Thursday, January 5

Tutorial tukar posisi comment box

Assalamualaikum.

Kalau korang perasan tempat comment aku belah ATAS kan? Selalunya dekat bawah. So, ada seorang rakan blogger tanya macam mana nak buat comment box tu belah atas. Errr. Masih blur tak faham. Okay tengok gambar bawah ni.



Now dah faham kan?  "Drop your comment here" tu dekat belah ATAS bukan di BAWAH. Ini dapat memudahkan lagi pengunjung untuk tinggalkan comment untuk kita. Kalau belah bawah kan penat nak scroll semata-mata nak cari comment box. Hihi.

Okay malas nak membebel panjang-panjang, kalau korang nak cuba buat boleh lah tengok TUTORIAL dekat sini. Semoga berjaya okay! =D

Cabaran semester baru.

Assalamualaikum.

Semalam hari Rabu bersamaan 4 January 2012 aku telah selamat mendaftar untuk semester 4 di Kolej Poly-Tech MARA, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang aku harapkan ^^


Ingat tak dulu aku ada mengadu dekat blog yang aku dapat C+ dalam salah satu subject yang aku ambil sem lepas? ( RUJUK SINI )Hmm. Memang mengecewakan tapi tak apa lah mungkin usaha aku tak cukup tu yang result pun hampeh. Hihi.

Aku kira pointer aku dalam 3.38 kan? Alhamdulillah, bila dapat result sebenarnya aku salah kira. Dapat 3.39. Lagi 1.1 sahaja aku nak dapat dean list. Arghh! Takpe, takpe kira halal lah tu kan. Next year subject sangat core. So, kena usaha lebih.

Sebut pasal pointer, aku dapat masuk group 10 iaitu group yang terdiri daripada pelajar-pelajar dean list (aku tak tergolong) so, aku rasa macam saingan tu sangat kuat dan di tambah pula dengan subject yang agak core. Aku tak tahu macam mana nak survive next sem ni.

Dah la kawan-kawan tak ramai dalam group tu. Kebanyakkannya semua aku tak kenal, 2 atau 3 orang aje aku kenal dalam group tu. Kesiannya aku. Hikhok. Tak apa lah, buat-buat kenal ajelah. Huhuhu. Btw, kalau baik hati doakan lah aku lebih berjaya sem ni. Thank you.

KBAI~
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com