Kita : Aik tadi dari jabatan "bla bla bla.." cakap department ni yang uruskan.
Dia : Oh ya? Mereka belum submitkan lagi pada department ni. Kejap saya sambungkan...

Pernah tak alami situasi di atas? HAHA. Eyfa memang dah banyak kali kena. Dari zaman student dulu, sampai lah dah kena and sampailah eyfa dah sambung study balik. Selalu aje kena macam ni. Time memula call boleh sabar. Last-last memang makan maki lah. Yang sana tolak sini. Yang sini tolak sana! Ingat eyfa ni bola agaknya? buat habis bil telefon aje. 
"Encik/Cik ingat saya call memang nak dengar lagu Encik/Cik? Dah la tunggu lama baru nak angkat. Lepas tu main passing pulak. Sebenarnya siapa person in charge masalah saya ni?"

Lepas tu baru nak menggelabah suruh chill lah sabar lah. Dah kena marah baru tahu nak suruh sabar? Dari tadi duk main sambung2kan ingat orang suka agaknya? Dah lepas kena marah selalunya mesti settle problem eyfa tu. Selagi tak marah, selagi tu dorang amik tak port aje masalah kita.

Kenapa boleh jadi macam ni eh? Ke kerja dorang memang suka main sambung-sambungkan? Ke nak lari dari buat kerja? Bila dah kena marah pandai pulak settlekan masalah tu. Kalau tak...kerjanya tahu nak main sambung-sambung sampai lebam. SAKIT HATI!

KBAI~

12 comments :

iPai said...

biasa juga kena cam ni .. lenkali kalau eyfa dpat sambung ni .. trus aik direct line ke jabatan tuh, kalau dia tak kasi, eyfa kasi sembur ...

arituarini said...

pernah..rasa nak lempang2 je org tu..kih kih kih

A's said...

memang selalu sangat bende mcm nih berlaku..rimas betul kan?? adehh! dah lah kita yg bayar bill..mengada-ngada betul!

Anonymous said...

hehe
klo da kene smbung 2,3 kali tu
trus tekan off je
hehe

ezy.fia said...

mase kerja dulu prnh kene mcm ni..
geram betol..
nsb baek kol gune fon opis..
kehkehkeh

K said...

entah, memang dah jadi trademark diorang kot. kononnya sibuk. keh3

| CIKZEK | said...

hahaha sabar2..chill ya eyfa ^^

kura said...

menguji kesabaran. eh.

Tea Dno said...

suka lepas tangan.. that's why jadi gitu.. hahaha..

Wuming said...

Memang kerap pun kena mcm ni..


Dah Follow..

Anonymous said...

Ni mst sje nk knekn org, dh niat la tu~ --'

*payah ohh klau mcm ni, ape pon tak boleh ;D*

ct kektus said...

hehehe. pernah kot. tak ingat dah.




dorang malas nak jawab2 tu semua. tu yg suka2 main pas2. ;)

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com