Sunday, July 8

Zumba Fitness.

Assalamualaikum.

Lama sungguh aku menghilangkan diri dari duni blog ni. Serius rindu tapi nak buat macam mana sekarang aku tengah busy menyihatkan diri dengan Herbalife. Hehe.

Selain tu, sekarang aku dah start masuk Zumba Fitness. Mula-mula aku pun blur apa tu Zumba? Kan aku sebuk mencari class aerobic? Hehe. Last-last terjumpa zumba. Sekarang makin famous Zumba ni. Makin hari makin dapat sambutan. Itu yang buat aku berminat nak join.



Zumba ni actually more to dance but untuk fitness. Selalu kalau kita pergi gym ataupun bersenam sendiri jogging ke apa mesti rasa macam boring dan tak berapa seronok. But kalau ada duit lebih aku nasihatkan pergi Zumba Fitness ni.

Masa nak masuk dulu, aku fikir aku tak boleh buat. Yelah sebab menari kan? Kau gila gemuk menari tak hudoh pulak kan? HAHA. But lama ke lamaan aku jadi ketagih. Aku dah tak peduli apa orang nak kata kan, instructor aku pun kata buat aja selagi boleh jangan hirau orang. Kalau kita hirau kan orang sampai bila pun tak akan berjaya.

Sejak dah merasa sekali Zumba terus aku jatuh cinta. Walaupun aku masuk class tu sorang-sorang tanpa kawan but aku enjoy gila dalam class tu. Semua orang kat situ peramah. Hehe. Now hari-hari aku rasa macam tak sabar-sabar nak pergi class Zumba ni.

Aku ambik Zumba Fitness class ni dekat area Hulu Klang. Korang boleh google cari dekat dengan area rumah korang. Nak tahu lebih lanjut zumba ni macam mana korang minta aje bantuan encik google tu. Jom layan video ni dulu, aku tengok pun dah rasa seronok. Itu belum kalau diri sendiri yang buat. Puas hati sebab dapat buat lemak ni menangis kena bakar. HAHA.




Sejam pun dah boleh buat kau berpeluh bagai nak gila, bayangkan sehari korang buat sejam pun dah cukup. Tapi percaya cakap aku, sejam takkan cukup sebab zumba ni macam dadah, dia akan buat kau ketagih nak lagi. HAHAHAHA.

And one more, just nak share kegembiraan aku. Aku dah berjaya turunkan berat aku 6kg dalam masa 20 hari. Alhamdulillah. Happy tak terkata ^_^

7 comments :

Ahmooyy Chantekk said...

Best nya ! Kat mana ? Mahal tak ? Nak jugak bakar lemakkkk >.<

Annika said...

go eyfa go!!!
:D

faridah nazurah said...

wahhh good improvement syg.. good luck utk turunkan lg berat badan!

maszull said...

assalamualaikum eyfa...mama dah poskan hadiah buat eyfa yer...kalau dah sampai bagi tahu mama yer...:)

mama tag eyfa...:)

siti kektus said...

wow. tahniah eyfa dah turun byk tu. keep it up beb. :D

HanaNabihah said...

wahh! mcm best je. Hana joget sorg2 je dlm blik *malu*

FiZ said...

wahhh..mcm menarik je...byk jgk turun kg ye.tahniah!

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com