Assalamualaikum.
Dah selamat berbuka semua? Alhamdulillah. Berjaya dah kita semua sempurnakan puasa hari pertama. So, apa perasaan? Mesti happy kan dapat habiskan satu hari puasa? Kalau time aku budak-budak mesti dah dapat RM1 sebab puasa penuh. Dah besar lebar ni idok ler dapat lagi. Huhu.
Menu berbuka aku sekeluarga pada first Ramadhan ni. Sotong sambal. Ayam masak lemak cili api. Ayam goreng. Sayur kacang botol. Tempe+kacang+ikan bilis sambal. Tembikai. Cekodok. Air Tea O panas dan juga Lai Che Kang.
Wah! Meriah tak lauk berbuka puasa kami? Aku ambil nasi suku sahaja tapi lauk aku menimbun. Maaf la aku susah sikit nak kawal kalau nampak lauk banyak-banyak macam ni. HAHA. Kami sekeluarga berbuka di Taman Rakan, Kajang dekat rumah Makcik dengan Tokmak. So kira berbuka ramai-ramai lah.
Bila makan ramai-ramai berkumpul macam ni seronok kan? Isk ini baru puasa hari pertama, belum raya pertama lagi. HAHA. So, sebelum tu jom niat puasa sama-sama. Kang takut terlupa pulak. Hehe.
Bte korang semua berbuka apa? Meh la share nanti bila mak aku tak ada idea nak masak apa, boleh la suruh mak aku masak apa yang korang makan pulak kan. Hehe. Sharing is caring.
10 comments :
waahh... sedapnye~
wah wah meriah! XD kacang botol tu care..terbaek lah...selamat berpuasa ;)
wahhh banyaknye laukkk .. :)
meriah sungguh juadah berbuka syulur alhamdulillah
wah,,,banyak nye.......semalam masak sup etam..nyumm..hee
*ketam...
patotlah banyak eyfa. buka ramai2. :D
kite buka roti jala semalam. :D
wah! sedapnya..
hari ni berbuka dengan juadah apa pula?
assalamualaikum eyfa...selamat berpuasa yer..sedap je tengok juadah tu...:)
Amboi, meriahnya lauk dier.. Sedap tue.. hihi..
Post a Comment