Friday, December 6

Saya budak gemuk.

Assalamualaikum.
dan Selamat Sejahtera pada yang non-muslim.

Seperti yang korang tahu, Malaysia ni makin hari makin ramai orang gemuk. Sebagai bukti tengok ajalah sekeliling kita, orang gemuk ada di mana-mana. Contoh terdekat AKU! Kehkeh.

Aku ingat lagi masa berat aku 110-120KG pada awal tahun 2012, time tu memang gemuk sangat-sangat! Aku tak tahu lah kenapa aku tak sedar-sedar diri time tu, mungkin juga sebab orang sekeliling aku semua layan aku macam manusia biasa. Mereka semua tak memandang fizikal aku sampaikan aku tak sedar berat aku naik maximum sehingga 120KG. Boleh bayangkan tak bahagianya aku sampai berat naik mcm anak gajah pun tak sedar! Kehkeh.

Aku mula perasan aku sangat gemuk sebab tengok dalam gambar. Aku rasa mcm "Eh ini ke aku? Apesal gemuk sangat ni? Dah macam anak gajah dah!" Tak percaya? Meh tengok gambar bawah ni. Korang yang ada sakit jantung dinasihatkan jangan tengok okay gambar ni. Kang tak pasal-pasal aku kena bagi CPR kat korang pula. Hehehe




Gemuk gila kan? Aku risau kalau letak anak gajah sebelah aku, mesti korang tak dapat beza mana satu aku mana satu anak gajah, sebab dah serupa dah! Kahkahkah! Aku sendiri rasa malu bila tengok gambar ni, aku pelik macam mana aku boleh terlampau 'bahagia' macam ni.

Masa ni aku dengan tunang aku dah masuk tahun ke-dua couple. Time tu belum jadi tunang la, dia still boyfriend aku. Aku pelik mcm mana dia boleh suka dekat budak gemuk macam aku ni ha? ^_^

Sekarang ni berat aku dah 83KG. Alhamdulillah, walaupun masih obes tapi tak lah teruk macam dulu. Sekarang pun aku still tengah turunkan berat badan. So far, aku dah turunkan 35KG dalam masa setahun walaupun secara tidak consistent atau erti kata lain, kejap on kejap off.

Biasa lah manusia, cepat give up kan. Banyak menyimpang dari jalan straight. Nak kuruskan badan ni bukan senang macam makan kacang. Kena usaha kuat! Tak ada usaha tak ada lah hasil kan. Nak tengok tak gambar terbaru aku? Hehehee. Dah comel sikit dah dari dulu.


Ada lagi 23KG lagi untuk di hapuskan dalam sebelum May 2014. Harap-harap masih punya semangat untuk meneruskan perjuangan mengurangkan berat badan. Amin~ Wish me luck guys. Muaxxx. 

8 comments :

Puan Ezy said...

nmpk ketara perbezaan..
gud job eyfa! nk jgk kurus..
huhu

Nurzakiah Hanum said...

good luck

Eda Johari said...

godjob eyfa..
keep it up..
Btw nak kurus jugak..
tp susah.. haha

ezyra daniel said...

Jauh beza dlu dgn skrg..goodluck ye kak.btw kalau akk de nuffnang,sorry sye tkleh klik skrg.nnti sye klik later ;-)

ct kektus said...

wahhhh. banyak tu awk dah turun. tahniahhh !!!

all the best ok untuk dapatkan ideal weight ! eyfa boleh. :)

Qla Ndhrh said...

Wahhhhh kuatnya semangat kak. Fuyoo fuyooo tahniah. Btw even though gemuk. Comel tau.

emmeraz said...

PERUBAHAN YANG KETARA...USAHA LAGI...ea SENTIASA MEMBERI SOKONGAN...

Cik Jaja said...

bagusnya awak ni.. lagi bagus kalau awak cuba cari persekitaran positif. Saya cadangkan awak cari kawan macam dekat sini http://adf.ly/aUhvY saya pun dulu macam awak.. jadi saya sgt faham! gud luck, all the best for the journey..

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com