Friday, December 6

Pilihan destinasi bulan madu : Pulau Gemia

Assalamualaikum,
dan Selamat Sejahtera kepada non-muslim.

Setelah ditolak tambah bahagi darab kuasa dua, tinggal lagi 12 bulan aja lagi aku nak bergelar isteri. Orang kata 12 bulan memang lah lama lagi, setahun kot lagi tapi aku dah excited nak buat persiapan perkahwinan aku. Lagi-lagi nak pergi bulan madu. Hekhek! Tak sabarnya rasa! Hehe.

Memula aku fikir macam nak pergi luar negara. Acah-acah dah bosan duduk Malaysia kan, padahal baru dua tiga tempat aku pergi. Banyak lagi tempat tak khatam. HAHA. Setelah di fikir masak-masak, aku cadang nak honeymoon dalam Malaysia aja. Save budget sikit, maklum la lepas kahwin ni lagi banyak nak pakai duit kan.

Eh jap! tapi kalau ikutkan hati aku nak pergi luar dari Malaysia. Kalau ikutkan hati la. Kalau ikut nasihat orang sekeliling aku rasa apa dorang cakap tu betul. Malaysia pun banyak je tempat menarik. Salah satu tempat yang aku berkenan ialah PULAU GEMIA.




Pulau Gemia ini terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas. Orang kata pulau ni sangat best and sesuai kalau nak honeymoon sebab pulau ni sangat private okay! Kalau pergi sini, aku cadang nak ambil pakej Water Villa sebab tempat dia superb okay! Class kau jijah!


Okay tak aku macam dah tak sabar nak honeymoon. Kehkeh! Aku usha pakej dia 3H 2M adalah dalam RM2000 per couple. Aku rasa okay la harga dia, tak ada lah cekik darah sangat. HAHA. Tapi tak tahu la Encik Tunang setuju ke tidak kan? Kena juga tanya pendapat dia, kang aku sorang yang syok sendiri pilih tempat. HAHA.

Selalunya tunang aku ni jenis tak banyak songeh macam aku, dia okay je kot. Lagi pun tempat ni sangat lawa kot. Aku rasa kalau aku datang sana, aku taknak balik. Huhuhu.

Ada cadangan lagi tak mana tempat honeymoon yang best dalam Malaysia ni? Kalau ada bgtau la. Kot2 ada port best yang aku terlepas pandang kan? So far aku paling suka Pulau Gemia ni. Yang lain belum usha lagi. Kalau ada yang best-best bagitahu lah kita k. Hehehe

2 comments :

Hana said...

Assalamualaikum kak, saja nak kongsi. Pernah saya tengok tempat orang honeymoon yang cantik jugak kat Port Dickson ^^

Puan Ezy said...

canteknyeeeee..
saye ni g bulan madu kat langkawi je..
2pon skli ngn family.. hikhik

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com