Monday, August 20

Berhari raya di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam di Malaysia mahupun di mana-mana jua anda berada. Hehe. Amacam raya? Seronok tak? Meriah? 2 hari berlalu berapa pinggan dah korang makan? Banyak dapat duit raya? HAHA. 

Alhamdulillah aku raya di Kuala Lumpur sahaja raya kali ni di sebabkan keadaan atok dan opah aku (belah ayah aku) tak berapa sihat, so mereka ada kat rumah makcik aku area KL ni tu yang kami raya KL aje. Walaupun tak berapa meriah tapi kira okay lah sebab duit raya aku meriah seperti biasa.

Al-Maklum lah, aku umur dah 24tahun tapi duit raya dapat 200 ++ juga lah setakat dua hari ni. Seronok! Seronok! Walaupun ada sedikit segan bila dah tua bangka still dapat duit raya. Hehe.

Aku harap raya korang semua bermakna dari yang sebelum-sebelumnya. Bagi yang balik kampung tu, selamat pergi dan selamat lah balik ya. Pandu hati-hati jangan gelojoh, jangan nak cepat aja sampai. Sabar! Pelan-pelan kayuh. 


Then, akhir sekali aku nak minta maaf dari korang semua yang kenal or tidak kenal aku, kalau aku ada buat salah or silap tak kisah la sebesar zarah or sebesar alam semesta, aku minta maaf minta ampun ya semua? Harap korang boleh nak maafkan segala kesalahan aku.  Selamat Hari Raya :)

3 comments :

Ezy Chiaki said...

selamat hari raye!
untung la dpt duit raye byk..
hehek

Fahz said...

selamat hari raya aidilfitri.semoga ceria selalu :)

Cik Fie said...

Selamat Hari Raya :)

Jemput Baca/Komen .

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

 
\\ALL RIGHT RESERVED. Copyright@ HAK MILIK AFIFAH ALIAS//
Full Designed by eyfaaliasstory.blogspot.com