Sunday, November 25

Twitter trending : Lyana Evans dan Hana Hawani

Assalamualaikum.

Semalam belum habis lagi kes Ayuni sekarang dah di tambah pula dengan kes Lyana Evans. Kahkah! Aku kadang-kadang rasa nak letup aje kepala sekoq sekoq pasal bahlol melampau.

Ayuni kes tak mengaku dia Malaysian, yang kes Lyana Evans ni pula nak suruh bapa dia mati cepat sebab bapa dia selalu halang dia melepak/tidur rumah kawan, balik lewat malam and etc.


But yang bangang nya budak ni, apesal kau tak lari rumah aje dik? Kau minta doa suruh ayah kau mati awal kau ingat Allah nak makbulkan ke? aduhai.

Tu lah bebudak sekarang ni makin lama makin kuajaqqq~ Aku rasa macam nak azan aje telinga sorang-sorang kasi bernanah telinga tu. Kalau bapa kau mati kau nak makan apa? makan pasir? kau ingat kawan-kawan kau ke boyfriend kau ke nak bela ke makan minum kau? Please lah! Otak letak kat mana dik? Simpan dalam peti ais ke?


Haaa ni lagi seoarang budak yang bebal abadi, nak bunuh diri sebab break dengan boyfriend dia. Konon boyfriend dia curang. Aishh! Dunia dunia! Kau nak mati pergi mati jelah yang sebuk nak update kat twitter dah kenapa? nak orang simpati? aduhh. Bebudak sekarang ni macam-macam perangai!!!!

Tapi kan aku rasa kan bebudak sekarang ni sebenarnya nak PERHATIAN je. So kita abaikan aja mereka ni semua.

Saturday, November 24

Ayuni buang kerakyatan Malaysia demi cintakan Artis KPOP.

Assalamualaikum.


Kecoh di twitter, semua Kpopers marah pasal artis Kpop kena baling dengan kasut (maybe) and di boo dengan teruk oleh rakyat Malaysia di Sunway semalam.


Sebenarnya aku pun marah juga siapa makhluk Allah yang pandai sangat baling object ke arah artis ni. Tak beradab. Tapi chill lah jangan lah sampai taknak mengaku awak tu warganegara Malaysia. Twitcon pun pakai baju sekolah. Aduh!

Si Ayuni and bell ni pulak bijak pandai ni pula marah sangat gamaknya artis kegemaran dia dilakukan sebegitu, lalu dia pun update lah kemarahan dia tanpa memikirkan akibat yang bakal di hadapi kelak. Cewah ayat aku! Kihkih~

Okay lah. Aku malas nak borak lebih. Berita selanjutnya boleh lah anda lawati : http://www.ehgosip.com/2012/11/ayuni-buang-kerakyatan-malaysia-kerana.html

Sunday, November 18

Handbag pertama saya.

Assalamualaikum.



Lama sungguh lah aku tak update blog ni. Bukan kerana aku busy sangat, kalau ikut kan boleh aje aku nak update tiap-tiap hari macam dulu cuma idea makin kekurangan. Kihkih~

Actually aku nak cerita something ni. Siapa yang kenal aku maybe tahun lah aku ni boyish sikit. Eh! Rasanya bukan sikit tapi banyakkk! Kahkah!

Aku nak cerita yang last week aku ada beli HANDBAG! Korang percaya tak aku beli handbag? Aku ni jenis keluar rumah sehelai sepinggang. Tak macam perempuan lain, kalau boleh beg balik kampung tu dorang nak heret ke hulu ke hilir. Kihkih~

Acah-acah aku nak berubah, nak buang sikit boyish aku tu. Nak jadi gegirl so aku pun nekad lah beli handbag. Handbag aku harga ratusan juga. Memula rasa membazir pasal aku bukan pakai sangat pun tapi tak apa lah lama-lama aku kena biasakan guna handbag juga kan.

Tanpa buang masa, aku nak tunjuk sikit handbag yang aku beli. Kihkih! Ini pun kawan aku yang pilih. Aku mana tahu apa-apa pasal handbag ni. Bagi aku sama je aku rasa. HAHA. Cuma kali ni aku rasa macam hndbag aku ni lawa jugak la. Bagi aku la! bagi korang xtau la. Hehehe


Okay tak? okay tak handbag kita? =D
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com