Friday, August 31

Segmen : Bloglist September 2012 by EYFAalias

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-55, aku nak buat satu bloglist baru untuk blog ni. Bloglist ini akan berada di blog aku selama sebulan iaitu mulai 01 September, 2012 sehingga 30 September, 2012.

Berminat? Jom join segmen ini dengan mengikuti syarat-syarat yang semudah A B C. Penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat!

SYARAT PENYERTAAN :

1) Follow blog eyfaaliasstory.blogspot.com // Follow Twitter // Like Fan Pages



2) Taip satu entry ringkas bertajuk "Segmen : Bloglist September 2012 by EYFAalias" kemudian copy & paste header blog ini sekali dan linkkan terus ke blog ini.


http://4.bp.blogspot.com/-OY1ki_TWs2I/UEC5HkHju3I/AAAAAAAACKU/n2AkpRQxtgE/s995/cats.png
3) Hantar link entry segmen yang telah siap sepenuhnya di comment box pada entry ini. Link yang di hantar di entry lain tidak di terima pakai.

4) Segmen akan di tutup apabila genap 20 peserta.

Penyertaan di alu-alukan pada meraka yang tidak pernah tersenarai ataupun yang sudah pernah berada dalam senarai bloglist blog ini. 

Sebarang penipuan atau tipu helah akan membuat penyertaan anda terbatal dengan sendiri nya.

Note : Satu peserta bertuah akan di pilih untuk menerima hadiah misteri sesudah segmen ini tamat.

Acah-acah wishlist.


Assalamualaikum.

Sebelum ni aku tak pernah nak ada wishlist. Kalau ada pun aku tak akan usaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Yelah aku pun demand nak benda mahal-mahal. Dah tahu diri tu tidak berduit lagi mau demand melebih kan. HAHA.

Bila dah meningkat dewasa ni, aku dah mula ada perasaan ingin kumpul barang-barang yang aku minat and aku admire sangat-sangat! Erk. Minat dengan admire tu tak sama ke? Hewhew.

First sekali, aku nak keluar kereta. Insya'allah lagi 2 atau 3 tahun lagi. Nak tahu aku nak angkat kereta apa? Dalam perangancangannya aku nak angkat kereta Mazda2 ataupun paling cikai pun Saga FLX tapi abang aku nasihat suruh ambil Mazda. Tapi itu semua perangancangan. Kita tengok jelah kereta apa yang dapat aku beli dengan duit yang aku ada kan. HAHA.


Second, Iphone 5. HAHAHA. Walaupun belum release lagi dekat Malaysia. Lambat lagi lah kan nak release nya tapi aku dah nekad nak beli juga tak kira apa pun yang terjadi.


Third, laptop Apple. Tak kisah lah apa design yang pasti color putih pink macam gambar bawah ni. Tapi yang bawah ni limited memang harapan lah nak dapat kan. HAHA. Ini mau harga 3 hingga 5 ribu harganya tapi tak apa. Berbaloi kot.


So far ini sahaja yang aku nak achieve dulu. Target nak dapatkan semua barang-barang ni dalam jangka masa 5 tahun. Start sekarang aku nak belajar berjimat. No more shopping online. No more lepak-lepak dengan kengkawan (kalau lepak pun bawa 20sen order ais kosong je) HAHA. No more makan mewah-mewah and kira kesimpulannya no more pembaziran. HAHA.

Mari ramai-ramai doakan rezeki aku mencurah-curah ke ladang gandung agar dapat aku penuhi semua wishlist aku ni. Amin~ Hehe.

My one and only Balqis Damia | Entry Bergambar

















Thursday, August 30

Oppa Gangnam Style

Assalamualaikum.

Sekarang tengah famous Gangnam Style ni. Pergi lah mana-mana social network yang korang ada semua duk menyebut pasal hal ni. HAHA. Memula aku macam "Erk. What the duck? Tak habis lagi ke KPOP ni"


Lepas tu kelmarin aku pergi class Zumba Fitness, instructor tu tanya "Ada tak tengok video or dengar lagu Gangnam Style, KPOP punya lagu? Today ada step baru, kita pakai lagu Gangnam Style" HAHA. Bukan main seronok kami semua layan lagu Gangnam Style ni sambil menari. Walaupun dia punya step aku tak pick up sangat but serius seronok! HAHA.

Aku pun dah siap download lagu ni dalam hp aku. HAHA. Aku rasa macam nak gelakkan diri aku aje sebab layan lagu macam ni. Aku layan sebab video dia menari best gila and bila dengar lagu ni je aku rasa kaki aku tangan aku macam nak gerak-gerak menari. Teringat pulak class zumba hari tu kan. Ketagih dah ni. HAHA.

Sunday, August 26

Wanita Malaysia Paling Ramai Curang - KOSMO

Assalamualaikum.

"...Wanita Malaysia Paling Ramai Curang..." (╥﹏╥) Aku terbaca wallpost pasal ni dari facebook Oh! Media baru je sebentar tadi. Baru sangat lah kira nya. Tak tahu pula paper berapa haribulan punya. Baca tajuk je aku dah menyirap rap rap sampaikan 8 gelas air sirap aku teguk! Blurppp~ ⊙﹏⊙


Siapa setuju dengan apa yang paper Kosmo kata ni? Siapa sokong? Cuba datang sini tunjuk muka sikit! Aku nak tengok! ヽ(`Д´)ノ Kahkahkah! Ntah dari sumber mana lah agaknya dia dapat ni? Fakta mana dia dapat? Dia survey ke apa setiap pasangan dekat Malaysia ni?

Tapi aku pelik. Kosmo ni ada racist sikit lah. Kata PEREMPUAN MALAYSIA kenapa mesti tunjuk perempuan melayu? pakai baju kurung pula tu? Malaysia kan ada banyak kaum? Cina. Melayu. India. Kata 1Malaysia? Kenapa mesti melayu? Walaupun gambar hiasan. Racist ni! Jahanam betul! Boikot kang!!!~

Kalau lah kosmo kata "...Wanita Malaysia Paling Ramai Curang..." aku pula kata "...Lelaki Malaysia Paling Ramai Kikis Duit Perempuan..." Bhahahaharuddin! 

Kan kan kan? (づ。◕‿‿◕。)づ Ini memang fakta sebab tu dalam Islam pun ada sebut pilih perempuan kerana hartanya tapi masalahnya ungkapan tu dah di salah erti. Pilih kami kerana harta supaya kami boleh membantu kamu kelak. Bukan untuk menanggung hidup kamu! @(ᵕ.ᵕ)@

Okay back to our topic. Actually pada pendapat aku lelaki dengan perempuan sama aja sekarang. Bergantung kepada diri masing-masing juga. Kalau dah gatal tu, gatal juga kan. Tak kisah la lelaki atau perempuan. SAMA SAHAJA! (゚ヮ゚)

Enough said! {◕ ◡ ◕}

Saturday, August 25

Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan

Assalamualaikum.

Jam 5.20 PM lalu, Astro Awani menerusi akaun Twitter, mereka telah mengesahkan yang Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) terlibat dengan kemalangan, semalam (╥﹏╥)


Kenyataan ringkas itu turut menyebut yang Khairul Fahmi Che Mat mengalami kecederaan selepas kereta yang di pandunya terbabas tengah malam tadi ⊙_☉


Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok Kelantan dan sehingga ke saat ini status kecederaan Kharul Fahmi Che Mat masih belum di’ketahui. ➳♥ Doakan yang terbaik untuk beliau.

Berita selanjutnya tunggu lah berita malam nanti, kot-kot ada keluar kan. Hikhik~ 

Sumber : www.rotikaya.com

Nur Feetri di Utusan Malaysia

Assalamualaikum.

Dulu kecoh dekat facebook pasal video NurFeetri buat gaya yang mengerikan dan menggelikan (orang kata bukan aku kata) sekarang pula kecoh dekat Utusan Malaysia pula. Alamak! Rasa macam Utusan Malaysia ni dah tak ada modal nak buat cerita ke?  ͼ(ݓ_ݓ)ͽ 


…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!” Ya aku akui aku tengok pun aku rasa macam nak hantuk kepala aku sendiri kat dinding tapi tak boleh juga nak salahkan budak ni pasal dah kata Laman Social lantak pi lah dia nak upload video macam mana pun. Asalkan jangan video lucah dah lah kan. ^ω^ 'ω' OωO <ω< >ω> XωX 0ω0


Sekarang ni dah bebudak sini dengan Singapore berperang  m(><)m  Aku pun tak tahu la Utusan ni, banyak lagi benda dia boleh borak pasal budak ni juga dia nak siarkan. Suka nau nak aibkan orang. Utusan! Utusan! Bikin kepoh lah! (ノಠ益ಠ)ノ 

Beraya di Shah Alam bersama rakan

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari duduk rumah akhirnya kelmarin berjalan juga aku beraya di Shah Alam rumah kawan aku. Rasa seronok ヽ(´ー`)人(´∇`)人(`Д´)ノ bukan main bila dapat berjalan kan, dah macam monyet dapat pisang dah perangai aku. Ni lah akibatnya bila dah 24/7 terperap di rumah kan (>‿◠)✌


Ni lah budak yang rajin ajak aku keluar berjalan. Kalau tak naik motor, naik kereta. Hewheww (◡‿◡✿) Epul dan Zam sekarang dah jadi orang-orang yang rapat dengan aku. Yang atas ni namanya epul. Dan di bawah ni pulak Zam. Opss~ Bukan kat sini bermaksud scandal or apa-apa eh, kami just kawan aje ≧◡≦


Lepas beraya di Shah Alam, kami merendek jap dekat IOI Mall. Actually ini kali ke dua aku jejak ke IOI Mall ni. First time pergi sini dulu itu pun kekasih gelap gelita aku yang bawa (─‿‿─)  HAHA. Okay sambung cerita, kononnya nak pergi situ nak tengok wayang, main bowling and karoke. Last-last hampeh semua benda yang di rancang tak jadi  (╥﹏╥)

Last-last kami lepak mamak aje. Lepas tu dorang hantar aku balik tapi kira okay la keluar lah juga aku tengok dunia yang indah sangat-sangat ni dari terperap dekat rumah duk belai lemak kan. Huhu. Itu jelah ceritanya kat sini.

Terima kasih sebab sudi baca! (っ◕‿◕)っ ♥

Wednesday, August 22

Wordless Wednesday | Oh My Raya!

Assalamualaikum.



SELAMAT HARI RAYA

Tuesday, August 21

Sajian filem dan drama menarik raya ini.

Assalamualaikum.

Woah! Hari ni dah masuk raya ke-tiga. Aku punya raya da lama habis macam aku cerita dekat entry yang lepas. Haha

Macam biasa la aku duduk rumah tengok tv aje. Bila dah duduk rumah, penat la aku cari channel yang ada drama raya yang best-best tapi hampeh. Cerita yang tv tayang semuanya cerita mengarut. Mael Lambong, Jangan Pandang Belakang Congkak, Anak Mami Junior, Anak Mami The Movie, Bola pun Raya, Senario and macam-macam lagi lah cerita merepek.

Anak Mami tu memang TV3 nak tayang 7 keturunan ke apa? Asal Raya je cerita tu. Dah tak ada modal ke nak tayang cerita lain? Please lah siapa aje nak tengok cerita 7 tahun lepas tu? Ntah apa lah yang suka sangat tayang cerita yang dah berkulat tu.


Hari raya orang nak tengok cerita pasal hari raya lah bukan cerita or filem-filem mengarut melayu yang tak laku dekat wayang tu. Tolong lah! Tolong lah sedar TV3! Menyampah tahu? Menyampah?

Monday, August 20

Berhari raya di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam di Malaysia mahupun di mana-mana jua anda berada. Hehe. Amacam raya? Seronok tak? Meriah? 2 hari berlalu berapa pinggan dah korang makan? Banyak dapat duit raya? HAHA. 

Alhamdulillah aku raya di Kuala Lumpur sahaja raya kali ni di sebabkan keadaan atok dan opah aku (belah ayah aku) tak berapa sihat, so mereka ada kat rumah makcik aku area KL ni tu yang kami raya KL aje. Walaupun tak berapa meriah tapi kira okay lah sebab duit raya aku meriah seperti biasa.

Al-Maklum lah, aku umur dah 24tahun tapi duit raya dapat 200 ++ juga lah setakat dua hari ni. Seronok! Seronok! Walaupun ada sedikit segan bila dah tua bangka still dapat duit raya. Hehe.

Aku harap raya korang semua bermakna dari yang sebelum-sebelumnya. Bagi yang balik kampung tu, selamat pergi dan selamat lah balik ya. Pandu hati-hati jangan gelojoh, jangan nak cepat aja sampai. Sabar! Pelan-pelan kayuh. 


Then, akhir sekali aku nak minta maaf dari korang semua yang kenal or tidak kenal aku, kalau aku ada buat salah or silap tak kisah la sebesar zarah or sebesar alam semesta, aku minta maaf minta ampun ya semua? Harap korang boleh nak maafkan segala kesalahan aku.  Selamat Hari Raya :)
 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com